8

35 1 2
                                    

2 bulan telah berlalu. Joohyun sedang duduk di pejabatnya sambil menyelak kertas yang berada di tangannya. Tiba-tiba Joohyun terfikir sesuatu, lalu dia memanggil Seungwan. "Seungwan sila masuk sekejap ke pejabat" kata Joohyun setelah menekan alat seperti walkie talkie tersebut (apa ntah nama dia 😂). "Okay" balas Seungwan yang sedang berada di meja kerjanya. Seungwan pun masuk pejabat Joohyun. "Hm ada apa?" tanya Seungwan setelah dia tiba. "Um duduk dulu" perlawa Joohyun. Seungwan pun duduk di atas sofa yang telah disediakan tersebut. "Aku sebenarnya nak berkerjasama dengan satu group penyanyi ni lah" cadang Joohyun. "Hm? Group apa pulak?" tanya Seungwan. "BTS" jawab Joohyun. "Huh?! Group yang popular sekarang tu ke? Kau nak buat apa kerjasama dengan diaorang?" tanya Seungwan. "Ya group yang popular tu. Um aku sebenarnya nak suruh diaorang promote produk kita jadi aku nak diaorang jadi model kepada produk kita. Kau rasa okay ke plan aku?" tanya Joohyun kembali pada Seungwan kerana takut plannya agak tidak bernas. "Pergh boleh sangat kau kerjasama dengan diaorang. Lagipun diaorang kan popular jadi ramai lah kan peminat diaorang nak cuba produk kita nanti. Hah so kita punya peratus pembeli akan meningkat" kata Seungwan sambil menepuk tangannya kerana teruja. "Ye eh? Huh nasib kau setuju tapi aku nak buat meeting la dulu, bagitahu semua orang meeting petang ni pukul 2" arah Joohyun. "Okay. Aku akan bagitahu sekarang" lalu Seungwan pun pergi dari situ.

Setelah selesai meeting, Joohyun kembali ke pejabatnya. Dia tersenyum seorang diri kerana berpuas hati semua orang setuju dengannya. Lagi-lagi pekerja perempuan yang terkejut kerana mereka peminat BTS itu. "Hmm esok aku sibuk tak? Tanya Seungwan la" Joohyun terus mengambil telefonnya dan menelefon Seungwan. "Seung" panggil Joohyun. "Apa Joo?" tanya Seungwan. "Esok jadual aku penuh tak?" tanya Joohyun. "Um jap eh aku cek jap" kata Seungwan. "Mm" balas Joohyun. Di telefon tersebut dia mendengar Seungwan sedang membuka pintu. "Kau dari mana je ni?" tanya Joohyun. "Oh haha tadi aku pergi tandas. On the way nak balik pejabat aku tapi kau call tu aku cepat-cepat ni" terang Seungwan. "Oo okay" kata Joohyun. "Mm okay baiklah. Esok kau cuma ada satu perjumpaan dengan Encik Carlo je. Tu pun aku rasa tak penting kot sebab dia selalunya datang sini nak jumpa kau je" kata Seungwan sambil teringat yang setiap kali Encik Carlo datang ke situ dia akan membawa bunga dan berkata yang dia menyukai Joohyun. "Hm kalau kau cakap macam tu cancel kan je. Kalau dia datang cakap aku sibuk" arah Joohyun. "Okay" kata Seungwan lalu mencatat apa yang disuruh oleh Joohyun di kertas. "Hm tu je lah buat masa sekarang ni. Aku letak dulu. Kalau ada orang call nak jumpa aku kau catat tau" nasihat Joohyun sebelum dia menamatkan panggilan.

