1

164 9 3
                                    

5 tahun kemudian ...
       "Aduh terlebih tidur pulak, baik aku cepat sebelum orang cari aku" kata Joohyun dalam hati. Joohyun pun bergegas pergi ke bilik mandi. Setelah 15 minit mandi, Joohyun pun memakai baju. Bagi Joohyun dia tidak perlu bersolek kerana bagi Joohyun kalau dirinya bersolek ianya bukan untuk sesiapa dan juga ianya membazir masa. Joohyun pun bergerak untuk pergi ke tempat kerjanya.

       Setelah 5 tahun Joohyun berpisah dengan Bogum, Joohyun tidak ingin lagi bercinta dan Joohyun digelar sebagai "Gadis Dingin" kerana Joohyun tidak melayan lelaki yang mengoratnya. Joohyun hanya mempunyai seorang kawan baik dan satu-satunya secretarynya iaitu Seungwan. Hanya Seungwan seorang sahaja yang ada pada masa susah ataupun senang Joohyun. Seungwan dan Joohyun juga telah berkawan selama 15 tahun.

        "Hai, lambat kau hari ni" kata Seungwan kepada Joohyun. "Ehehe bukan selalu kan lambat masuk pejabat sendiri, lagipun ni kan company aku" kata Joohyun. "Hm yelah. Ah sebelum aku terlupa lau mesti pergi ke satu tempat selama sebulan tau" kata Seungwan. "Aah okay. Kat mana tu?" tanya Joohyun. "Hmm Australia, kau akan ada satu projek dengan satu company lain" kata Seungwan. "Aa okay company mana?" tanya Joohyun. "Kim's Company" kata Wendy. "Hm okay, kalau macam tu bila aku pergi?" tanya Joohyun. "Esok" kata Seungwan sambil senyum. "HAAH ESOK?!" jerit Joohyun. "Yes esok" jawab Seungwan. "Weh serius lah aku ada hari ni je untuk kemas beg aku" luah Joohyun pada Seungwan. "Aaa yang tu kau jangan risau aku dah kosongkan semia jadual kau untuk hari ni so balik dah kemas barang kau ;)" kata Seungwan. "Kau ni bazir masa aku je datang sini kena balik lagi, by the way thanks tau. Okaylah aku balik dulu bye" kata Joohyun pada Seungwan sambil melambai tangannya. "Bye ^3^" jerit Seungwan apabila Joohyun semakin menjauh.
        Semasa dalam perjalanan pulang Joohyun terfikir "Alang-alang nak balik baik aku beli barang yang aku perlu dululah" katanya sendirian. Joohyun pun pergi ke pusat beli-belah yang berdekatan dengan perumahannya. Joohyun pun membeli barang yang dia perlu untuk esok. Setelah membeli semua barang keperluannya Joohyun terus pulang ke rumahnya. "Hm banyak pulak barang aku beli" kata Joohyun sendiri. Setelah mengemas barangnya, Joohyun teringat sesuatu. "Aduh lupa tanya bila flight aku" kata Joohyun sambil mencapai telefonnya. Joohyun pun menaip soalan yang ingin dia tanya pada Seungwan.

 Joohyun pun menaip soalan yang ingin dia tanya pada Seungwan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Joohyun melihat telefonnya sambil senyum sendirian. Setelah berchat dengan Seungwan, Joohyun pun tidur.

        Keesokkan harinya, "ADUH! DAH PUKUL 7:30! Macam mana aku boleh terlambat bangun ni?!" jerit Joohyun. Joohyun pun mandi dengan cepat dan hanya memakai pakaian yang simple sahaja. Joohyun terus memecut laju keretanya untuk pergi ke airport. Semasa sampai ke airport, Joohyun terus berlari ke kaunter untuk melapor dirinya. Tetapi semasa Joohyun ingin pergi ke kaunter tersebut Joohyun terlanggar seorang lelaki yang tinggi. "Maaf" kata Joohyun ringkas tanpa melihat muka lelaki tersebut. Joohyun terus bergegas pergi ke kaunter tersebut. Semasa giliran Joohyun untuk melapor dirinya, tiba-tiba seorang lelaki memotong barisannya.

