HUJAN 3

20.1K 95 1
                                    

DON'T FORGET TO VOTE, ALSO GIVE FEEDBACK THROUGH COMMENT! 💋

📌75 missed calls from Joshua Kim 👻
📌238 messages from Joshua Kim 👻

On sahaja phone harini terus masuk notifikasi semuanya daripada Joshua. Sejak kejadian petang semalam, aku terus buat tak endah dekat dia. Malas nak ambil tahu dia ingat aku rajin nak baca mesej dia yang beratus tu.

Katil aku kemas rapi lalu menuju ke bilik air nak mandi. Diri ini bercadang nak pergi jogging sebab hampir seminggu tak buat sebarang senaman.

☔🌂☔🌂☔🌂

Lagu Without Me daripada Halsey menjadi penyumbat telinga. Jogging punya jogging baru sedar nak tengok telefon, dah berapa jauh kaki ini menapak. Alangkah terkejutnya sudah mencecah 4KM, hari ini dalam sejarah aku pergi sejauh ini kalau tidak 1KM aku dah pancit dekat tepi jalan.

Otak ligat berfikir kenapa Joshua nak pulang ke Taiwan? Sedangkan selama ni dia menegaskan bahawa tidak akan pulang ke sana lagi. Tetapi dia cerita itu semua dekat Khail. Khail! Orang luar yang baru kami kenali, takkan dia nak berbohong pula.

Aku berjalan-jalan perlahan-lahan lalu ternampak sebuah kerusi batu. Punggung pun dilabuhkan di situ. Telefon aku berbunyi tanda ada mesej masuk.

FROM : RARA 🍑
Beb, aku nak pinjam blouse kau yang warna biru tu boleh?

TO : RARA 🍑
Yang mana 1 ni?

FROM : RARA 🍑
Alarh yang Joshua bagi tu, ada dekat mana?

TO : RARA 🍑
Yang itu.. ada dekat dalam kereta aku. Haritu aku hantar dobi. Ambillah!

Telefon aku masukkan semula ke dalam poket seluar. Lama juga aku fikir tak izinkan pinjam itu kawan baik aku. Tapi baju itu daripada Joshua. Kalau Joshua jumpa dia dekat mana-mana. Mati aku!

"What are you brooding about?" Suara itu menyerbu telingaku. Aku alihkan pandangan ke aras pemilik suara itu.

Aku tersenyum manis kepadanya. "Abang!! You're here." Tipulah kalau aku tak seronok. "Bila abang balik Malaysia?"

"Abang balik dah 2 hari. Harini dapat peluang jengguk Jane sampai ja rumah Jane... yang ada cuma Rara." Abang duduk di sebelah aku sambil menarik bahuku rapat ke dadanya. "What happened?" Ujarnya lembut.

"Josh ada cakap apa-apa ka?"

"Nope... dia tak ada cakap apapun. Abang kenal adik abang. Tak adanya nak buat muka sendu macam pagi ni kalau tak ada masalah."

Aku menarik nafas sedalam-dalamnya. "Setiap pertemuan pasti ada perpisahan ka?"

Abang mengeratkan lagi pelukkan di bahuku. "Sejauh mana pun seekor burung itu terbang suatu hari nanti pasti dia akan kembali ke sarangnya." Abang menghembuskan nafasnya. "Walaupun beribu tapak cinta itu pergi akan ada suatu ketika cinta itu akan menapak kembali ke tempat pertama dia berada."

"Wow Jibril Quzairi!" Aku terus menegakkan badan dan memandang wajah abang. "Ternyata pengalaman benar-benar mematangkan seseorang."

"Jane... abang tak nak Jane rasakan kesedihan yang pernah abang rasa dulu. Akibat terlalu nakkan cinta berada di depan mata, abang kehilangan dia buat selamanya." Dia menundukkan pandangan kebawah.

"Don't be sad."

"Sad is not the best word to describe me but guilty is."

Abang pasti teringat Kak Tiara. Maut menjemput Kak Tiara kerana dia menyelamatkan abang daripada sebuah kemalangan. Sehingga ke hari ini abang masih berasa bersalah.

H U J A NWhere stories live. Discover now