HUJAN 4

16.6K 88 1
                                    

DON'T FORGET TO VOTE, ALSO GIVE FEEDBACK THROUGH COMMENT! 💋

Mata aku cuba buka perlahan-lahan, tak pasti di mana keberadaan aku sekarang ini. Badan dibaringkan di atas sebuah katil queen bercadar warna hijau gelap. Ada sebuah meja kecil di hujung kakiku. Turut ada tangga di situ di penjuru sebelah kananku.

Aku turunkan tapak kaki untuk menyentuh lantai, di badan masih lagi baju yang dipakai siang tadi.  "Joshua. Baby?"

Tiada siapa yang menyahut. Aku berjalan menuju ke tangga tersebut sambil itu aku perhati ke bawah. Bahagian bawah merupakan sebuah mini library dan ada sebuah katil bujang. Cuba teka siapa sedang tidur dekat bawah? Joshua!

Bingkas aku turun ke bawah lalu merapati tubuh boyfriend kesayangan aku itu. Comel ja tidur sambil peluk bantal rapat ke dada. Bantal yang kemas dia peluk itu, aku tarik perlahan-lahan. Bantal itu aku campak ke lantai.

"Ermmmmm..." dia merenggek lantas dia terus memeluk pinggangku sehingga hidungnya dan hidungku bertemu. "Hii." suaranya yang serak akibat baru bangun tidur menegur. Beberapa kali aku cuba melepaskan diri tetapi tidak berjaya. "You yang datang dekat I, kenapa nak lari pula?"

Soalan dia tu buat aku malu.. automatik tersengih aku. Fikir punya fikir, akhirnya dapat juga idea nak lepaskan diri. Kelemahan Joshua geli di leher, tanpa melengahkan masa aku terus kiss dekat leher dia.

"Fuiiiii!" Dia terus lepaskan pelukkan kerana nak tutup lehernya dengan tangan.

"YEAAAAYYYY! I bebas." Aku terus lari naik ke atas semula.

"Larilah... Jane jangan lupa mandi kejap lagi kita keluar dinner. But before that you have to greet my aunty and uncle first. Sebab tadi you tidur I angkat masuk bilik terus." Teriak Joshua dari bawah.

☔🌂☔🌂☔🌂

Sebelum keluar bilik pelbagai pesanan yang diberikan oleh Joshua.

"Dear, jangan berada jauh daripada I."

"Jane you have to act like you're Chinese."

"Kalau tak tahu nak jawab soalan apa-apa, angkat kening dekat I."

"Kalau aunty and uncle I ajak makan. Cakaplah dah kenyang atau nak keluar makan."

Kalau ikutkan banyak lagi tapi itu sahaja yang aku ingat pun. Buka sahaja pintu bilik, aku terus terpegun dengan keindahan dekorasi rumah ibu saudara Joshua ini. Simple but nice.

"Shushu, Guma?"

"Joshua." Sambil ibu saudara Joshua mengangkat tangan melambai kami untuk duduk bersama mereka.

Kami menyertai mereka duduk di ruang tamu. "Jane... ni feichang piaoliang."

Hanya Jane yang aku faham kerana itu nama aku. Terus aku pandang wajah Joshua.

"She said that you're beautiful." Jelas Joshua.

Aku tersenyum lalu membalas dengan baik. "Xiexie."

Terbuntang mata Joshua mungkin dia tak sangka yang aku akan ucapkan terima kasih dalam bahasa mereka. Sekurang-kurangnya persediaan yang kecil aku tak sia-sia, boleh guna juga harini. Ibu saudara menganggukkan kepalanya kepada aku.

H U J A NWhere stories live. Discover now