        "Hei!" jerit Joohyun tetapi tidak kuat kepada lelaki itu. "Awak potong barisanlah" kata Joohyun. "Maaf tapi saya dah lambat" kata lelaki itu tanpa menoleh pada Joohyun. "Ish tapi awak kena beratur, lagipun saya pun dah lambat" marah Joohyun pada lelaki itu. "Macam kenal", kata lelaki itu dalam hatinya, lalu dia oun menoleh untuk melihat Joohyun. "Oh" katanya terkejut melihat Joohyun di depan matanya. "Apa?" tanya Joohyun dingin. "Cantik" jawab lelaki itu dalam hatinya. "Huh tak ada apa-apa nah pergi lah depan" perlawa lelaki itu. "Terima kasih" jawab Joohyun dengan dingin. Setelah dia melapor dirinya, Joohyun pergi ke ruang untuk menaiki kapal terbang. Selepas beberapa minit menunggu akhirnya Joohyun masuk ke dalam kapal terbang. "Haah, akhirnya" keluh Joohyun sambil menunggu kapal terbang untuk berlepas Joohyun melihat telefonya sebentar. Tiba-tiba Joohyun ternampak seseorang di tepinya dan ianya ialah lelaki yang memotong barisannya tadi. "Dia lagi -.-" kata Joohyun dengan perlahan. "Eh awak!" kata lelaki itu dengan ceria apabila dia ternampak Joohyun. "Hai" katanya pada Joohyun tetapi Joohyun hanya mengangguk kepalanya. Selepas kapal terbang berlepas Joohyun memakai earphone supaya telinganya tidak sakit.

        Masa makan pun tiba, Joohyun meminta apa yang diingininya (mereka di first class :)) . Setelah sampai makanan mereka, Joohyun pun makan makanannya. Joohyun merasa seseorang sedang memerhatikannya jadi Joohyun pun toleh ke orang tersebut, rupanya ia lelaki yang ada di sebelahnya. "Ya?" tanya Joohyun pada lelaki teesebut. "Eh aa awak punya makanan nampak macam sedap la" kata lelaki itu sambil terliur. "Awak nak ke?" tanya Joohyun pada lelaki tersebut. "Boleh ke ? Ehehe" tanya lelaki itu. "Em ambiklah" kata Joohyun lagipun dia sebenarnya tidak terlalu lapar hanya untuk mengisi perut sahaja. "Wahh terima kasih" jawab lelaki itu dengan gembira. Selepas makan, Joohyun pun memakai earphone untuk mendengar lagu sehingga dia tertidur.

        Selepas beberapa jam tidur, Joohyun tersedar dan Joohyun terasa bahu kanannya terasa berat. "Pahal berat pulak ni" kata Joohyun dalam hati. Joohyun pula memandang bahu kanannya dan melihat lelaki itu rupa-rupanya bersandar pada bahunya. Joohyun hanya membiarkan sahaja takut lelaki itu terbangun kerana dia. Joohyun pun mendengar lagu di telefonnya sambil melihat permandangan yang ada di luar tingkap. Beberapa minit kemudian lelaki itu pun terbangun. "Ah sorry" kata lelaki itu pada Joohyun. "Tak apa" jawab Joohyun pada lelaki itu sambil senyum. Kerana bosan lelaki itu mula bertanya soalan kepada Joohyun. "Siapa nama awak" tanya lelaki itu oada Joohyun. "Nama saya Kim Taehyung! Awak boleh panggil saya Tae" sambungnya lagi. "Bae Joohyun" jawab Joohyun ringkas. "Oh jadi awak nak suruh saya panggil awak macam mana?" tanya Taehyung kepada Joohyun. "Suka hati awak la, kita pun akan jumpa sekali ni je" jawab Joohyun. "Ah .. yelahkan :(" jawab Taehyung dengan nada yang sedih.

-----------------------------------------------------------

Author:
Wew ini ialah fanfic pertama saya 😶. Ehehe kalau tak best sangat sila komen saya sedang belajar membuat fanfic 🙆 okay itu sahaja byee .ainatasyasherry28 juga tolong saya buat cerita ni jadi sila follow beliau 😄 terima kasih .

Once I Met You (vrene)Where stories live. Discover now