Trutttt tuduttt truttt... 🎶
Click!
"Hello ..?"
"Heyyy morning lazy bum bum!" Suara Amuley menyapa dihujung corong telefon bimbitnya.
"Awalnya....Baru jam brapa ni muley ko call call sa? Aduh.... Tergendala oh mimpi2 sa... kitai ko sana!" Herdik Vena Sambil menarik selimut menutupi seluruh tubuhnya.
Kesejukan pagi di hujung puncak Bukit Kundasang membingit lagi suasana pagi itu.
"Oiii! Jam 10pagi sudah la! Ko cakap hari ni mau pi hiking?
mana sempat lagi ni, sudah jam 10.
Ko tengok brapa mis kol sa sama ko dari pagi lagi?" Bebel si Amuley."Ohh ... Ya kah? Alalalalala. Sorry sorry laling, bisuk boleh kah?" Sambil mengeliatkan badan, Vena menguap kecil.
"Mana boleh amoiii, sa mau terbang sudahlah besok. Aduiiiiii! Ko ni kan"
Rungut si Amuley."Ayoo sa lupa laaa pula ko mau pi ausie! Uhmm... Sa blanja ko neri la? Amcam ok ka? Bawa Audrey skali." Lantas saja Vena bangun dan duduk menyandar dihujung katil sambil tangannya menyelak langsir.
Sambil tangannya mengosok mata,Vena terpaku melihat seorang lelaki tidak berbaju, berbadan sasa dan tinggi lampai sedang mengelap bumbung kereta 4x4 nya.
Wajahnya tidak kelihatan kerana dia membelakangi halaman rumah si Vena.
"Wow! Muleyyy, you don't believe what i see right now!"
"Apa? Apa?! Ko ni kan ada ada saja la. Hari tu pun begitu, skali tingu lelaki timur yang muka dia macam si Obama. Adeiyedei yedei !
Vena oii sudah sudah laitu sana! Cepat la ko bangun bersiap, kami sudah mau sampai rumah ko ni "Tuuuuttttttt...~
"Tapi ini anuuu, oiii! Kitai belum lagi sa habis cakap sudah dia hang off phone. Badigol tul la ni pompuan"
Tidak sampai 15minit~
Vena yang masih mengintai disebalik langsir dikejutkan oleh ketukan pintu biliknya.
Knock! Knock!
"Ishh.. Siapa pula ni? Takkan la pompuan dua orang ni sudah sampai? Cepat juga." Vena membebel kecil sambil mencebik bibir, dia segera menuju ke pintu lalu membukanya.
"Tadaaaaaa!" Terpacul Amuley sama si Audrey didepan pintu bilik sambil mereka ketawa terkinja kinja.
Betul tekaan si Vena, dua sahabat baiknya, Amuley Shin dan Audrey Burn.
#Flashback
Vena mengenali mereka sejak dari sekolah tadika sehinggalah mereka dewasa, dan kini masing2 sudah punyai kerjaya sendiri.Keduanya sangat suka menyakat si Vena.
***
"Oiii guyssss! Damnnn! Cepat juga Kamurang datang? Naik jet ka apa kamu ni? " Mereka bertiga berpelukan kegembiraan.
"No la, actually kami sudah ada disini pagi tadi. Tapi time2 mau naik tu bukit pi rumah ko, pancit ba tayar kreta si Amuley. Nasib baik ada yang menolong. Ko tau juga kami ni mana tau tukar tayar spare." Menjeling si Audrey sama si Amuley.
"Eh macam sa punya salah pula tu tayar pancit. " Dijelingnya pula si Audrey balik.
"Sa sudah cakap ma semalam. Tayar kereta ko teda angin, ko bilang, ok lagi boleh sampai. Nah.. Sekarang apa?" Marah si Audrey.
"Ok ok guys, enough la. Korang sampai juga kan sini? So, stop the argument, okay?" Kata Vena meredakan keadaan.
"But guys... Trust me this time! " Sambil Vena menarik kedua dua tangan sahabatnya menuju ke tingkap dan menyelak sedikit kain langsir.
"See! Handsome kan dia! " Dengan mata comel Vena yang dikasi kelip-kelip, dia tersenyum memandang muka kedua sahabatnya.
"Jap, sa pakai spek dulu" Kata Audrey melangkah menuju ke katil, dan mencapai cermin mata yang berada di dalam pursenya lalu memakainya.
Audrey berjalan kembali kearah mereka, di tepi tingkap."Ohhhhhhhhhh dia! Muley, bukan itu kaitu yang tolong tukar tayar ko tadi?" Dipandangnya si Amuley yang sedang asyik menekan butang keypad hand phonenya.
"Bukan dia tengok pula, sibuk ba sama tu hp" Sampuk Vena lagi.
"Ehehe, si Cien ba msg sa. Dia cakap ni malam dia datang sini. Uhmm..Dia mau jumpa kawan dia, debilang. Tidak pula sa tau yang dia ada kawan tinggal di kundasang." Kata Amuley, menghampiri mereka berdua yang masih mengintai ditepi tingkap.
"Siapa kamu bilang handsome tu," Soal Amuley berseloroh.
"Tuuuu naaa tuuuu " Vena menarik lengan baju Amuley sambil telunjuknya menunding kearah lelaki tinggi lampai itu.
"Ohh. Interesting. What a good looking guy. Macam Chinese, tidak juga. Portugese looks? Nahhh.. Tak kan American? Tiada ciri2 pun. Mix Kali. Tapi mix apa? " Mereka bertiga berpandangan sesama sendiri.
*Shrugged*
"Ko kenalkah lelaki tu Vena?" Soal Audrey tanpa segan silu melambungkan tubuh langsingnya di atas katil." Aduii... Syok ohhh sini, sejuk lagi. Best kalau si Hary ada, bolehlah sa kiss, peluk2 dia. Rindu sa sama dia, guys" Kata Audrey lagi.
"Ehhh cringy juga ko Aud. Tahan2 la ba ko punya nafsu tu.
And by the way, sa nda kenal tu lelaki. Hari ni baru sa nampak dia. " Jelas Vena turut menjatuhkan badannya di peha si Audrey."Aduiii baa! Geli ohh rambut ko. Nasib baik ko ringan. Kalau Nda, patah ba paha sa oleh kau." Jerit Audrey kegelian dan mengulas lembut kepala Vena.
"Oi kamurang jangan jadi lesbian sudah! Always choose the lolow." Sambung si Amuley lagi lalu menghempap mereka berdua di katil.
"Haahahahahahaah! Gila la ko Muley!" Ketawa kegelian Vena dan Audrey.
Terbahak bahak mereka bertiga ketawa kerana kelucuan.Tanpa disedari gelak tawa mereka menarik perhatian lelaki tampan itu yang masih khusyuk membersihkan kenderaan pacuan 4 rodanya, lalu ia melirik ke arah tingkap itu dan tersenyum simpul.
YOU ARE READING
Aku Bukanlah Yang Pertama SE 1(COMPLETED)
Romance@Fuukye™: Fuukye@copyright protected ©2019 Vena Georgia, gadis comel dan periang itu mempunyai sejarah penyakit mental dan pernah dimasukan kedalam rumah sakit jiwa akibat tekanan dan hampir2 membunuh diri. Perkara itu terpaksa dirahsiakan oleh ke...