(Bahasa Malaysia)
Sinopsis :
Jam menunjukkan pukul 12:30 tengah hari , Joohyun sedang menunggu seseorang. Tiba-tiba munculah seorang lelaki yang kacak dan bergaya. "Hi Bogum" sapa Joohyun sambil melemparkan senyuman manis kepada Bogum. Bogum h...
Joohyun sedang mengemas pakaiannya kerana itu merupakan hari terakhirnya berada di Australia. "Huh akhirnya dah siap" kata Joohyun lalu baring di atas katil. "Hah aku rindu Seungwan. Apa khabar dia oo?" Joohyun tertanya lalu dia mengeluarkan telefonnya dan mendail nombor Seungwan. Tut tut "Hello?" jawab Seungwan. "Seungwan!!" jerit Joohyun. "Aaa baechuu >3< apa khabar!" tanya Seungwan kerana dia juga rindu akan Joohyun. "Kau sibuk apa je sampai 2 minggu tak contact aku huhu rindu tau" kata Joohyun dengan buat muka sedihnya. "Ehehe kerja biasalah" Seungwan jawab. "Hm aku balik hari ni tau. Aku punya flight lebih kurang dalam pukul 10 pagi so mungkin kat sana aku sampai 2 atau 3 petang?" kata Joohyun. "Oo yelahkan kau balik hari ni. Okay nanti petang tu aku ambik kau" kata Seungwan setelah mendengar apa yang diterang oleh Joohyun. "Wokey okaylah kalau macam tu aku nak letak ni" kata Joohyun. "Okay bye-bye baechu nanti masa flight hati-hati" sempat Seungwan memesan. "Okay bye" lalu Joohyun menamatkan panggilan.
"Hmh pukul 8:30. Sempat lagi nak makan ni tapi kena sedia-sedia lah bawak beg. Huuh" keluh Joohyun. Joohyun pun keluar dari bilik tersebut dan mengunci pintu bilik tersebut. "Bye bilik yang telah aku duduk selama sebulan, akan kita jumpa lagi :')" kata Joohyun seorang diri lalu dia turun ke bawah dengan begnya sekali. "Irene noona" orang itu panggil. "Oeh Taehyung rupanya. Kenapa?" tanya Joohyun. "Noona nak pergi mana ni dengan bawak beg sekali?" tanya Taehyung. "Nak pergi mana lagi? Aku balik Korea hari ni" kata Joohyun. "Yeke?! Alah saya balik esok la :( Tak boleh sama flight dengan noona huhu" kata Taehyung sambil memuncungkan mulutnya. "Hee :l " Joohyun hanya diam di situ. "Hmm takpelah noona. Kalau noona dah sampai Korea call tau. Tau noona tau?" kata Taehyung. "Baiklah Encik Kim akan saya call anda jangan risau" kata Joohyun. "Ok bye noona hati-hati tau :(" kata Taehyung sambil melambaikan tangannya apabila Joohyun semakin menjauh. Joohyun pun membalas kembali lambaian Taehyung dan pergi ke sebuah kedai makan.
"Hah kenyang" kata Joohyun sambil memegang perutnya. Joohyun pun megeluarkan telefonnya dan melihat masa. '9:10' . "Oh dah pukul 9 baik aku bergerak sekarang" katanya. Joohyun pun membayar makanan tersebut dan keluar dari situ. Joohyun menahan sebuah teksi dan terus bergerak ke lapangan terbang. Beberapa minit berlalu, Joohyun pun tiba di lapangan terbang. Joohyun meletakkan begnya di tempat mendaftar dan dia duduk di kerusi sebelum dipanggil untuk menaiki kapal terbang. Tiba-tiba telefon Joohyun berbunyi. "Hello?" Joohyun menjawab panggilan tersebut. "Noona!" panggil Taehyung. "Aah Taehyung kenapa call?" tanya Joohyun. "Ah tak saja je. Noona dah ada kat mana sekarang?" tanya Taehyung. "Oh aku dah ada kat airport" jawab Joohyun. "Oo bila flight noona?" tanyanya lagi. "Pukul 10" jawab Joohyun ringkas. " Aa okay kalau macam tu saya letak dulu" kata Taehyung. "Mm okay bye" jawab Joohyun dan menamatkan panggilan itu.
