12

21 0 0
                                    

Selepas Bogum bertegur sapa dengan Joohyun dan Taehyung, mereka pun pulang ke tempat  kerja masing-masing. Semasa Joohyun pulang ke rumah, tiba-tiba Joohyun ternampak kasut yang amat dikenalinya iaitu kasut "JUNGKOOK". "Hai, noona .. dah balik ke?" tanya Jungkook kepada Joohyun yang baru sahaja sampai. "Tak lah belum balik lagi, ni roh dia je yang balik ni." sindir Joohyun. "Oh ye ke? Pergi la pulang ke tempat asal mu wahai roh" sindir Jungkook kembali. "Ee kau ni! Kau pahal belum balik?" tanya Joohyun. "Oh kami ada cuti 2 minggu, tu yang alang-alang duduk sini je lah" kata Jungkook. "Cih semak ah kau" kata Joohyun lalu masuk ke dalam biliknya untuk mandi. Kemudian selepas Joohyun selesai mandi, tiba-tiba Jungkook masuk ke bilik Joohyun. "Noonaaaa .. nak makan .." kata Jungkook sambil tersengih. "Hiih kau ni macam-macam" rungut Joohyun lalu pergi ke dapur. "Kau nak makan apa?" tanya Joohyun. "Um .. aku nak .. pizza!" kata Jungkook. "Aku nak buat pizza macam mana kalau tepung aku tak ada" Joohyun bebel. "Ish noona buat la pakai roti lepas tu kan noona ada cheese, sosej dengan tomato lepastu buat kuah sendiri aa kan senang" Jungkook cadang. "Idea kau memang bernas tapi kau ni pemalas la buat la sendiri" marah Joohyun. "Alah noona aku penat lah, tolonglah noona. Boleh kan?" tanya Jungkook sambil membuat muka comelnya. "Ee kau tak payah buat muka macam tu jijik tau tak. Dulu tak apalah sebab kau comel sekarang macam apa" kata Joohyun dengan membuat muka jijiknya. "Ee noona kejam, tak nak geng noona" Jungkook merajuk lalu berjalan menuju ke ruang tamu. Joohyun yang memandang gerak geri Jungkook hanya ketawa dan sambung membuat kerjanya.

"Jungkook!" panggil Joohyun. "Apa?" tanya Jungkook kembali. "Dah siap ni , pergi bawak kat ruang tamu" kata Joohyun. "Mm" Jungkook pun menuju ke dapur dan mengambil pizza yang dibuat oleh Joohyun tersebut. "Mm bau" Jungkook menghidu pizza tersebut. "Haha biasalah, dah bawak pergi sana" arah Joohyun. Lalu mereka berdua pun pergi ke ruang tamu. "Kau nak tengok cerita apa?" tanya Joohyun apabila mereka mula makan. "Noona ada netflix?" tanya Jungkook. "Ada, tapi aku jarang tengok netflix sebab busy selalu" kata Joohyun. "Haa kalau macam tu jom tengok neflix. Sini aku cari cerita" Jungkook merampas alat kawalan jauh itu dari Joohyun. "Noona nak tengok cerita hantu tak?" tanya Jungkook. Joohyun hanya menganggukkan kepalanya apabila Jungkook memandang ke arahnya. Mereka berdua pun menfokuskan pandangan mereka pada televisyen itu. Apabila ada scene terkejut, Jungkook akan tercekik pizzanya manakala pula Joohyun akan menjerit dan menutup mukanya dengan kedua-dua belah tangannya. Selepas cerita itu habis mereka berdua pun mengemas tempat mereka dan mencuci piggan dan cawan mereka. Selepas mengemas mereka berdua pun masuk tidur.

Keesokkan harinya, Joohyun tidak bekerja kerana hari tersebut hari cuti. Joohyun sedang membuat sarapan manakala Jungkook pula sibuk dengan telefonnya. Apabila Joohyun sedang memasak, tiba-tiba pintu rumah Joohyun diketuk. "Uish siapa datang awal-awal ni?" Joohyun hairan. "Jungkook!" panggil Joohyun. "Apa?" tanya Jungkook. "Bukak pintu jap, tangan aku kotor" arah Joohyun. "Hmm okay" lalu Jungkook pun menuju ke pintu dan membukanya. "Noo-" orang itu terjegat di situ. "Eh Taehyung hyung!" panggil Jungkook. "Haha masa yang cun untuk aku kenakan dia" lalu Jungkook memanggil Joohyun dengan panggilan 'sayang'. Taehyung yang mendengar terkejut sekali lagi. Manakala Joohyun yang mendengar panggilan 'sayang' itu lagi terkejut dan menuju ke pintu. "Siapa data-" Joohyun membesarkan matanya apabila nampak Taehyung dengan muka terkejut. "Kau pahal?!" marah Joohyun lalu memukul kepala Jungkook. "Akh!" Jungkook pun masuk ke dalam rumah balik dan ketawa kecil melihat reaksi Taehyung tadi. "E-eh sorry, hm jadi kenapa datang?" tanya Joohyun. "S-saya nak ajak noona keluar pergi taman tema. Saya dah beli 2 tiket" kata Taehyung sambil menunjukkan tiketnya. "Nak ikut!" jerit Jungkook apabila mendengar perbualan antara mereka berdua tadi. "Tapi tiket tak cuk-" tidak sempat Taehyung ingin menghabiskan ayatnya, Jungkook memotong. "Tak apa aku boleh beli sendiri" katanya. "Jom sayang tukar baju" kata Jungkook mengenyit mata sambil menarik Joohyun masuk ke dalam rumah. "Hyung tunggu kat luar tau, sekejap je" sambung Jungkook lagi lalu menutup pintu membiarkan Taehyung keseorangan di luar. "G-girlfriend Jungkook NOONA?!?!" Taehyung menekup mukanya.

Once I Met You (vrene)Where stories live. Discover now