Keesokkan harinya Joohyun bersedia untuk berjumpa dengan ahli BTS dan penerbit mereka. Joohyun menaiki keretanya dan memandu ke destinasi yang dia ingin tuju. Beberapa minit kemudian Joohyun pun sampai. Joohyun telah memasuki bangunan tersebut dan berada di depan pintu bilik tersebut. Joohyun mengetuk dulu sebelum dia bersuara. "Um boleh saya masuk?" tanya Joohyun. "Siapa tu ya?" tanya orang tersebut mungkin penerbit mereka. "Um saya Bae Joohyun. Syarikat yang ingin bekerjasama dengan kumpulan BTS" kata Joohyun. "Oh ye ke? Kenapa tak masuk je" kata orang tersebut dan membuka pintu untuk Joohyun. "Terima kasih" kata Joohyun lalu senyum ke orang tersebut. "Okay jadi sila explain apa ya plan Cik?" tanya penerbit tersebut. Joohyun pun menerangkan ideanya pada penerbit tersebut. Setelah menerangkan ideanya, penerbit itu membuka mulutnya. "Oh idea Cik Bae sangat bernas. Saya setuju. Lagipun kumpulan tu memang tak sibuk sangat tu yang saya okay je biar mereka ada kerja sikit" kata penerbit tersebut. "Terima kasih Tuan" kata Joohyun sambil tersenyum. "Sama-sama" balas penerbit tersebut. "Hm kalau macam tu kamu jumpa lah ahli-ahli tu dulu" kata penerbit tersebut sebelum dia berlalu pergi.

Joohyun pun pergi ke bilik latihan BTS dan mengetuk pintu sebelum masuk. "Hai" tegur Joohyun dan semua ahli BTS memandang Joohyun. "Hai" balas seseorang yang mungkin bernama J-hope tersebut. Malam tadi Joohyun sempat mencari nama mereka semua dan dia ingat kerana nama mereka semua tidak susah untuk diingat. "Kenapa ya?" tanya salah seorang lagi ahli yang bernama Jin itu. "Oh um saya datang sini sebab penerbit suruh saya berkenalan dengan awak semua" kata Joohyun yang masih berada di pintu tersebut. "Oh awak ke yang nak berkerjasama dengan kami tu?" tanya J-hope. "Ya saya" balas Joohyun sambil senyum. "Oh hai. Awak pasti kenal saya" kata salah seorang ahli. "Oh ya awak Jimin yang saya jumpa awak kat Aus .. tralia tu kan?" tanya Joohyun untuk kepastian. "Ya betul haha awak masih ingat rupanya" kata Jimin lalu dia mendekati Joohyun. "Masuklah" perlawanya. "Terima kasih" lalu Joohyun mengikuti Jimin dari belakang dan duduk di atas kerusi yang Jimin tunjuk. "Jadi apa nama Cik?" tanya Namjoon ataupun RM. "Oh nama saya Bae Joohyun. Selamat berkenalan" Joohyun kata. "Oh hai saya Namjoon. Awak boleh panggil RM atau Namjoon. Mana-manalah" katanya. "Yang ni pulak Hoseok aka J-hope, Yoongi aka Suga, Jungkook, Seokjin aka Jin dan Jimin kamu dah kenal kan ^^" kata Namjoon. Semua ahli pun menunduk depan Joohyun. Joohyun juga membalas tundukan mereka.

