Beberapa minit mereka berpelukan, akhirnya Taehyung bersuara. "Jadi noona, adakah kita dah rasmi menjadi pasangan?" tanya Taehyung. Joohyun meleraikan pelukan mereka berdua dan memandang Taehyung dengan hairan. "Um .. aku cuma cakap aku suka kau je. Memang perlu ke aku jadi .. girlfriend kau?" tanya Joohyun dengan muka innocent nya itu. "Noona ~ alang-alang kita dua dah suka sesama sendiri kenapa tak rapatkan lagi hubungan kita dengan .. bercouple kan?" kata Taehyung. "Um .. memang wajib je perkara macam tu?" tanya Joohyun lagi. "Argh .. ke noona nak Mina tu rapat dengan saya?" kata Taehyung sengaja mengusik Joohyun. "Em .. tak nak" kata Joohyun terus. DUG hati Taehyung berdegup laju apabila Joohyun terus menjawab. "Ehem! So noona tak nak Mina tu dekat dengan saya?" tanya Taehyung. Joohyun angguk. "Jadi, kalau macam tu noona nak tak jadi girlfriend saya?" tanya Taehyung. "Em .. okay" jawab Joohyun dan senyum pada Taehyung. "Urgh my heart! 😆❤" Taehyung terus menjerit keriangan dan menepuk tangannya dengan tangan Joohyun. "Maksudnya noona hari ni adalah tarikh dimana hari kita bercouple" kata Taehyung masih bermain dengan tangan Joohyun. Joohyun hanya angguk dan ikut bermain tangan dengan Taehyung.
Selepas Joohyun confess pada Taehyung, Taehyung menghantar Joohyun balik. Sampai saja di rumah Joohyun, Joohyun terus membuka pintu tetapi berhenti apabila Taehyung memanggilnya. Joohyun pun berpaling ke arah Taehyung. "Noona" panggil Taehyung. "Ya?" jawab Joohyun. "Noona nak pergi macam tu je ke?" tanya Taehyung. "Yalah, tak kan aku nak menari depan kau baru aku masuk rumah aku" kata Joohyun hairan dengan pertanyaan Taehyung itu. "Umh bukan macam tu maksud saya .. kalau pasangan kekasih nak berpisah .. macam berjauhan antara satu sama lain" terang Taehyung. "Oh .. jadi kau nak dicium dan dipeluk macam dalam drama atau filem cinta yang aku selalu tengok tu?" tanya Joohyun direct. "Ngh .. noona kenapa terus terang sangat" Taehyung menutup mukannya dengan kedua tapak tangannya. "Yang kau nak malu kenapa? Macam kau tak pernah buat dengan Mina. Lagipun bukannya kita pertama kali dicium kan? Sebab kau ada cium pipi aku hari tu .. so?" kata Joohyun hairan. "Noona~" Taehyung malu dengan perbuatannya pada hari itu. Joohyun hanya senyum kerana puas mengusik Taehyung. "Hehe okaylah kalau kau nak. Keluar dari kereta tu" arah Joohyun. Taehyung pun keluar dari kereta dan pergi ke arah Joohyun. Joohyun pun memeluk Taehyung dan Taehyung membalasnya. "Kan best dapat peluk noona lama-lama" kata Taehyung. "Ee" kata Joohyun dan terus meleraikan pelukkan mereka berdua. "Okay dahlah bye" kata Joohyun tetapi nampak Taehyung memuncungkan mulutnya. "Kenapa dia sedih?" Joohyun tertanya-tanya. Joohyun pun mendekatkan dirinya pada Taehyung dan menekup pipi Taehyung. "Eh" Taehyung terkejut. Joohyun terus mengucup dahi Taehyung. "Dah?" tanya Joohyun. Taehyung hanya senyap kerana terkedu. "Em masih senyap" kata Joohyun dalam hatinya. Joohyun pun mencium kedua-dua pipi Taehyung. "E-eh" kata Taehyung dan mukanya semakin merah. "Uish panas nya pipi kau Tae! Demam ke?" kata Joohyun dan meletakkan dahinya pada dahi Taehyung. "Ih panaslah! Kau demam tak bagitau aku eh? Kalau kau demam tak bagus lah bawak kereta malam-malam macam ni! ... tapi tadi kat kedai tadi kau okay je ..?" Joohyun hairan. "Ihh noona jahat saja usik saya" kata Taehyung. "Eh? Bila masa?" kata Joohyun. "Umph .. dahlah saya nak balik" kata Taehyung. Joohyun pun memeluk Taehyung. "Bye" kata Joohyun dan meleraikan pelukkan mereka berdua. Muka Taehyung semakin merah lalu dia masuk ke dalam keretanya dan memecut laju keretanya setelah Joohyun masuk ke dalam rumahnya.
