DON'T FORGET TO VOTE, ALSO GIVE FEEDBACK THROUGH COMMENT! 💋
Hud's POVSatu per satu gambar bersama Jane aku tatap. Sejak keluar daripada hospital, hubungan kami agak rapat. Walaupun pada mulanya dia merajuk sebab aku menyamar jadi tunang dia. Jane menganggap aku sengaja menyamar menjadi tunangnya padahal aku mendoakan diri aku agar bergelar sebagai tunangnya.
Jari aku terhenti apabila skrin telefon mula memaparkan gambar Jane yang aku ambil curi-curi waktu kami berdua keluar makan tengah hari. "Persis bidadari." Aku tersenyum sendiri.
Guruh menyapa kesunyian malam, yang tadinya kelihatan cahaya bulan menembusi kamarku yang tidak berlampu, kini cahaya itu makin gelap. Aku meletakkan telefon di atas katil lalu berjalan menuju balkoni. Kepala aku donggak ke atas. "Belum hujan."
Angin yang dingin menyapa tubuhku, tiba-tiba rasa macam dekat Korea. Aku menilik tubuhku, patutlah sejuk rupa-rupanya aku hanya memakai seluar pendek. Kaki aku tapak semula ke dalam bilik lalu aku capai t-shirt yang ada di atas katil. Setelah selamat menyarungkan baju, aku keluar semula ke balkoni.
"Hujan dah." Ujarku setelah melihat air hujan mula menitis di atas lantai balkoni. Wajahku juga sudah mula hendak basah kerana dari titisan demi titisan mula menuruni dengan lebih laju.
Kedua-dua belah tangan aku depa seluas-luasnya, aku memejamkan sepasang mata hitam pekat milikku ini. "Tuhan... andai tidak bersatu di alam nyata, satukan kami dalam mimpi."
☔🌂☔🌂☔🌂
Jane's POVHujan membasahi bumi, air mata membasahi wajahku. Hampir setiap jam, aku menghubungi Joshua tetapi tidak sekali pun dia jawab. Sudah tidak penting aku di dalam hidup dia?
Aku sandarkan belakang badanku pada kepala katil. Lutut aku peluk sehingga rapat ke dada, sesekali aku sembamkan mukaku ke atas lutur. Tangisan tidak lagi reda, otak ligat berfikir kenapa Joshua berbuat demikian. Adakah sesuatu terjadi kepada Joshua? Nafas aku mula tidak teratur sehinggakan aku batuk terbahak-bahak.
Sudahlah sendirian di rumah kalau jadi apa-apa siapa nak tolong. Aku cuba menarik nafas dan hembuskan, namun tidak boleh. Dada aku mula rasa terlalu ketat, aku tak mampu bernafas lagi.
Nada dering telefon mula menyapa telingaku. Aku mengharapkan Joshua tetapi Hud. Walaupun pada saat ini, aku masih harapkan dia. Aku menjawab panggilan tersebut. "To... long I... datang rumah I se... karang." Aku terus matikan panggilan.
Tangan aku sudah mula menggeletar, otak aku pula masih memikirkan Joshua. Mana Joshua? Dia okey ka tidak? Dia lupa aku ka? Air mata tak berhenti dek kerana risaukan nafas yang tidak teratur dan masih lagi pada perkara yang sama iaitu Joshua.
☔🌂☔🌂☔🌂
"Joshua! Joshua dan Joshua. You tak risaukan diri sendiri ka?" Kata Hud yang dari tadi asyik mundar-mandir sambil matanya melihat ke aku yang sedang terbaring di atas katil.
"Terima kasih bawa doktor dengan you tadi." Jawabku walaupun aku sudah tidak bermaya.
Joshua mengatur langkah ke katil lalu duduk di sebelahku. Aku bangun dan duduk bersandar di kepala katil.
"Jane tolong fikir tentang diri sendiri dulu sebelum orang lain. Yes, of course I can't deny the fact that he is your boyfriend." Dia menyentuh jari jemariku lalu digenggam perlahan-lahan. "I can take care of you better than him. Give me a chance. It's okay if I don't get your love at least I can make you happy. Your happiness is my priority. I love you... really... love... you." Dia senyum.
