DON'T FORGET TO VOTE, ALSO GIVE FEEDBACK THROUGH COMMENT! 💋
Selepas habis sahaja final exam, Joshua pulang ke Taiwan. Sudah pasti dia harus menepati janjinya terhadap kedua-dua ibu bapa dia. Malam ini genap 3 minggu kami berjauhan terasa seperti malam beberapa tahun lepas aku menghantar Joshua di KLIA. Rindu yang teramat sangat terhadap dia. Setiap malam aku dengar lagu yang Joshua sempat cover sebelum dia balik Taiwan. Winter Bear!Perlahan-lahan air mataku membasahi pipi, sepanjang tempoh ini juga kami sudah semakin kurang contact. Mungkin Joshua sibuk, aku sunyi cuma mujur ada si Rara mulut murai tu. Tapi dia pun ada life sendiri nak juga keluar dengan family, kadang-kadang bersendirian juga dekat rumah ini.
Aku membaringkan tubuhku di atas katil, badan aku mengiring ke kanan lalu aku peluk bantal rapat ke dada. "Josh, I wish you were here."
☔🌂☔🌂☔🌂Dress labuh berwarna kuning air mencecah hingga ke tanah. Aku selesa dengan dress ni, aku berjalan setapak demi setapak penuh hati-hati. Sekali sekala aku mencampakkan pandangan aku ke sekelilingku. Di sebelah kiriku ada sebuah taman bunga, sebelah kanan pula sebuah tasik yang terbentang luas. Asyik mengatur langkah, tiba-tiba hujan mulai renyai.
Pada masa itu juga aku didatangi oleh dua orang lelaki. Seorang memakai kameja putih, dia membawa payung bersamanya. Manakala seorang lagi memakai kameja hitam, dia memegang sehelai jaket kulit juga berwarna hitam.
Telingaku disapa oleh sebuah angin dingin yang menyakitkan seluruh tubuhku, aku terpejam seketika. Tatkala aku membukakan mataku pandangku kabur, tetapi kelihatan ada seorang wanita di antara kedua-dua lelaki itu. Aku rasa lemah dan melutut di hadapan mereka bertiga.
"Waktu itu akan tiba tidak lama lagi. Kau harus memilih antara dua. Di antara cinta sejati atau dendam yang sedang membara. Dendam itu boleh dipadamkan jika kau jadikannya cinta sejati." Suara itu seperti suara wanita.
Salah seorang daripada lelaki tersebut melutut. "Jika cinta sejati pilihanmu. Matinya matimu jua."
"Siapa kalian semua?" Itu saja yang sempat aku soal, sebelum terus rebah ke atas tanah.
☔🌂☔🌂☔🌂Tak tahu apa yang ada dibenak fikiranku sehingga menyebabkan aku duduk di balkoni ini hampir 2 jam. Walaupun hujan tempis membasahi pipi, aku rasa nyaman dan selesa. Tatkala hujan aku teringatkan si dia di dalam mimpi dan juga si dia di alam nyata. Aku cuma kenal yang di alam nyata. "Jane." Lalu terukir senyuman dibibirku.
Aku petik gitar. . .
It's supposed to hurt, it's a broken heart
But to movin' on is the hardest part
It comes in waves, the letting goBut the memory fades, everybody knows
Everybody knows
What if I'm tryin', but then I close my eyes
And then I'm right back, lost in that last goodbye?
And what if time doesn't do what it's supposed to do?
What if I never get over you?
Maybe months go by, maybe years from now
And I meet someone and it's workin' out
Every now and then, she can see right through
'Cause when I look at her
Yeah, all I see is youNyanyianku terhenti di situ, sejak pertama kali jumpa Jane. Aku tak boleh lupakan dia langsung. Keluar dengan mana-mana perempuan pun aku tetap nakkan dia. Siapa dia sebenarnya? Sejujurnya aku tak betul-betul kenal dia pun.
Matanya memberikan ketenangan,
Bibirnya menimbulkan kegusaran,"Jane be mine!" Aku bangun dan terus memenangkan hati dengan bunyi titisan hujan lalu membasahi tubuh dengan titisan hujan.
Tanganku mencari rantai leherku, pada rantai leherku ada sebentuk cincin perak di situ terukir huruf H.
"Kau jangan lepaskan dia dengan mudah. Kau harus dan mesti tuntut bela."
Kepala aku pening telinga aku dengar pelbagai jeritan.
"Kita disakiti, dia juga harus disakiti."
"Jangan kau berani mati selagi belum terbalas dendam."
"DIAMMMM! SIAPA KAU?"
Situasi ini belum pernah aku alami. Siapa yang menghantui aku? Apa semua ni? Bila masa aku disakiti? Siapa yang harus aku sakiti?
Kepala aku pening, pandanganku gelap.
☔🌂☔🌂☔🌂
Joshua's POV
Pen aku capai bersama sehelai kertas. Ketika ini hati aku tak tenteram, fikiran aku bercelaru. Terketar-ketar jari jemariku. Laju saja aku menulis di atas kertas tersebut setelah selesai hilang terus segala rasa tidak tenteram dan celaru itu.
Pertahankan cinta tercelanya janji. Tunaikan janji terkorban sebuah cinta. Apa itu pilihan jika kedua-duanya hendak dimiliki? Mati!
Hidup!
Mati!
Hidup!
Mati!"GOD! Apa yang aku tulis ni?" Aku terus mencampakkan pen ke lantai. "Jane? God protect her for me. She's my life."
![](https://img.wattpad.com/cover/177550557-288-k929387.jpg)
YOU ARE READING
H U J A N
RandomWarning! 🔞 Hidupku tidak pernah dicalit oleh sebarang duka sehinggalah sebuah mimpi bertamu. Mimpi yang membuatkan aku terfikir setiap saat tentangnya. Mimpi yang penuh tanda tanya samaada kebahagian atau kedukaan yang bakal bertandang. Novel! Ya t...