Pada hari tersebut, Joohyun tidak pergi ke pejabatnya kerana dia demam. Joohyun pun menghubungi Seungwan. "Seung" panggil Joohyun setelah panggilannya dijawab. "Apa Joo?" tanya Seungwan. "Kau boleh tolong datang tak?" tanya Joohyun. "Datang pergi mana?" Seungwan hairan. "Rumah aku. Aku demam." jawab Joohyun. "Lah yeke. Sorry la aku tak dapat datang. Kerja berlambak gila" kata Seungwan dengan nada yang menandakan dia berasa bersalah. "Oh yeke. Hm tak apalah" kata Joohyun. "Sorry tau" ucap Seungwan. "Tak apa. Sorry kacau kau kerja" kata Joohyun lalu menamatkan panggilan tersebut. "Hm aku nak buat kerja pun tak boleh sebab pening sangat. Tapi aku lapar" Joohyun bercakap seorang diri. Tiba-tiba telefonnya berbunyi. "Hello?" jawab Joohyun. "Noona" kata orang tersebut. "Oh Jungkook. Apa kau nak?" tanya Joohyun. "Halah, tak apalah bye" tipu Jungkook. "Haih, ye Jeon Jungkook apa kau nak call aku?" tanya Joohyun. "Hehe, aku nak pergi rumah noona boleh?" tanya Jungkook. "Buat apa?" tanya Joohyun hairan. "Lepak lah. Dah lama kot tak jumpa noona. Boleh ke?" tanya Jungkook. "Um datang lah. Bagus jugak sebab aku tengah demam. Kau boleh masak untuk aku" kata Joohyun. "Eleh, okaylah. Aku kemas beg dulu" katanya. "Eh kau nak bermalam ke?" tanya Joohyun. "Yessu cau lu" kata Jungkook lalu menamatkan panggilan.
Setengah jam kemudian Jungkook pun sampai. Kedengaran bunyi ketukkan pada pintu rumah Joohyun. Joohyun pun bangun dan membuka pintu. "Hai~" sapa Jungkook. "Uh kau dari mana tau rumah aku?" tanya Joohyun. "Mak noona la. Dia kan kakak mak aku" kata Jungkook. "Oh, okay. Masuklah" perlawa Joohyun. "Waa rumah noona. Pandai noona hias. Aku suka" kata Jungkook. "Heh biasalah" Joohyun senyum senget. "Ee berlagak. Tarik baliklah" kata Jungkook. "Haha" Joohyun ketawa. "Noona, mana bilik aku?" tanya Jungkook. "Oh, rumah aku ni tak ada bilik lebih :1" kata Joohyun. "Ehh habis aku tidur mana?" tanya Jungkook. "Kau lama tak duduk sini?" tanya Joohyun. "Um tak lama. 2-3 hari macam tu" terang Jungkook. "Um kalau macam tu, tidur dekat bilik akulah" kata Joohyun. "A-apa?!. Macam mana? Tidur satu katil?" tanya Jungkook. "Ehe tak lah bodoh. Aku ada tilam lebih, so kau tidur kat lantai :)" kata Joohyun. "Eh tahi. Aku tetamu, aku pulak tidur kat lantai" kata Jungkook sambil menjeling Joohyun. "Pft, tak suruh pun" kata Joohyun lalu dia baring di sofanya semula. "Masih teruk ke demam?" tanya Jungkook setelah meletakkan begnya di dalam bilik Joohyun. "Emm masih" jawab Joohyun.
Jungkook sedang memasak bubur untuk Joohyun yang sedang menonton televisyen. Sedang Joohyun menonton televisyen, telefonnya berbunyi. "Uh hello" jawab Joohyun. "Baechu ku" panggil Seungwan. "Ah Seungwan. Kenapa?" tanya Seungwan. "Kau okay ke sekarang ni?" tanya Seungwan. "Okay. Lagipun cousin aku datang" kata Joohyun. "Uh bukan kau tak rapat ke dengan semua cousin kau, kecuali satu yang kau panggil 'Kookie' tu" Seungwan ingat kembali apa yang Joohyun kata beberapa tahun yang lepas. "Dia la tu" kata Joohyun. "Oh ye eh? Aku datang eh rumah kau. Aku dah habis kerja pun" kata Seungwan. "Um okay" lalu Joohyun menamatkan panggilan. "Noona dah siap ni. Nak makan sekarang ke apa?" tanya Jungkook setelah selesai memasak untuk Joohyun. "Okay, aku makan sekarang. Thank you" Joohyun mengusap kepala Jungkook dan senyum. "Eh aku bukan anjing eh noona nak usap-usap bagai" Jungkook kata. "Tetap anjing bagi aku" kata Joohyun lalu makan bubur yang dimasak Jungkook. "Eleh" Jungkook menjeling Joohyun dan duduk di atas sofa lalu menukar channel yang lain.
Tiba-tiba ada orang mengetuk pintu rumah Joohyun. "Oi tolong bukak" arah Joohyun pada Jungkook. Jungkook pun bangun dari sofa dan menuju ke pintu. Dia pun membuka pintu dan terpamparnya muka Seungwan yang sedang keliru. "Eh salah rumah ke? Ni bukan rumah Joohyun ke?" bisik Seungwan tetapi dapat didengari oleh Jungkook. "Betullah tu. Ni rumah Joohyun noona" jawab Jungkook. "O-oh" Seungwan masih dalam keadaan terkejut. "Uh masuklah" kata Jungkook. "A-ah okay" Seungwan pun masuk ke dalam. Seungwan ternampak Joohyun yang sedang makan di meja makan. "Weh Joo!" panggil Seungwan dalam nada bisikan. "Apa?" tanya Joohyun. "Tu ke .. cousin kau?" tanya Seungwan. "Ya" jawab Joohyun ringkas. Seungwan ternganga kerana terkejut yang teramat kerana tidak sangka cousin Joohyun adalah salah satu ahli BTS. "Wah .." Seungwan masih lagi terkejut. "Heh pahal dia noona?" tanya Jungkook hairan kerana Seungwan hanya diam dan termenung. "Kejutan budaya" jawab Joohyun dan sambung memakan buburnya sehingga habis.
YOU ARE READING
Once I Met You (vrene)
Acak(Bahasa Malaysia) Sinopsis : Jam menunjukkan pukul 12:30 tengah hari , Joohyun sedang menunggu seseorang. Tiba-tiba munculah seorang lelaki yang kacak dan bergaya. "Hi Bogum" sapa Joohyun sambil melemparkan senyuman manis kepada Bogum. Bogum h...