"Bipolar Disorder... " Tuan Gorge memalingkan wajahnya seketika dan menyambung kembali kata2nya.
"Vena mengalami kemurungan manik, iaitu gangguan mental yang menyebabkan tempoh kemurungan dan tempoh mud tinggi. Semasa mania, dia akan berkelakuan atau berasa luar biasa bertenaga, gembira, atau marah. Dia sering membuat kurang berfikiran keputusan tanpa mengambil kira akibatnya. Dalam tempoh kemurungannya, dia mungkin ada menangis, pandangan negatif terhadap kehidupan, dan hubungan mata yang lemah dengan orang lain. Risiko bunuh diri yang tinggi atau dia mencederakan diri sendiri.
Walaubagaimana pun, Dia juga ada membuat rawatan biasa termasuk psikoterapi, dan juga ubat-ubatan seperti penstabil mood dan antipsikotik.
Dahulu, Vena sering di label sebagai remaja nakal dan bermasalah. Saya pasti, Emulay dan Audrey tahu tentang hal itu, tetapi tidak mengetahui akan hal penyakit Vena.
Walaupun begitu, dia masih boleh dipulihkan dan dipantau dengan
kerap." Terang Tuan Gorge panjang lebar."Terima kasih kepada mereka yang sering bersama dia, Lagipun dia bukannya gila, Cuma alami tekanan perasaan sahaja yang membawa kepada masalah kesihatan
mentalnya.
Saya berharap sangat pada rakan2 Vena, kerana saat ini dia sangat memerlukan sokongan untuk kembali sembuh." Rayu Tuan Gorge lagi.Mereka yang berada disitu mengangguk faham.
"So, Tuan Gorge apa perlu saya menulis surat sokongan untuk Vena?
Agar dia pergi membuat pemeriksaan susulan semula di pusat mental? " Saran Doc Prety."Tidak perlu doc, kerana anak gadis saya sudah ada pakar persendirian yang memantau penyakitnya from time to time ", Jelas Tuan Gorge lagi.
"Baiklah kalau begitu. Jadi saya berserta staff nurse, akan memberikan apa yang patut pada anak tuan sementara dia menjalani rawatan disini." Sambil tersenyum, Doc prety bangun dari kerusinya dan memberikan sekeping nota kepada Tuan Gorge.
"Ini adalah list ubat ubatan yang perlu diambil oleh Vena, sila merujuk kepada kedai farmasi yang berada di tingkat bawah." Jelas Doc prety sambil berlalu meninggalkan tempat itu.
To be continued
YOU ARE READING
Aku Bukanlah Yang Pertama SE 1(COMPLETED)
Romance@Fuukye™: Fuukye@copyright protected ©2019 Vena Georgia, gadis comel dan periang itu mempunyai sejarah penyakit mental dan pernah dimasukan kedalam rumah sakit jiwa akibat tekanan dan hampir2 membunuh diri. Perkara itu terpaksa dirahsiakan oleh ke...