• park jihoon •
"saya sukakan sunbae"
Pagi-pagi dah kena confess. Apa cerita ni jihoon? Kau terkenal ke dekat sekolah ni?
"sunbae takkanlah terkedu bila saya cakap yang saya sukakan sunbae"
Aku agak terkedu sebab dia bukannya calang-calang orang. Pelajar yang paling cantik dalam sekolah ni.
"sunbae oh sunbae" kali ini dia memegang lengan aku dan menggoncangkannya.
Woi apa kes budak ni?
"em aku ada kelas ni" aku tolak tangannya dan terus meninggalkannya di situ.
"ingat nama saya sunbae! Ha minkyung!"
Aku teruskan berjalan masuk ke dalam kelas. Banyak mata yang memandang kami berdua. Tumpuan lebih diberikan kepada aku sebab berdasarkan apa yang aku dengar
MINKYUNG TAK PERNAH SUKA MANA-MANA LELAKI.
Aku tak rasalah aku ni bertuah ke apa.
"woi dengar cerita budak tu confess dekat kau" junkyu tersenyum.
Dia ni pakcik bawang betul lah. Tak pernahlah dia tak tahu gosip semasa dalam sekolah ni.
"ya" balas aku seringkas yang mungkin.
"pergh tak sangka ada yang minat kau kan hoon. Aku rasa aku lagi kacak dari kau"
Perasannya budak junkyu ni. Kalau aku tampar tu tak hidup dah rasanya.
"takkanlah kau tak minat dia?" soal junkyu.
"diamlah. Aku tengah serabut ni" aku jeling junkyu.
Siapa suruh memekak lagi? Aku dahlah terlupa bawak buku latihan hari ni. Lepastu minkyung pula confess pada aku.
"tahulah ada yang suka kau. Ei pukul kang"
Junkyu sambung menoreh mejanya. Pergh vandalisme. Tapi dia cakap itu seni. Seni kepala achik dia.
Skip
• ha minkyung •
Aku berjalan pulang ke rumah sambil tersengih. Teringat jihoon lagi lah tu. Dia asyik muncul dalam fikiran aku.
Mulut aku terus mengukirkan senyuman apabila ternampak jihoon. Dia tengah minum soda. Minum air pun nampak kacak peuw.
Aku terus berlari ke arah jihoon.
"sunbae! Balik seorang ke?"
Jihoon pandang aku sekilas dan kembali pandang ke depan.
"pergh sombongnya sunbae ni tapi saya still sukakan sunbae" aku tersengih.
"kau nak apa ni?" jihoon mula bersuara.
Aku terus tersenyum lebar. Walaupun dia macam nak tak nak saja layan aku tapi aku tetap sukakan dia.
"nak sunbae" kata aku dengan suara yang dibuat-buat comel.
"pergh kau ni kan. Dah pergi main jauh-jauh"
"aduh jangan halau saya,sunbae. Nanti saya lagi nak duduk dalam hati sunbae ewahh" aku tersengih.
Comellah jihoon ni. Buat aku meroyan je bila tengok muka dia.
"eh engkau ni. Janganlah kacau aku,pergi balik rumah kau" jihoon menghalau aku sekali lagi.
"kita balik sama-samalah macam tu sunbae. Tak adalah saya sunyi"
Okay tiba-tiba suasana jadi sunyi. Ewahh.
"sunbae kenal abang saya tak?" soal aku.
Sengaja aku nak menyerikan suasana yang kekok ni. Tak adalah diam je macam dalam library.
"kenal"
"baguslah kalau sunbae kenal. Bolehlah kita rapatkan hubungan keluarga macam tu"
Jihoon mula mengerutkan dahinya. Auch nanti kedut dahi tu. Tapi aku still suka dia walaupun dah berkedut ahahahaha.
"hubungan keluarga achik kau. Aku tak faham apa yang kau cakap ni sia" mulalah tu nak marah.
Tengah marah pun masih comel. Patutlah aku sukakan dia.
"sunbae tak suka saya ke?"
"kau merepek apa ni?"
Haa ini pertandingan soal-menyoal ke apa. Tak ada siapa yang nak jawab soalan ke.
"saya suka sunbae ehe saya tak kesah kalau sunbae suka saya atau tak. Sebab sunbae tu jodoh saya"
Aku tak kesah kalau aku merepek depan dia. Sebab aku comel(๑ ิټ ิ). Dia takkan reject aku duh.
"ha pergilah balik. Rumah aku dekat depan tu je" kata jihoon.
Aku cubit pipinya dan tersenyum. Pergh gatal sia aku siap cubit pipi dia.
"jalga sunbae. Malam ni mimpikan saya muah!"
Aku bagi flying kiss sebelum berlalu pergi. Biar dia angau sikit dekat aku. Tak mainlah santau-santau orang ni. Tak elok tau santau dan sihirkan jihoon.
Aku balik ke rumah dengan keadaan tersengih. Nasib baik appa tak ingat yang aku ni kena sawan ke apa.
tbc.
YOU ARE READING
[끝] with you ; park jihoon
Fanfictionha minkyung my one and only annoying girl❤❤ work by: @whyykoala