Aku merenung ke dalam matanya. "Hud Mikhail... beautiful name for a beautiful soul. I do appreciate you for giving me a place in your heart. There's someone else in my heart, a man that I'll bring him with me until I'm going to that place. A place that unreachable and unthinkable." Aku menundukkan pandangan.
Hud menolak rambutku ke belakang telinga lalu dia mengangkat wajahku. Matanya tepat menikam anak mataku. Dia merapatkan wajahnya pada wajahku. Hud beralih ke telingaku, sebelah tangannya mula merangkul leherku. "Let me show you how my love is." Bisiknya dia telinga kananku.
Bibirku disentuh oleh bibirnya yang merah bak delima itu. Tak tahu hendak memberi tindak balas bagaimana, tangan aku mula berada di dadanya. Kudrat aku yang terlalu lemah dek kerana sakit tidak mampu menolak dada bidang miliknya itu.
Tangannya yang tadi di leher mula turun ke dadaku. Dia membuka butang baju tidur ku. Satu! Dua! Tiga! Empat! Empat butang dibuka oleh Hud. Bibir masih bertautan walaupun aku tidak memberi respon yang Hud inginkan dia masih berusaha untuk membuat aku membukakan mulutku. Tangan mula menjalar ke dadaku yang tanpa beralas baju. Dari bahagian kanan ke kiri dadaku.
Dia menjarakkan diri seketika walaupun tangannya masih di dalam bajuku. Aku dengar dia ketawa kecil, lalu aku membukakan mataku.
"You love it right? Close you eyes, your heart beating so fast. You want more?" Suara dia sungguh romantis saat mengucap kata-kata itu. Tidak terlalu berbisik, tidak terlalu kuat.
Aku menelan air liur beberapa kali. Macam mana aku boleh pejamkan mata? Aku juga merasakan kenikmatan ciuman Hud?
Hud merapatkan wajah semula tangannya mula menjalar ke pehaku pula. Tiba-tiba telefon aku berbunyi, di skrin tertera nama Joshua. Aku tersenyum kelat kepada Hud. Lalu Hud keluar meninggalkan aku sendirian di dalam bilik.
"Hello handsome? How are you?"
"Jane... I'm sorry. After this, no more us. I wish you all the best to find someone that will replace me. I'm happy without you. Remember that!"
Aku menyeka air mata yang mula mengalir. Aku tarik nafas dan hembus perlahan-lahan. "Huh... I called you to tell you about something. I dah bertunang dengan Hud, I mean Mikhail or Khail or whatever you call him. We're happy together." Panggilan aku matikan lalu aku campak telefon ke lantai. Berkecai telefon itu seperti mana hati aku juga.
☔🌂☔🌂☔🌂
Joshua's POV
Sebilah pisau yang cukup berkilat digenggam erat jari jemariku. Mataku memerhati lengan tangan kiriku. Mata pisau aku leretkan di atas lenganku. Dari siku ke tapak tangan dan aku ulang semula.
Telefon aku berdering, tertera nombor telefon yang aku kenal walaupun tidak disimpan namanya. "Hello... aku dah buat apa yang kau suruh. Jangan ganggu aku lagi." Aku terus matikan talian.
Mata aku sudah mula berkaca. Antara marah, sakit hati dan sedih aku tak mampu nak nyatakan perasaan mana yang mengatasi tahap kewarasan aku. Tanpa berfikir panjang, aku kelar lenganku dari siku ke tapak tangan. Darah mengalir memenuhi lenganku lalu menitis ke lantai. Tidak terasa kesakitan luka luaran tatkala dalaman sedang terluka.
"Maafkan aku dunia."
"Maafkan aku... aku tak layak hidup."
"Jane... Jane... Jane." Aku tersenyum sendiri sebelum memejamkan mata.
YOU ARE READING
H U J A N
RandomWarning! 🔞 Hidupku tidak pernah dicalit oleh sebarang duka sehinggalah sebuah mimpi bertamu. Mimpi yang membuatkan aku terfikir setiap saat tentangnya. Mimpi yang penuh tanda tanya samaada kebahagian atau kedukaan yang bakal bertandang. Novel! Ya t...