Vena run away ~part8

893 46 6
                                    

"Paappp!"
Satu penampar hinggap di muka Benny yang sedang tidur nyenyak di atas katil.

Benny yang tersentak dari tidur,
terpinga pinga sambil meraba kulit pipinya. kesakitan mulai terasa menjalar dibahagian rahang akibat dari tamparan itu.

"What?  Why?  Vena?"
Dengan mata yang berpinar pinar dia bangkit dari katil tatkala matanya ke kiri kanan mencari pakaian semalam tapi tidak dijumpainya.

Benny yang tanpa seurat benang,
dengan segera mencapai selimut membaluti badan telanjangnya.

Dan pada ketika itu dilihatnya di sudut bilik, kelihatan Vena yang hanya memakai T-shirt dan seluar dalam, duduk menangis teresak esak.
Ia mendorongnya menghampiri
gadis itu.

"Vena..Kenapa ni?"
Benny mengusap lembut bahu itu.Didongakkannya dagu gadis itu sekilas merenung raut wajahnya yang kelihatan pucat serta rambutnya yang serabai.

Benny kehairanan melihat keadaan gadis itu yang seperti tidak terurus.
Benny menegurnya lagi.
"Vena? ko ok ka ni?"

"Pergiii! Sa benci ko! Ko kotor!
Pergiii!" Jerit Vena Secara tiba2. Ditolaknya bahu lelaki itu dengan kasar tatkala dia sedang membongkokkan badan dihadapannya.

Disebabkan tolakan itu, Benny hilang keseimbangan badan, lalu terjatuh dan pinggulnya terhentak kuat mengenai bucu katil.

"Aarghhh aduiiii ! Vena....!
Knapa dengan ko ni??" Benny bangkit lagi sambil mengosok pinggulnya yang sakit.

"I said get out!  You disgust me!"
Jerit Vena lagi dan membaling sesuatu kearah lelaki itu.

Benny yang masih kesakitan tidak sempat mengelak lalu terkena balingan itu.

"Prakkkk"

Bunyi botol kaca pecah jatuh kelantai mengakibatkan isi kandungannya  Bertaburan disana sini.

"Ubat apa ni Vena?" Benny memandang lagi wajah gadis itu sambil mengerutkan keningnya.

Dikutipnya kepingan botol kaca yang berselerakan di tepi kakinya.

"DUMOLID NITRAZEPAM" Nama ubat yang tertulis dipermukaan
kepingan botol kaca  itu.

Vena yang mencarut carut disudut bilik itu tidak mengendahkan soalan Benny. kedua tangannya pula menarik kuat rambutnya yang kusut masai.

Benny yang kebingungan dengan
Keadaan itu cuba untuk menghalang gadis itu dari terus menerus menarik rambutnya. Cebisan helaian rambut berguguran dibawah lantai.

"Vena, apa sudah jadi dengan ko ni?!
hey! Calm down!" Benny mendakap belakang gadis itu sambil kedua belah kakinya mengepit badan kecil yang mulai meracau dan menangis lebih kuat lagi.

Gadis itu meronta ronta
kerimasan apabila badannya
dililit  lantas berteriakan memaki hamun jejaka itu.

"Ko bangsat tak guna! Lepaskan saya!
Ko kotor ko cilaka!
Ko pergi jahanam!
Lelaki sial!"

Tiba2 matanya terbeliak
sehingga mata putih saja yang kelihatan, mulutnya menyeringa sambil gigi diketap Ketap dengan kuat. Vena meronta ronta minta dilepaskan.

Seperti hilang kawalan, digigitnya tangan Benny yang melilit badannya dan menghayunkan kepalanya ke belakang lalu menghentak hidung si jejaka.

"Ouch ! What is wrong with you Vena Georgia!?" Sekali lagi Benny mengerang kesakitan yang teramat sangat.

Disebabkan hentakan yang begitu kuat, hidung Benny berdarah.
Tangannya terlerai dari membelit badan gadis itu, ketika dia memicit hidungnya yang sakit berdenyut.

Vena mengambil peluang itu menolak Benny ke dinding dan ingin keluar dari bilik itu, tetapi sempat dihalang oleh Benny walaupun dia sedang dalam kesakitan.

