DON'T FORGET TO VOTE, ALSO GIVE FEEDBACK THROUGH COMMENT! 💋
Buka sahaja mata kelihatan kelibat seorang lelaki sedang berdiri sambil cekak pinggang memandang aku. Ketakutan dan kerisauan mula menyapa aku. Aku terus bangun daripada baring di atas katil. Entah bila masa bertukar tempat daripada tidur di kerusi tiba-tiba baring di atas katil."Apa pula kali ini?" Soalku.
Beberapa kali dia membersihkan tekak sambil menuju ke pintu balkoni. Lalu dia membuka tirai dan cahaya mula menerangi bilik ini. "Saya Haydar." Balasnya.
Dia berjalan duduk di sebelahku di atas katil. Aku hanya memandang dia dengan penuh ketakutan mungkin dia nak apa-apakan aku.
"Panggil ja la Haydar. Saya tak sanggup lagi nak tipu awak. Semalam tu saya cuma gertak awak seolah-olah saya culik awak." Dia diam seketika.
Aku membetulkan kedudukan di atas katil. "Haydar... kita tak pernah kenal kan?"
"Tak. Kita tak kenal, ini merupakan pertemuan pertama kita. Maafkan saya atas kata-kata saya semalam."
"Cuba jelaskan sebenarnya apa motif awak?"
Hari ni dia tidak memakai mask, jelas terpampang wajahnya. Tampan dan manis, wajah Haydar seperti seseorang yang aku kenali. Tapi tidak pasti siapa kerana dia menyatakan ini pertemuan pertama kami. Mana mungkin dia pernah aku kenali sebelum ini.
"Sejujurnya saya diarahkan oleh seseorang untuk jaga awak buat sementara waktu. Banyak benda yang saya perlukan buktikan. Bukan sahaja buktikan dekat awak, tetapi kepada orang yang menyuruh saya jaga awak juga."
Aku terus senyum sinis. "Jaga saya? Saya dah cukup besarlah."
"Saya hanya menurut perintah. Tolong bagi kerjasama, ini demi keselamatan awak dan bagi memudahkan kerja saya."
Aku terus berdiri di hadapan Haydar yang telah memalingkan badannya ke arah pintu balkoni. "Haydar awak selamatkan saya daripada siapa?"
Dia memejamkan matanya lalu dibuka semula. "Saya hanya menurut perintah untuk menjaga awak daripada perkara yang tak sepatutnya. Tu jaa, yang saki baki puncanya saya tak tahu."
"Siapa boss awak?"
"Janna Qasyri tolonglah jangan desak saya. Selepas habis ja tempoh 6 hari ni. Kalau awak jumpa saya anggaplah kita tak kenal dan tak pernah jumpa."
"Kenapa pula?"
Haydar berjalan keluar daripada bilik ini sebelum tutup pintu dia sempat berkata-kata. "Salah seorang di antara kita berdua mungkin akan mati."
Aku terus menuju ke arah pintu. Pintu sudah berkunci beberapa kali aku tepuk dengan kuat. "Haydar! Tolonglah jangan buat saya curious."
"Haydar!"
Kelihatan sebiji gelas ada di atas meja sebelah katil. Aku terus ambil dan campak ke lantai. Geram pula aku dengan orang yang suka cerita suku-suku ini.
☔🌂☔🌂☔🌂
Untuk hari ini sahaja aku tak pasti berapa kali aku tidur selepas mandi pagi tadi. Jadi tahanan tapi langsung tak dapat makanan. Mamat Haydar tu tak kesian ka dekat tahanan dia. Dia nak aku mati kebuluran?
![](https://img.wattpad.com/cover/177550557-288-k929387.jpg)
YOU ARE READING
H U J A N
RandomWarning! 🔞 Hidupku tidak pernah dicalit oleh sebarang duka sehinggalah sebuah mimpi bertamu. Mimpi yang membuatkan aku terfikir setiap saat tentangnya. Mimpi yang penuh tanda tanya samaada kebahagian atau kedukaan yang bakal bertandang. Novel! Ya t...