Sedang mereka berbual-bual tiba-tiba pintu terbuka. "Apa khabar nji-" kata-kata orang tersebut terus terhenti apabila matanya memandang Joohyun. "N-n-noona .." orang tersebut gugup. "Eh Taehyung!" Joohyun terkejut dengan kehadiran Taehyung. "Noonaaaaaaa! 😭" jerit Taehyung lalu menuju ke arah Joohyun. "Huu dah 2 bulan tak jumpa noona. Noona apa khabar" kata Taehyung dengan hingus yang masih di hidungnya. "Baik" balas Joohyun. "Emm. Noona buat apa kat sini?" tanya Taehyung. "Oh aku sebenarnya datang sini sebab syarikat aku nak kerjasama dengan group mereka" terang Joohyun. "Oh! Saya pun nak bekerjasama dengan mereka" kata Taehyung. "Ye? Kau nak buat apa?" tanya Joohyun. "Saya nak buat game pasal mereka" kata Taehyung. "Oo" angguk Joohyun. Tiba-tiba salah satu ahli BTS memanggil Joohyun iaitu Jungkook. "Um Cik Joohyun sini jap" panggilnya. Joohyun pun mendekatinya. "Noona kenal aku tak?" tanya Jungkook tiba-tiba. "Huh? Siapa?" tanya Joohyun. "Dah kenapa budak ni tiba-tiba panggil aku noona. Kenal pun tidak. Dahlah ber'aku' dengan aku" Joohyun hairan. "Alah tak kan lah noona dah lupa aku?" tanya Jungkook sedih. "Em okay cakaplah awak siapa? Siapa tau saya ingat" kata Joohyun. "Aku adalah cousin kau" kata Jungkook. "C-cousin aku? Kau? Cousin aku??" tanya Joohyun. "Bila masa pulak cousin aku artis?" bisik Joohyun dalam hati. "Kenal Jeon Jungkook tak?" tanya Jungkook. "M-macam kenal" kata Joohyun dan berfikir siapa itu. "Akulah noona cousin noona yang paling comel. Yang suka ikut noona pergi mana-mana je masa kita kecik. Noona macam kakak aku tau dulu. Huhu sampai hati noona lupa :(" Jungkook membuat muka sedih. "U-um. O-oh OH! Jeon Jungkook! Yang pernah jatuh longkang sebab nak tangkap berudu tu ke?" tanya Joohyun sambil tersenyum. "Lah tu pulak yang kau ingat. Kau tak ingat ke yang bertapa comelnya aku masa tu sampai kau selalu je peluk aku walaupun aku buat masalah" kata Jungkook. "Eh kau dah tinggi eh sekarang ni" kata Joohyun sambil mengusap rambut Jungkook. "Biasalah artis mana je pendek. Kecuali Jimin tu lah. Dahlah tangan kecik. Kekeke" ketawa Jungkook.

Taehyung perasan yang Joohyun memegang kepala Jungkook sambil tersenyum. "Eh diaorang kenal ke satu sama lain sampai noona senyum macam tu?" Taehyung tertanya. "Wah nampaknya Joohyun rapat dengan Jungkook serta-merta" kata Jimin yang perasan Jungkook ketawa agak kuat bersama Joohyun. "Hm. Diaorang jumpa pun tak pernah. Ketawa-ketawa pulak. Aku pelik" kata Taehyung. "Ee pelik ke jealous ni?" tanya Jimin sambil mengangkat keningnya. "E-eh mana ada. Aku pelik je lah" kata Taehyung tidak memandang Jimin. "Huehue merahnya telinga tipu lah tu" kata Jimin. "Jungkook!" panggil Jimin. "Apa hyung?" tanya Jungkook setelah bercakap dengan Joohyun. "Kau kena-" belum sempat Jimin bertanya telefon Jungkook berbunyi. "Jap eh hyung ada orang telefon" kata Jungkook lalu keluar dari situ. "Lah" kata Jimin lalu dia melihat Taehyung yang sedang termenung di situ. "U-um saya balik dululah kalau dah tak ada apa-apa" kata Joohyun yang telah berada di depan pintu. "Eh nak balik dah ke? Okaylah lain kali datang lagi" kata Namjoon. "Okay. Bye Taehyung" kata Joohyun dan menunduk tanda selamat tinggal kepada semua ahli di situ. "Bye noona" balas Taehyung.

-----------------------------------------------------------
Author:
Hai 😅 sorry semalam tak update, sebab semalam tak ada line terpaksa SOS huhu 😭. Tapi terima kasih sudi membaca 😁. Bye ❤

Once I Met You (vrene)Where stories live. Discover now