Keadaaan gadis itu yang tidak terkawal seperti orang hilang akal, malah suaranya mendengus garau  langsung saja menendang perut Benny dengan sekuat tenaga.
Tidak sempat mengelak, jejaka itu terpelosok jatuh dilantai.

Dengan hanya T-shirt dan berseluar dalam, Vena berlari menuruni
tangga dan merempuh pintu utama dan keluar dari rumah sambil berteriakan.

"Vennnnaaa!"

Benny yang tidak sempat mengenakan sebarang pakaian
dan cuma dibaluti selimut, sempat mencapai telefon bimbitnya lalu bergegas keluar mengejar Vena yang sudah jauh meninggalkan rumah itu.

Sambil berlari, Benny menekan butang keypad hand phonenya  menelefon Cein.

Truttt.. truttt..

"Oh come on man pick up the phone!"

5minit kemudian ~

"Hello.... " Suara malas Cein kedengaran di corong telefon.

"Thanks god! Cein Bagus ko datang sini cepat! Nda tau apa sudah jadi sama si Vena tu. Dia lari masuk hutan!" Sayup jauh kedengaran Suara Benny seperti ternguncap kepenatan kerana berlari.

"Wtf?  Lari?  Masuk hutan? Calm down Ben, slow down...Kenapa ? Apa sudah jadi?" Kata cien lagi yang masih terpinga pinga diatas katil. Ditolehnya jam dinding, baru menunjukkan pukul 7 pagi.
"Apa kau sudah buat sama dia? Knapa suara ko ni macam orang yang sedang berlari?
Ko apa2kan dia kaini? Omg apa yang sa cakap ni?
Maksud sa... " Belum sempat Cein meneruskan kata, Benny memantas kata2nya.

"Sa teda buat apa2! I mean, Yes! 
No! I mean, yeahhhh! Damnit man!
But, bukan itu yang menyebabkan dia lari. I have no idea cien!
Lagi, muka si Vena pucat betul.
And then dia macam...I don't know lah Cein! You better come now man! Sa takut sudah ni." Rayu Benny lagi.

"Ok ok ok calm down, sa call parents dia. Ko teruskan mencari dia. Bahaya tu Ben, hutan tebal lagi." -cien

"Ya ya sa sedang mencarilah ni. Cepat
Sikit cien, sa takut kalau Vena kasi cederakan diri dia.
Lagipun dia tiada aaa... "
Benny tidak menghabisi kata2nya.
Ditelannya saja ayat itu.

"Tiada apa Ben?"-Cien

"No la, cepat sikit Cien call parents dia and a back up, maybe. Macam jauh sudah si Vena menghilang dalam hutan ni," Ujar Benny lagi mengalihkan perhatian Cien.

"Ba ok, ko keep on eye saja jangan berhenti mencari dia."

"Alright!"

"Klik"

Kira2 satu jam kemudian.

Kedengaran bunyi siren Ambulance
disusuli dengan kenderaan Pertahanan & Penyelamat Awam KK (Rescue Team) ,
Berhenti di persimpangan jalan di mana Benny sedang berdiri melambai lambaikan tangan.

Ketua Pasukan itu segera bergegas di tempat kejadian dan menyoal Benny.

Sepertimana yang diterangkan oleh Benny, Ketua Pasukan mengarahkan unit anggotanya, bersama dengan anjing pengesan turun ke bawah bukit difahamkan tempat gadis itu melarikan diri.

"Glad you're here with the team Cien!
Sa sudah blurr nda tau apa mau bikin lagi."

"Yes! And by the way," Cien menarik lengan Benny ke tepi jalan jauh dari anggota2 yang berada di situ.

"Where the hell is your clothes? 
Knapa ko berbungkus dengan selimut saja ni? Oh man... Adakah ko..."

"I can explain!" Merah padan muka Benny menahan malu.
"But not now Cien, ni hal macam suddenly. Susah sa mau kasi terangkan."

"Ok atleast ko balik pi pakai baju. Kita mau masuk hutan ni.
kalau ko begini saja, susahlah."

"Ya itu yang sepatutnya."

Kedua dua lelaki tampan itu segera meninggalkan tempat itu.

Aku Bukanlah Yang Pertama SE 1(COMPLETED) Where stories live. Discover now