• no one pov •
Jihoon menunggu minkyung di pagar sekolah. Lama pula minkyung berjalan hari ni. Kaki lenguh kot.
Akhirnya jihoon nampak wajah minkyung dalam sekumpulan pelajar.
"minkyung!" jihoon menjerit sambil melambaikan tangannya.
Minkyung tersenyum nipis dan mendekati jihoon. Jihoon terus memeluk bahu minkyung dan jalan bersama.
"aku dapat coklat tadi. Tapi tak tahu siapa yang bagi" jihoon bersuara.
"oh ye ke? Tahniah"
Jihoon mengeluarkan telefonnya dan tunjukkan gambarnya yang diambil oleh noa tadi.
"tengok ni. Aku siap ambil gambar dengan coklat tu. Agaknya siapalah pemberi coklat ni?" jihoon tersengih.
Minkyung seakan tak berminat dengan cerita jihoon. Dia sebenarnya sakit hati sebab jihoon tak dapat mengecam tulisan tangannya.
"kenapa masam je ni?" jihoon mencubit pipi minkyung.
Lembut macam pau. Pergh lapar weh.
"siapa yang buat minkyung marah ni?meh bagitahu aku. Biar aku belasah dia" minkyung menjeling jihoon.
"jihoonlah yang buat minkyung marah!" bentak minkyung.
Dia tak pernah rasa geram macam ni pada jihoon. Dia tak sangka jihoon tak dapat mengecam langsung itu coklat pemberiannya.
"jihoon buat apa pada minkyung?" soalnya tanpa rasa bersalah.
Minkyung menahan air matanya dari mengalir. Dia cukup marah dengan jihoon.
"hei kenapa nak menangis ni?" jihoon pandang ke arah minkyung.
Dia memegang dagu minkyung dan menolaknya ke atas. Dia mahu menatap wajah minkyung.
"jihoonㅡsampai hati tak tahu itu coklat yang minkyung bagi" minkyung menahan sebak.
Dia tak tahu kenapa dia terlalu sensitif sejak bercinta dengan jihoon.
"eh jihoon gurau jelah. Jihoon memang tahu dari awal lagi. Sengaja nak kenakan minkyung"
Minkyung terus menumbuk dada jihoon. Siapa suruh berani sangat cari gaduh dengan minkyung?
"aduh kuatnya. Girlfriend siapa yang kuat sangat ni?" jihoon mencubit pipi minkyung.
"girlfriend jihoon nakal" minkyung menjeling jihoon.
"alololo nak nangis ya tadi. Meh sini my baby boo" jihoon mendepakan tangannya.
Minkyung berlari masuk ke dalam dakapan jihoon. Memanglah dia geram dengan jihoon tapi takkanlah dia nak lepaskan peluang berpelukan dengan jihoon.
Tak akan(๑ ิټ ิ).
• ha yoonbin •
Pergh adik siapa tu? Tak malu betul peluk dengan jihoon depan aku. Ish ish.
"kenapa berhenti?" soal ryujin.
"eh tak ada apa-apa. Kita lalu jalan lainlah"
Ryujin hanya mengangguk. Dia ni tak banyak tanya jadi senang kerja ewah. Bila entah aku nak confess dengan ryujin ni.
"appa awak dah sihat?" soal aku.
"syukurlah. Keadaan appa dah semakin membaik" ryujin tersenyum.
Baguslah. Senang nanti nak kahwin. Ewah gatal ye engko ni yoonbin(๑ ิټ ิ) .
"ryujin ada dapat coklat hari ni?"
Ryujin mengangguk laju. Nampaknya dia ada ramai peminat. Pergh aku tak boleh kalah macam ni.
Aku terus berhenti berjalan. Zip beg sekolah dibuka dan aku keluarkan coklat.
"ni untuk awak. Eh kejap ada lagi"
Aku keluarkan teddybear kecil yang aku beli di kedai haritu. Aku berikan teddybear dan coklat untuk ryujin.
"gomawo. Comelnya teddy bear" ryujin tersenyum lebar.
Aku tahu dia akan suka hadiah pemberian aku ni. Aku kan pemikat wanita ewah. Tak adalah. Ini semua idea dari minkyung.
Bijak juga adik aku tu. Ingatkan lembab je sepanjang masa.
"saya ingatkan tak akan dapat coklat dari awak"
Eh kejap. Aku salah dengar ke ni?dia mengharapkan coklat dari aku.
Jadiㅡ
Peuw! Dia pun sukakan aku?
"awak pun sukakan saya?" soal aku.
Dia tersenyum lebar. Ya ampun jantung aku. Ryujin,mohon jangan senyum macam tu. Nanti aku gila bayang.
"jom" aku terus memegang tangannya.
"pergi mana?"
Aku tersengih.
"pergi pupuk cinta kita. EWAH" aku tergelak kecil.
Tak sangka cliche gila cinta aku dengan ryujin. Hahahaha tapi aku still sayangkan dia muah.
"betul-betullah yoonbin. Saya balik nanti" ryujin pun mengacah nak balik.
"eh eh biar saya hantar awak balik"
Dan kesunyian tadi terus bertukar kepada bunyi tawa kami. Aku rasa aku boleh jadi pelawak. Tak adalah jobless je nanti macam author ni.
Skip
• ha minkyung •
Aku melompat-lompat di atas katil. Teruja aku sebab jihoon jumpa coklat yang aku beri tadi. Dan dia juga berani prank aku. Tak guna betul.
"woi! Nak roboh rumah ni" yoonbin menolak pintu bilik aku kuat.
Aku berhenti melompat dan bercekak pinggang. Suka suki dia je masuk bilik aku.
"biarlah rumah ni roboh. Appa boleh buat rumah yang baru" aku menjelirkan lidah pada yoonbin.
"kau ingat appa tu cop duit?" soal yoonbin.
"tak. Kau yang suka habiskan duit appa. Bukannya aku"
Yoonbin terus terdiam. Tapi aku ada perkara nak tanya pada yoonbin.
"weh! Kau dan ryujin macam mana?cun tak?"
Dia mengangguk. Senyuman terus terukir pada wajahnya.
"gila ke tak cun. Aku ni hebat bagi pickupline dan dia tergoda dengan aku" eh bangga diri pula yoonbin ni.
"eh semuanya idea aku tahu tak? Jangan nak puji sangat diri kau tu"
Aku flip rambut aku sebab berjaya satukan ryujin dan yoonbin. Tak sangka aku boleh jadi doktor cinta.
"yelah yelah. Kau dengan jihoon tadi bukan main lagi peluk-peluk"
Aku terus menekup mulut aku. Habislah yoonbin nampak. Confirm dia nak bahan aku. Siot betul.
"tak payah nak terkejut sangat. Aku suruh appa kahwinkan korang secepat mungkin"
"andwaee!! Aku nak nikmati masa remaja aku dulu" aku menumbuk-numbuk yoonbin.
Aduh yoonbin tu dahlah tinggal tulang je. Kesian pula aku tengok si yoonbin tu. Tapi aku masih tak berhenti pukul dia hahahahahaha.
"pft. Sakit lah bodoh. Eii dahlah aku nak pergi tidur" yoonbin tolak aku dan terus keluar dari bilik aku.
Aku pula terdiam. Sentap yoonbin panggil aku bodoh. Sampai hati dia buat aku macam ni. Sakit tahu tak sakit.
tbc.
YOU ARE READING
[끝] with you ; park jihoon
Fanfictionha minkyung my one and only annoying girl❤❤ work by: @whyykoala