Selepas makan mereka berdua pun masuk ke dalam kereta untuk bergerak ke destinasi seterusnya. "Jadi noona .. kita nak pergi mana?" tanya Taehyung. "Aku pun tak tau sebenarnya .. kau pilih" kata Joohyun. "Mmm .. kalau macam tu kita pergi .. taman tema!" kata Taehyung. "Okay" kata Joohyun. Lalu mereka berdua pun menuju ke taman tema. Selama 30 minit Taehyung memandu sahaja tanpa bersuara manakala Joohyun tertidur. Selepas itu mereka pun sampai dan jam menunjukkan pukul 3:30. Taehyung pun membangunkan Joohyun yang masih tidur. "Noona" panggil Taehyung perlahan. "Hmmm" Joohyun masih belum membuka matanya. "Noona kita dah sampai" kata Taehyung. "Hm?" Joohyun pun membuka matanya dan memandang Taehyung dan luar tingkap untuk melihat dia dimana dan memandang Taehyung lagi. "Noona masih nak tidur ke?" tanya Taehyung dan mencucuk pipi Joohyun. "Takpa lah, aku boleh sambung kat rumah nanti. Jom" kata Joohyun dan keluar dari kereta. "Okay" Taehyung pun keluar dari kereta.
"Tae" panggil Joohyun. "Hm?" Taehyung memandang Joohyun yang penat berjalan kerana hari yang panas. "Huu makan aiskrim jom Tae, aku nak makan benda sejuk. Lepastu aku penat" rungut Joohyun. "Okay, kalau macam tu noona duduk lah dulu kat bangku tu biar saya beli" kata Taehyung. "Tae kau memang .. TERBAIK" kata Joohyun dan terus pergi ke arah di mana bangku tersebut berada. Taehyung hanya senyum dan pergi mencari kedai. 5 minit berlalu Taehyung masih belum datang. "Haah mana Taehyung ni, aku dah haus sangat ni" rungut Joohyun dan keluarkan telefonnya. Tiba-tiba Joohyun terdengar seorang budak sedang menangis. "Huaaaaa omma!" budak itu menangis dengan kuat menyebabkan Joohyun pergi ke arahnya. "Eh adik, kenapa ni?" tanya Joohyun. "Huuu o-omma hilang" kata budak itu. "Oh ye ke. Um .." Joohyun berfikir apa yang perlu dia buat. "Oh haa apa kata kita pergi ke tempat orang buat pengumuman! Nanti omma adik akan cari adik dan .. tada omma adik dah sampai. Okay?" kata Joohyun menyebabkan budak tersebut hanya menganggukkan kepalanya dan senyum pada Joohyun. "Okay jom! Kita beli gula-gula kapas nak tak?" tanya Joohyun. "Ohh nak!" jawab budak itu. Joohyun pun memimpin tangan budak tersebut.
"Nama adik siapa?" tanya Joohyun. "Hana!" jawab Hana sepatah. "Oh okay" kata Joohyun dan berhenti tiba-tiba. "U-um unnie kenapa?" tanya Hana pada Joohyun. "Hana .. saya sebenarnya tak tau mana tempat tu. Kita tersesat! Alamak macam mana ni Hana kita dua sesat lepas tu nanti Hana tak dapat nak jumpa omma Hana lepastu nanti omma Hana tak dapat jumpa Hana lagi .. alamak .." Joohyun gelabah. "Unnie!" panggil Hana. "E-eh ya?" Joohyun memandang budak tersebut. "Unnie kita tanya orang kan senang" kata Hana. "H-hana awak memang bijak" kata Joohyun dan memimpin tangan Hana dan tanya pada orang sekeliling. Akhirnya mereka berdua pun sampai dan orang itu pun membuat pengumuman tenatang Hana. "Hana, sekarang ni kita tunggu omma Hana okay?" kata Joohyun. "Emm" angguk Hana. Beberapa minit kemudian ibu Hana pun sampai. "Hana!" panggilnya. "Omma!" jerit Hana gembira dan ingin memeluk ibunya tapi hanya pipinya dicubit. "Omma dah kata jangan jalan sorang-sorang kan dah sesat kamu ni eeee nak kena" bebel ibu Hana. "Aaa omma sakit. Sorry" kata Hana. "Huh kamu ni nasib tak jadi apa-apa" keluh ibu Hana lalu memeluknya. "Oh maaf menyusahkan dan terima kasih sebab tolong jagakan dia" kata ibu Hana pada Joohyun. "Tak apa, tak menyusahkan pun" kata Joohyun. "Baiklah kalau macam tu, kami pergi dulu" kata ibu Hana. "Bye unnie!" jerit Hana dan melambai pada Joohyun. "Bye" Joohyun pun melambaikan tangannya kembali.
"Huh jadi dah selesai baik aku balik pergi kat bangku tadi" kata Joohyun dan keluar dari bilik tersebut. Joohyun berjalan selama 5 minit. "Eh macam aku dah lalu tempat ni" kata Joohyun dan berjalan lagi. "Ehhh ni dah kali ke 3 aku lalu tempat ni. Alah macam mana ni, takkan lah aku nak tanya orang nampak tak bangku yang itu ini padahal kat sini banyak bangku" bebel Joohyun seorang diri. Tiba-tiba telefonnya berbunyi dan iannya Taehyung. "Hel-" baru saja Joohyun hendak jawab Taehyung terus menjerit. "NOONA!" jerit Taehyung. "H-hai Tae" jawab Joohyun. "Haaa noona kat mana sekarang ni kenapa tiba-tiba hilang" marah Taehyung. "T-tadi aku-" belum sempat Joohyun ingin menyambung ceritanya Taehyung terus memotong ayatnya. "Nanti noona terangkan sekarang saya nak tahu noona kat mana?" tanya Taehyung. "Aku pun tak tau aku kat mana .. aku sesat .. tapi kat sini ada permainan cawan tu" terang Joohyun. "Noona tunggu je situ saya datang sekarang" kata Taehyung dan ingin mematikan panggilan tetapi Joohyun sempat memanggilnya. "Tunggu Tae" kata Joohyun. "Kenapa?" tanya Taehyung. "A-asikrim tu tak cair ke?" tanya Joohyun. "Noona .." lalu Taehyung mematikan panggilan mereka berdua. "Ops marah sangat ni" kata Joohyun seorang diri.
YOU ARE READING
Once I Met You (vrene)
Random(Bahasa Malaysia) Sinopsis : Jam menunjukkan pukul 12:30 tengah hari , Joohyun sedang menunggu seseorang. Tiba-tiba munculah seorang lelaki yang kacak dan bergaya. "Hi Bogum" sapa Joohyun sambil melemparkan senyuman manis kepada Bogum. Bogum h...