DON'T FORGET TO VOTE, ALSO GIVE FEEDBACK THROUGH COMMENT! 💋
Lelaki itu masuk ke dalam makmal dan berdiri di sebelah Madam Emma. "Joshua! Jane! Khail will join your group." Soal ka arahan aku pun tidak tahu. Joshua angguk tanda setuju, tetapi aku tahu yang dia hanya pura-pura setuju.
Khail itu merapati kami lalu dia duduk di sebelah kanan aku manakala Joshua duduk di sebelah kiriku.
"Hey korang!" Sapa si Khail.
Joshua menunding jarinya ke arah Khail lalu berdiri. "Kau kan yang... " aku menggosok dada Joshua. "Hey Khail. I'm Jane and he is my partner Joshua." Sambil aku angkat jari buat peace.
Khail yang tadinya cuak dengan tindakan Joshua terus ketawa akibat aku buat peace.
☔🌂☔🌂☔🌂
Aku dan Joshua berjalan menuju ke locker untuk mengambil beg kami. Joshua pula meraba-raba badannya mencari sesuatu. Lalu dia menepuk dahinya. "Dear, I masuk lab balik erk sebab nak ambil wallet I rasanya tertinggal atas meja Madam."
"Ni kau punya kan?" Sambil si dia itu menghulurkan wallet milik Joshua. Joshua mengambil kembali wallet itu. "Thank you Khail."
"Jane, Joshua.. aku nak minta maaf sebab tadi aku langgar Jane then blah macam tu ja. Thank you for accepting me as your group member." sambil dia menghadiahkan sebuah senyuman yang manis bercampur kesal.
Joshua hanya memberikan dia pandangan kosong. Aku yakin Joshua masih marahkan dia. Bagi mengelakkan lebih tegang jadi aku.. "Minta maaf? Hmm apa kata belanja I lunch." Lalu aku ketawa kecil.
Renungan maut di tuju tepat ke mataku. "Why I can't afford your lunch?" Soal Joshua.
"No I just nak avoid dia rasa bersalah. Tu jaa. Kan Khail?"
"Jomlah aku belanja makan. Maafkan lah aku Joshua. Aku tak sengaja langgar... hmmm girlfriend kau."
Senyuman kelat oleh Joshua buat Khail. "Kejap kitorang nak kemas barang. Kau datang kelas naik apa?"
"Aku naik kereta. Korang follow jelah belakang aku kejap lagi."
Aku membalas. "Okay!" Lalu aku kenyit mata kepada Joshua.
Khail's POV
Tubuhku bersandar di sebuah tiang yang cukup besar untuk menutupi bahagian belakang tubuhku. Mata aku tertancap melihat pasangan bahagia di hadapan aku. Joshua dan Jane bisikku di dalam hati.
Jane melurutkan lab coat daripada tubuhnya. Lalu kelihatanlah gaun tangan pendek berwarna putih miliknya itu. Seolah-olah aku sedang memerhatikan seorang bidadari. Tak lama selepas itu dia melepaskan rambutnya yang diikat satu sebentar tadi. Sesekali Joshua akan mengusik dia. Aku hanya mampu tersenyum dari jauh.
Jane's POV
"Shall we?" Soalku kepada Khail yang leka memandang wajahku.
"Khail!"
Joshua menepuk bahu Khail, dia terkejut. "Bro? Nak pergi ka tak? Makan!!!"
"Haa... jom... jom!" Tergagap-gagap mamat tu disebabkan Joshua. Nak tergelak pun ada tapi aku kawal diri.
Joshua terus memegang tanganku untuk berjalan beriringgan dengannya. Khail jauh sikit di belakang kami. "Kenapa baik sangat dengan itu orang? Eii bencilahh I." Keluar dah slang cina dia.
YOU ARE READING
H U J A N
РазноеWarning! 🔞 Hidupku tidak pernah dicalit oleh sebarang duka sehinggalah sebuah mimpi bertamu. Mimpi yang membuatkan aku terfikir setiap saat tentangnya. Mimpi yang penuh tanda tanya samaada kebahagian atau kedukaan yang bakal bertandang. Novel! Ya t...