11

22 0 0
                                    

Pada tengah hari tersebut, Joohyun sedang menaip laporan pada komputernya. Tiba-tiba Seungwan masuk ke dalam pejabatnya. "Weh ada orang nak jumpa kau" kata Seungwan. "Hm, siapa?" tanya Joohyun. "Ta .. Tae apa ntah nama dia yang aku pernah jumpa kat airport tu" katanya. "Oh Taehyung" kata Joohyun. "Suruh la dia masuk" sambungnya lagi. Taehyung pun masuk setelah diberitahu oleh Seungwan. "Hai noona" sapa Taehyung. "Hai" sapa Joohyun kembali. "Kenapa datang?" tanya Joohyun. "Um saya sebenarnya nak ajak noona makan sekali dengan saya" kata Taehyung. "Oh yeke tapi aku ada kerja sikit lagi. Nak tunggu ke?" tanya Joohyun. "Um boleh" kata Taehyung sambil mengangguk. Joohyun pun mula menaip kembali kerjanya pada komputer tersebut. Taehyung duduk di atas sofa sambil memandang Joohyun tanpa Joohyun sedar. Beberapa minit Joohyun menaip dia pun mengeliat kerana pinggangnya sakit. Selepas itu dia memandang Taehyung untuk memberitahu yang dia sudah menyaipkan tugasannya. "U-uh Tae?" panggil Joohyun. "Hm" Taehyung menjawab tapi masih memandang Joohyun. "Kau .. okay?" tanya Joohyun, risau dengan Taehyung. "Uh? E-eh s-saya okay. Hehe okay hm" kata Taehyung selepas menyedari perbuatannya. "Uh kalau macam tu jom pergi" kata Joohyun yang sedang bangun dan terus mengambil begnya. "Jom" kata Taehyung.

Joohyun menumpang kereta Taehyung kerana Taehyung akan menghantar Joohyun kembali ke pejabatnya. "Jadi noona nak makan kat mana?" tanya Taehyung. "Um entah. Ikut kau lah" kata Joohyun sambil mengangkat bahunya. "Uh kalau macam tu saya bawa noona dekat restoren yang jual semua makanan Spain" kata Taehyung. "Um boleh jugak. Aku nak jugak makan spaghetti" kata Joohyun sambil menelan air liurnya sambil memikirkan tentang spaghetti tersebut. Taehyung hanya ketawa kecil melihat Joohyun yang sedang tersenyum seorang diri, mungkin sedang memikirkan tentang makanan fikir Taheyung. Mereka berdua pun sampai di restoren berikut, mereka berdua masuk ke dalam restoren itu dan duduk di satu meja yang mempunyai dua kerusi sahaja. Pelayan pun datang untuk mengambil pesanan mereka berdua. Setelah mengambil pesanan mereka berdua membuat hal masing-masing. Makanan mereka berdua pun sampai. "Terima kasih" kata Joohyun sambil senyum pada pelayan tersebut. Pelayan tersebut pun pergi sambil senyum-senyum malu, manakala Taehyung pula hanya memandang pelayan tersebut dengan perasaan tak suka.

Mereka berdua pun mula makan. "Umh sedap. Pandai kau pilih" kata Joohyun dengan makanan yang masih ada dalam mulutnya. "Noona kalau nak cakap telan dulu makanan" kata Taehyung dan mengelap mulut Joohyun yang comot itu dengan tisu. Joohyun hanya tersenyum sengih dan menyambung makan makanannya kembali. Taehyung hanya senyum dan terfikir sesuatu. "Noona" panggil Taehyung. "Hm?" Joohyun memandang Taehyung sambil mengunyah makanannya. "Saya sedar kan yang noona dah tak se'cold' dulu tau. Sekarang noona senyum je dengan saya ^^" kata Taehyung sambil menerangkannya. Joohyun yang mendengar tersedak dengan apa yang keluar dari mulut Taehyung. "Noona kan saya dah cakap makan pelan-pelan, kan dah tersedak nah minum" bebel Taehyung dan memberi air pada Joohyun. "Hmm" Joohyun pun minum air yang Taehyung hulurkan padanya. "Um jadi macam ni .." kata Joohyun setelah minum air. "Hm? Sambung .." kata Taehyung mendengar. "Okay jadi macam ni, aku sebenarnya dah rasa agak selesa dengan kau so .. aku anggap kau macam kawan rapat aku" terang Joohyun. "Oof friendzone" kata Taehyung setelah mendengar terangan dari Joohyun. "O-oh" jawab Taehyung.

