t h i r t e e n

735 94 3
                                    

• ha minkyung

Aku pandang appa berkali-kali. Jihoon di sebelah aku pula memandang appanya. Apa yang dah merasuk fikiran appa-appa kami ni?

"kami nak kamu berdua berkahwin" kata uncle park.

TIDAK,AKU TAK BERSEDIA LAGI!

Aku pandang appa dan memegang lengannya.

"tapi kami berdua dah bercinta. Takkanlah kena kahwin appa. Bukannya minkyung tak nak tapi kami berdua masih bersekolah"

Jihoon menganggukkan kepalanya. Yoonbin?ah dia dah lesap. Pergi date dengan ryujin katanya.

"tapi syarikat kami berdua kena berkerjasama dengan segera"

"apa masalahnya dengan kami berdua? Appa teruskan jelah kerjasama. Dah habis sekolah nanti kami kahwin" jihoon mencelah.

"senanglah kamu cakap. Nanti kalau kamu berdua dah berpisah, apa jadi dengan hubungan syarikat kami?"

Aduh aku tak faham betullah urusan orang tua ni. Dia tak faham ke aku nak enjoy hidup aku ni dulu. Penatlah.

Muda-muda dah kena paksa kahwin. Umur aku belum cecah 20-an lagi.

"senang kita kahwinkan je kamu berdua. Tapi tak payah buat majlis"

"no! Minkyung tak setuju" aku membentak.

Appa menahan geram. Dia ni beria sangat kenapa?aku tahulah aku dan jihoon akan kekal sampai bila-bila.

"kamu nak appa potong duit bulanan kamu?"

Aku terus tarik lengan appa. Mana aci dia ugut aku.

"mana adil appa! Yelah yelah kahwinkan jelah kami ni" aku berputus asa.

Jihoon pun terpaksa mengalah sebab dia diugut perkara yang sama. Pergh gilalah aku dan jihoon kahwin. Pada usia yang muda ni.

"kami akan uruskan perkahwinan kamu berdua secepat mungkin. Jangan ada sesiapa pun yang cuba nak lari" pergh uncle park ugut sia.

TAKUTNYA AKU(๑ ิټ ิ) .

Aku mengeluh begitu juga dengan jihoon. Kami berdua meminta diri dan membiarkan orang tua berbicara selebihnya.

"apa ni jihoon?"

"sabarlah minkyung. Kita dah tak boleh nak melawan diorang. Macam-macam pula diorang ugut kali ni. Terpaksalah" jihoon pun dah redha dengan keadaan yang dah berlaku.

Aku memegang bahu jihoon dan tersenyum.

"tak apalah. Lagipun kita boleh saja rahsiakan dari pelajar sekolah tu" aku tak naklah kecoh-kecoh.

Nanti apa pula yang jadi. Pergh aku tak boleh kalau peminat jihoon serang aku. Kalau peminat aku serang jihoon tak apalah jugak.

Eh dua-dua tak boleh.

Skip

park jihoon

Aduh apalah nak jadi. Eomma tak ada pula tadi untuk back up kami berdua. Lagi dua hari kami akan melafazkan ikatan perkahwinan.

Memanglah aku nak kahwin dengan minkyung tapi ini semua terlalu awal. Eh macam sama je dengan ayat minkyung
(๑ ิټ ิ) .

"kau apahal termenung ni woi" noa mengejutkan aku.

Akhirnya aku tersedar dari lamunan. Semalam tidur pun tak tenang sebab asyik fikirkan benda ni.

"kau macam ada masalah je" noa bersuara.

"tak adalah. Aku cuma nak merungkai masalah drama yang aku tengok semalam" aku pandang noa.

Rasanya noa ni hebat tak dalam bab-bab percintaan ni? Mana tahu nasihat dia boleh guna untuk kali ni.

"drama apa?"

"aku tak ingat lah pula tajuk dia tapi hero dan heroin dia kena paksa kahwin dalam usia yang muda" aku mula menyelit kisah aku di antara drama.

Noa seakan keliru.

"muda sangat ke diorang tu?" soal noa.

Aku mengangguk laju.

"muda weh hero tu sebaya kita dan heroin dia muda setahun dari kita. Tak ke muda tu?"

Noa mengangguk. Tangannya bergerak-gerak sambil dia memikirkan masalah ni. Tolonglah beri jawapan yang logik wahai noa.

"aku rasa selagi diorang mencinta satu sama lain perkahwinan tu akan kekal. Kalau pasal sekolah tu diorang kena pandai-pandai coverlah. Jangan sampai kantoi" noa menghelakan nafas.

"tapi drama apa yang kau tengok ni? Macam best je" noa tersengih.

Aku menggeleng.

"aku bukannya ingat pun tajuk dia. Itu pun aku tertengok drama tu" aku pandang noa dan noa pandang aku.

Euw. Something in your eyes. Tell me who i am.

"yelah tu. Dahlah tak dapat apa-apa pun kalau bercakap dengan kau ni" noa merungut.

Dia ni dari dulu sama je. Depan aku kuat membebel. Tapi bila depan junkyu pergh kemain lembut bercakap. Macam cakap dengan bidadari.

Siapa jelah tak suka noa ni. Siapa yang tak suka tu boleh pergi main jauh-jauh kot. .

Maaf jihoon merepek lagi. Aku cuma terfikir kata-kata noa tadi. Selagi aku dan minkyung saling mencintai jadi kami berdua tak perlu risau tentang perkahwinan ni.

Lainlah kalau kami berdua saling membenci. Ahahaha tapi kalau benci jadi cinta tu pun gempak jugak.

tbc.

[끝] with you ; park jihoonWhere stories live. Discover now