(Bahasa Malaysia)
Sinopsis :
Jam menunjukkan pukul 12:30 tengah hari , Joohyun sedang menunggu seseorang. Tiba-tiba munculah seorang lelaki yang kacak dan bergaya. "Hi Bogum" sapa Joohyun sambil melemparkan senyuman manis kepada Bogum. Bogum h...
Seminggu telah berlalu sejak luahan daripada Taehyung. Mereka berdua mula rapat tetapi Taehyung dapat merasakan yang Joohyun sedang menjaga jarak antara mereka contohnya seperti kalau mereka bergambar bersama Joohyun akan jauhkan diri daripada Taehyung. Lalu suatu hari Taehyung pun bertanya kepada Joohyun kerana dia aneh mengapa Joohyun menjauhkan diri daripadanya. Adakah sebab luahan Taehyung yang lepas yang membuatkan Joohyun tidak selesa?
Mereka berdua sedang duduk di salah satu bangku setelah membeli aiskrim di satu gerai. "Noona" panggil Taehyung. "Ya?" Joohyun memandang Taehyung. "Kenapa ya saya dapat rasakan yang noona jauhkan diri daripada saya" kata Taehyung membuatkan Joohyun tersedak. "Uhuk uhuk" batuk Joohyun. "Sebab kan saya rasa kalau saya bergambar dengan noona sama-sama mesti noona berjauhan dengan saya lepas tu kalau kat muka noona ada kotoran, kalau saya nak lap kotoran tu mesti noona tak suruh" terang Taehyung. "Kenapa ya?" tanya Taehyung. "U-uh sebab .. kau kan dah ada girlfriend. Nanti kalau kita rapat-rapat sangat .. girlfriend kau tu marah" kata Joohyun. "Hah?? Saya? Ada girlfriend??" Taehyung menunjukkan dirinya. "Mhm bukan masa tu kau makan dengan girlfriend kau ke? Lepastu masa kat aiport dia ada datang jemput kau" kata Joohyun. "J-jadi selama ni noona ingat dia .. girlfriend saya?" tanya Taehyung. "Ya" jawab Joohyun. "N-noona .. dia bukan girlfriend saya lah" kata Taehyung. "Eh" otak Joohyun berhenti sekejap. "Dia tu .. ex saya" terang Taehyung. "O-oh, jadi maksudnya korang berdua dah rapat balik ke?" tanya Joohyun. "Tak" jawab Taehyung.
"U-um?" Joohyun hairan kerana dia ternampak yang perempuan itu memeluk lengan Taehyung. "Mesti noona nak tau kan? Ok saya cerita sekarang. Jadi dia tu, saya jumpa masa saya sedang bercuti seorang diri kat Paris. Masa tu saya tengah beli air dari kedai, lepastu dia terlanggar saya masa saya nak keluar dari kedai menyebabkan baju saya kotor. Dia minta maaf kat saya lepastu saya terkejutlah dia orang Korea jugak. Jadi dia cakap sebagai balasan dia akan beli baju baru untuk saya. Saya pun ikutlah dia, dalam masa yang sama saya rasa alang-alang nak lepaskan dia pergi jadi saya ajak dia pergi taman tema. Kami main sama-sama. Masa nak balik tu kami ada tukar nombor telefon. Setiap hari kami berhubung, sejak itu lah kami saling menyukai ... tetapi selepas 2 tahun berkenalan, pada hari tu company kami bankrup sebab di hack. Jadi duit kami semua hilang" terang Taehyung. "Oh" Joohyun memberi respon. "Jadi masa tu saya bagitaulah dia pasal bankrup kat company kami tu, dia tiba-tiba marah saya. Saya tak tau kenapa dia tiba-tiba marah saya sedangkan dia patut pujuk saya. Jadi saya tanya kenapa. Dia pun cakap macam mana dia nak beli barang baru yang mahal-mahal sedangkan kawan dia semua dah beli. Lepastu dia keluar dari rumah" Taehyung termenung. "E-eh korang tinggal serumah?" Joohyun tanya. "Haha ya, tapi kami tak pernah buat apa-apa .. cuma peluk je" jawab Taehyung. "Cium?" Joohyun sedar dengan soalannya menyebabkan dia menampar dirinya sendiri. "Hah?". "E-eh tak ada apa-apa" Joohyun malu dengan soalannya. "Noona tanya cium ke tadi? Haha, kami memang pernah cium. Pasangan mana tak cium-cium kan?" kata Taehyung. "Uh aku tak? Normal ke kalau tak pernah cium pasangan?" tanya Joohyun kerana dia tidak pernah begitu selama dia dengan Bogum dahulu. "Noona tak pernah ke?" tanya Taehyung. "Mhmm" geleng Joohyun.