Taehyung pun melihat ke pintu masuk utama restoren itu sementara menunggu Joohyun selesai makan. "Eh jap tu bukan salah satu pekerja aku ke? Sebelah dia pulak ex noona?? Apakah?!"  Taehyung aneh dengan pekerjanya itu. "Kau pahal Tae?" tanya Joohyun yang aneh dengan riak muka Taehyung. "U-uh noona" panggil Taehyung tetapi dalam bisikan. "Kau pahal berbisik dengan aku?" tanya Joohyun pelik. "Noona shush! Tu haa" kata Taehyung sambil menunjuk pekerjanya itu tadi. "Apa benda?" Joohyun mula berbisik juga dan memandang ke arah yang jari telunjuk Taehyung tunjuk. "Tu kan ex noona?" tanya Taehyung. "Ish kau dari mana tau tu ex aku??" Joohyun hairan kerana dia tidak pernah cerita pun pasal Bogum dekat Taehyung. Taehyung sebenarnya suka stalk Joohyun dan kadang-kadang terjumpa acc lama Joohyun, dari situ dia ternampak muka Bogum dan di caption ada emoji hati dan juga dari situ jugalah dia tahu yang itu ex Joohyun. Taehyung pun mulai cemas setelah terlepas cakap. "U-um .. s-saya .. KAN noona ada bagi gambar dia kat saya hari tu! Aa dari situ saya tau" bohong Taehyung. "Ye eh? Ada ke? Tak ingat pulak aku" Joohyun mengimbas kembali ingatannya. "Um biasalah tu, noona kan mudah lupa .. h-hehe a-apa kat noona cerita macam mana noona boleh break dengan dia" kata Taehyung untuk menukar topik.

"Okay jadi semuanya bermula dari sini, aku jumpa dia masa dekat universiti. Masa tu kami masih boleh dikatakan stranger. Aku ni jenis yang pendiam dan dia boleh dikatakan jenis yang sweet? Ataupun umm jenis yang periang la jugak, haah boleh dikatakan macam tu. So kami berdua mula berjumpa masa kami dalam satu kumpulan. Dalam satu kumpulan tu ada 4 orang jadi yang lagi dua orang tu memang dah rapat jadi mereka dua je lah yang bercakap antara satu sama lain. Jadi aku dengan dia agak awkward, tapi dia mulakan perbicaraan kami dulu. Dia tanya la soalan macam nama aku, umur, dari mana, dan banyak lagi lah. So kami dah betukar nombor hari tu jugak sebab biasalah kerja berkumpulan mesti lah ada berbincang semua kan. Jadi kami berdua mula lepak dekat cafeteria sebab nak bincang pasal projek la apa la. Kami dalam jurusan yang sama jadi semua sama. Jadi dari situlah kami berdua jadi rapat. Lepas rapat macam kawan baik dia cakap dia suka aku so aku terima sebab bagi aku kan dia kawan baik aku jadi apa masalah la kan sebab dia jugak dah tau perangai aku segala jadi tak payah la cover sangat kan?" Joohyun memandang Taehyung dan tanya akan pendapatnya. "Em betul" Taehyung angguk.

"Okay aku sambung. Jadi lama la jugak kami bercouple dalam 2 tahun macam tu tapi aku ni kalau nak suka sesorang tu susah sikit jadi perasaan aku dekat dia masa tu macam sayang je tak lebih dari tu. Jadi sampai la satu masa tu birthday dia jadi aku nak jumpa dia kan bagi hadiah untuk dia .. tapi .. masa tu jugaklah dia nak break, sebab dia aku masih tak tau lagi jadi .. hm macam tu lah kisah dia" kata Joohyun selesai bercerita dan senyum pada Taehyung. Tetapi Taehyung dapat merasakan yang Joohyun masih belum melupakan Bogum tu. "Oh" jawab Taehyung dan melihat Bogum datang ke arah mereka. "ASDFGHKKL?!?!?!?" Taehyung terkejut mengapa mereka berdua datang ke arahnya. "N-noona" bisik Taehyung. "Pahal?" tanya Joohyun hairan. "D-diaorang datang sini noona" bisik Taehyung lagi. "A-apa??" Joohyun pun menundukkan kepalanya. "Um .. noona jangan risau saya akan berlakon jadi boyfriend noona" kata Taehyung dan mengenyitkan matanya pada Joohyun. "E-eh?" Joohyun pun menundukkan kepalanya apabila dia terdengar suara Bogum. "Um Encik Kim ke?" tanya Bogum. "Ya saya" jawab Taehyung sambil senyum. "Oh saya dapat tahu dari isteri saya yang Encik ni bos dia jadi saja lah nak sapa alang-alang dah jumpa kan?" kata Bogum mesra. "Haha ya" jawab Taehyung tetapi dalam hatinya "Isteri dia cakap?! Sebelah dia tu isteri?! Aku ingatkan mak dia tadi!" Taehyung tertanya-tanya dalam fikirannya. "Um ni siapa ya Encik?" tanya Bogum sambil menunjuk Joohyun. "Aduh sibuk dah kenapa nak tau!! Pergi la!" marah Joohyun dalam hatinya. "Oh ni girlfriend saya" terang Taehyung. "Oh hai" Bogum menyapa. Joohyun pun memandang Bogum dan senyum. Senyuman pada muka Bogum terus hilang dan bertukar kepada terkejut. ".. Joohyun?" kata Bogum. "H-hai" sapa Joohyun lalu senyum ke arah isteri Bogum.

--------------------------------------------------------------------------------------
Author:
Hai gais. Idea melayang jadi pendek je :( tapi wow makin banyak orang baca ^^ jadi terima kasih sebab sudi baca. Love you ❤ dan satu lagi Mina yang ex Tae tu adalah Mina dari Gugudan (no hate tho) ok bye =3

 Love you ❤ dan satu lagi Mina yang ex Tae tu adalah Mina dari Gugudan (no hate tho) ok bye =3

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Once I Met You (vrene)Where stories live. Discover now