"Aku dah balik!" jerit Joohyun apabila ternampak kasut Jungkook. "Selamat pulang wahai Tuan Puteri" kata Jungkook yang sedang berada di ruang tamu. "Dah makan?" tanya Joohyun. "Mestilah dah. Kan aku dah cakap aku keluar dengan kawan aku tadi, so mestilah kerja kami makan je" jawab Jungkook. "Oh okay, apa-apa je lah. Aku nak mandi" kata Joohyun dan terus masuk ke dalam biliknya. Setelah selesai mandi, Joohyun terus baring di atas katilnya. Joohyun menutup matanya kerana penat, tetapi tiba-tiba Jungkook masuk ke dalam biliknya dan melompat di atas katil menyebabkan Joohyun melambung ke atas dan terjatuh dari katil. Joohyun terus bangun dan memukul Jungkook puas-puas. "Bodoh la kau ni kau tau tak sakit. Yang kau pergi lompat atas katil dah kenapa? Tau la katil aku tu jenis yang ada spring tapi tak payah la kau lompat segala kau ni! Nak aku langgar kau guna lori baru taubat asyik nak kacau aku hah?!" bebel Joohyun sambil menarik telinga Jungkook. "Akh noona noona noona sakit noona okay okay aku stop aku tak buat lagi" rayu Jungkook. "Ish" Joohyun pun baring semula di atas katil. Selepas beberapa minit setelah kejadian tadi mereka berdua pun membuat kerja sendiri dimana Jungkook bermain game dia telefonnya dan Joohyun membaca novel kegemarannya. "Jadi noona .." kata Jungkook memecahkan susana sunyi tadi. "Apa kau nak?" tanya Joohyun. "Ish orang nak tanya ni" kata Jungkook. "Apa?" tanya Joohyun lagi. "Aku dengar yang noona dah bercouple dengan hyung" kata Jungkook senyum-senyum sambil mencucuk pipi Joohyun. Joohyun masih tidak memandang Jungkook dan matanya masih tertumpu pada buku di hadapannya itu. "Ya" jawab Joohyun ringkas. "OMAGASHH! Noona jawab terus" jerit Jungkook. "So noona, siapa confess kat siapa dulu?" tanya Jungkook dan masih mencucuk pipi Joohyun. "Aku" jawab Joohyun. "WOW! Noona aku amat terkejut! Sebab noona ni jenis yang cold dan majssjkakkaj HAHAHA NOONA SO BERANI NOW HAAA" jerit Jungkook dengan excitednya. "Yang kau ni excited dah kenapa dan stop cucuk pipi aku, aku cucuk pipi kau pakai paku nanti" kata Joohyun. "Ops sorry, mestilah aku excited noona kalau noona kahwin dengan dia boleh lah jadi abang ipar aku NGAHHAAHHA" ketawa Jungkook. "Pasti ke aku kahwin dengan dia?" tanya Joohyun pada Jungkook. "Eleh kalau noona tak nak, Hyung mesti nak" kata Jungkook. "Mmmm" Joohyun malas melayan Jungkook. "Jadi noona mesti dah bahagia sekarang kan sebab dah bercouple kan HAHA" kata Jungkook lagi. "Ish kau ni menyibuk la. Kacau aku nak baca buku aku je" marah Joohyun dan menutup telinganya. "Alah noona orang nak tumpang gembira je ni" kata Jungkook dan memeluk Joohyun. "Ihh rimas, blah kau sana mandi mesti belum mandi busuk kau tau" kata Joohyun dan mencubit pipi Jungkook. "Ih noona merosak suasana je" kata Jungkook dan bangun dari katil dan masuk ke dalam bilik mandi untuk mandi. "Haha padan muka. Haah baru aman" kata Joohyun dan sambung membaca bukunya.
Tiba-tiba telefon Joohyun berbunyi, lalu Joohyun mengangkatnya. "Hello" jawab Joohyun. "Hai noona~" panggil Taehyung. "Oh Taehyung, hai" kata Joohyun tetapi kedengaran seperti tidak berminat kerana dia masih fokus dengan ceritanya kerana part yang mendebarkan. "Noona tak gembira ke saya call?" tanya Taehyung sedih. "Eh" Joohyun terus menfokuskan diri dengan panggilannya. "Eh! Taehyung sorry aku baca novel tadi lepas tu part tu part yang mendebarkan jadi aku fokus sangat tadi .. sorry" terang Joohyun. "Ehehe tak apa, sorry saya kacau noona baca" kata Taehyung. "Eh tak, aku yang tak fokus tadi sorry" ucap Joohyun lagi. "Kalau korang 2 asyik nak bermaaf-maaf baik tak payah call tak ada topik lain ke?" jerit Jungkook tiba-tiba menyebabkan Taehyung juga dengar. "ISH SIBUK KAU JUNGKOOK TIDUR LUAR KAU MALAM NI KALAU KAU KACAU!" marah Joohyun. "AHAHAH" Jungkook hanya ketawa dan keluar dari bilik. "Huh sorry" kata Joohyun. "Eheh betul juga kata Jungkook, kita asyik sorry sorry dari tadi" kata Taehyung dan ketawa kecil. Joohyun hanya tersengih. "Tapi kan noona .." tiba-tiba Taehyung bersuara. "Ya?" tanya Joohyun. "Noona .. tidur dengan Jungkook ke?" tanya Taehyung. "Ya" jawab Joohyun. "Satu katil?" tanya Taehyung lagi. "Eh tak lah, dia tidur bawah sebab dia tidur ganas jadi aku tak nak kena hempap dengan dia" jawab Joohyun. "Oh, saya ingatkan dia tidur dengan noona sekatil" kata Taehyung. "Kenapa? Kau tak suka?" tanya Joohyun. "Mestilah! Dia kan lelaki, noona pulak perempuan" kata Taehyung. "Ehehe" Joohyun ketawa. "Kenapa noona ketawa?" tanya Taehyung hairan. "Oh tak ada saja je" kata Joohyun dan masih ketawa. Mereka berdua pun berjam-jam telefon akhirnya Joohyun tertidur. "Noona?" panggil Taehyung. Taehyung terdengar dengkuran kecil dan itu bermakna Joohyun telah pun tidur. "Selamat malam noona" kata Taehyung sebelum menamatkan panggilan mereka berdua.
YOU ARE READING
Once I Met You (vrene)
Acak(Bahasa Malaysia) Sinopsis : Jam menunjukkan pukul 12:30 tengah hari , Joohyun sedang menunggu seseorang. Tiba-tiba munculah seorang lelaki yang kacak dan bergaya. "Hi Bogum" sapa Joohyun sambil melemparkan senyuman manis kepada Bogum. Bogum h...