Beberapa minit Joohyun sedar bahawa mereka asyik cakap pasal 'cium' je. "U-um jadi sambunglah lagi" kata Joohyun. "O-oh ya. Jadi dia keluar dari rumah lama la jugak. Seharian tu dia tak balik jadi saya cari dia dekat tempat yang dia selalu lepak dengan kawan-kawan dia. Tiba-tiba saya ternampak dia dengan lelaki lain, tengah berpelukan dalam keadaan mabuk. Jadi saya pergi lah dekat dengan dia. Saya tanya kenapa dia dengan lelaki lain. Saya marah dia suruh dia balik apa semua, tapi dia degil. Lepastu dia cakap dia nak putus dengan saya sebab saya dah tak kaya lagi lepastu dia cakap yang lelaki dia peluk tu lebih kaya dari saya. Saya pun balik rumah lepastu pergi ke Korea balik. Sakit hati tu masih ada lagi. Lepastu tiba-tiba masa kat airport dia tunjukkan diri dia. Saya tanya lah kenapa dia tiba-tiba cari saya .." Taehyung berhenti sekejap. "Kenapa?" tanya Joohyun kerana hairan Taehyung berhenti secara tiba-tiba. "Dia cakap yang saya dah kaya balik jadi dia nak bersama saya semula. Jadi saya pun sakit hati lah sebab dia nakkan duit je, perasaan saya pada dia hanya sia-sia" Taehyung tersenyum. "Oh, kesian kau" Joohyun mengusap kepala Taehyung tanpa luar kawalan kerana Joohyun tidak sedar bila tangannya bergerak sendiri. "Eh sorry" Joohyun terus berhenti. "Tak apa, saya suka noona buat macam tu" kata Taehyung lalu mengambil tangan Joohyun dan meletakkan tangan Joohyun di atas kepalanya. "O-oh okay" lalu Joohyun kembali mengusap rambut Taehyung. "Kau tau tak, rambut kau ni lembut lah ^^" kata Joohyun lalu meletakkan kedua-dua tangannya dia atas kepala Taehyung. Taehyung hanya senyum dengan tindakan Joohyun.
"Noona" panggil Taehyung. "Hm?" Joohyun masih mengusap rambut Taehyung. "Saya nak pergi rumah noona boleh?" tanya Taehyung. "E-eh? Rumah .. aku?" Joohyun terkejut dengan pertanyaan Taehyung itu. Taehyung hanya angguk. "Buat apa?" tanya Joohyun. "Haha saya nak pergi rumah noona sebab rumah saya ada masalah elektrik jadi saya nak lah singgah rumah noona dulu hehe. Bukan yang aneh-aneh" kata Taehyung sambil menyilangkan tangannya. "Oh okay kalau macam tu. Nak pergi sekarang ke? Sebab aku nak balik dah" kata Joohyun yang telah bangun dari bangku tersebut. "Okay" kata Taehyung lalu dia pun bangun dari bangku dan mengikut Joohyun dari belakang. "Um kau nak naik kereta aku ke .. kereta kau sendiri?" tanya Joohyun. "Kereta saya lah. Nanti saya ikut noona dari belakang" kata Taehyung. "Oh okaylah kalau macam tu, jom" lalu Joohyun menuju ke keretanya. Mereka berdua pun bergerak untuk menuju ke rumah Joohyun.
Mereka dua pun sampai di hadapan rumah Joohyun. "Jap eh aku masuk jap. Tunggu tau" kata Joohyun lalu masuk ke dalam rumah, kerana dia takut rumah dia bersepah sebab Jungkook. "Oi Jungkook mana kau?" panggil Joohyun. "Apa?" jawab Jungkook yang berada di dapur sedang main game sambil minum minumannya. "Huh nasib rumah tak bersepah. Kau! Masuk dalam bilik jap" kata Joohyun. "Hah? Kenapa pulak aku kena masuk bilik?" tanya Jungkook pelik. "Aa Taehyung ada kat depan rumah sekarang ni, cepar-cepat" Joohyun menarik tangan Jungkook supaya masuk ke dalam bilik. "Biarlah dia kenal aku kan" terang Jungkook. "Ahh pergi je lah nanti dia fikir bukan-bukan" Joohyun menarik tangan Jungkook sampai bilik . "Hish yelah" Jungkook pun masuk ke dalam bilik dan menguncinya. "Jangan bising dalam tu!" jerit Joohyun. "Ye!" Jungkook balas balik jeritan Joohyun.
Joohyun pun pergi ke luar untuk menjemput Taehyung masuk. "Um masuklah" perlawa Joohyun. "Terima kasih" kata Taehyung lalu masuk ke dalam rumah Joohyun. "Simple rumah noona" kata Taehyung. "Oh sebab aku duduk sorang-sorang jadi tak perlu besar sangat rumah" terang Joohyun. "Uh duduklah" kata Joohyun lalu dia menuju ke dapur untuk membuat air untuk Taehyunf. "Kau suka air apa?" tanya Joohyun. "Apa-apa pun boleh" kata Taehyung. "Okay" Joohyun mengambil cawan dan membuat air coklat panas untuk Taehyung dan dirinya sendiri. "Nah" Joohyun meletakkan air tersebut di atas meja. "Terima kasih" Taehyung senyum. Beberapa jam kemudian Taehyung pun ingin balik ke rumah. "Ah noona orang tu dah chat, dia cakap dah okay balik" kata Taehyung. "Oh baguslah" Joohyun senyum.
"Okaylah noona saya balik dulu" kata Taehyung yang telah berada di luar rumah. "Okay" kata Joohyun. "Bye Irene noona!" jerit Taehyung. "Bye" balas Joohyun. Dalm masa yang sama, Jungkook mendengar jeritan Taehyung. "Irene noona? Adakah maksudnya masa kat Australia dia suka Joohyun noona? ;) Hehe naklah aku kenakan dia" bisik Jungkook dalam hati.
-------------------------------------------------------------------------------------- Author: Terima kasih sebab sudi baca 😘
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.