Beberapa minit menunggu, Joohyun mengeluarkan telefonnya dan membuka instagram. "Hehe comel" kata Joohyun apabila gambar dan video seekor anak anjing yang dipost oleh orang di situ. Sedang Joohyun melihat gambar-gambar anjing tersebut tiba-tiba Joohyun merasakan seseorang duduk di sebelahnya. Lalu Joohyun menoleh ke arah orang tersebut. "Eh? Taehyung??" tanya Joohyun pelik kerana Taehyung kata yang dia akan kembali ke Korea esok. "Hai noona" jawab Taehyung. "B-bukan kau balik esok ke?" tanya Joohyun. "Hmm sebab noona balik hari ni. So saya nak balik sama dengan noona ^^" jawab Taehyung. "Oh" jawab Joohyun sambil mengangguk kepalanya. "Tadi noona senyum-senyum kenapa?' tanya Taehyung. "Oh aku tengok gambar anak anjing. Comel kan?" tanya Joohyun lalu menunjukkan gambar anjing tersebut.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Mm comel" jawab Taehyung. Panggilan flight Joohyun dan Taehyung dipanggil lalu mereka berdua bangun dan pergi menuju ke laluan untuk memasuki kapal terbang. "Noona duduk mana?" tanya Taehyung semasa dalam perjalanan mereka untuk menuju ke kapal terbang. "Mm 8A (sukati je Xp)" jawab Joohyun. "Alah saya 7A lah. Saya tak duduk dengan noona huuu" kata Taehyung. "Hee kalau berani mintak tukar la dengan orang tu ~" gurau Joohyun. "Okay" jawab Taehyung. "Eh aku tipu je lah jangan lah kau iku-" tanpa menghabiskan Taehyung telah bercakap dengan orang tersebut. "Bodoh aku gurau je kenapa ikut!!!!!" marah Joohyun dalam hati. "Noona" panggil Taehyung. "Apa bod- eh salah ye?" Joohyun tersasul. "Eh bodoh tersasul nak cakap bodoh pulak" marah Joohyun pada dirinya sendiri. "Aa orang tu bagi" kata-kata yang keluar dari mulut Taehyung membuatkan dia ternganga. "E-eh dia bagi?" tanya Joohyun tidak percaya. "Mm dia cakap yang orang yang duduk dengan noona tu sebenarnya cousin dia so dia cakap boleh je tukar" terang Taehyung. "Ooh okay" kata Joohyun lalu dia ingin mengambil tempat duduk tetapi dihalang oleh soalan Taehyung. "Noona, noona nak duduk belah mana?" tanya Taehyung. "Ntah lah ikut kau lah nak duduk mana" kata Joohyun malas mahu memilih tempat. "Mm kalau macam tu noona lah duduk tepi tingkap" Taehyung berkata. "Okay thanks" jawab Joohyun. Lalu mereka berdua pun duduk.
Beberapa jam berlalu Joohyun melihat ke luar tingkap. "Oo nak ambik gambar lah" katanya lalu dia mengeluarkan telefonnya dan mengambil gambar dengan banyak sekali.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Oho :^" katanya lalu dia menyimpan telefonnya semula. Joohyun berasa aneh kerana selalunya Taehyung ini bising orangnya tapi tiba-tiba senyap. Lalu Joohyun menoleh untuk memandang Taehyung. Joohyun melihat Taheyung sedang merenung dirinya. "Dah kenapa dia tengok aku semacam ni?" Joohyun tertanya. "U-um Taehyung" panggil Joohyun tetapi Taehyung tidak memberi gerak balas. "Tae!" Joohyun jerit kecil sambil memukul lengan Taehyung. "E-eh ah apa?" tanya Taehyung. "Kau tu dah kenapa tengok orang macam tu seram tau" kata Joohyun. "Eh?" Taehyung fikir semula apa yang terjadi. "Ops kantoi la tenung noona" katanya dalam hati. "Hehe sorry saya termenung" bohong Taehyung. "Mm okay" kata Joohyun. "Ah aku nak tido dulu kalau ada makanan sampai nanti kau tolong ambik untuk aku tau tapi jangan kejutkan aku kau ambik je lepas tu letak kat meja sini. Kalau dah sampai Korea baru kau tolong kejutlan aku. Tu pun kalau kau tak tido. Tau?" panjang lebar yang diterang oleh Joohyun untuk Taehyung. "Okay noona" jawab Taehyung. Lalu Joohyun pun memejamkan matanya.
Beberapa jam tidur Joohyun terbangun kerana memdengar pengunguman dari kapten kapal terbang tersebut. Joohyun pun meregangkan dirinya dan dia memandang Taehyung yang sedang nyenyak tidur lagi di sisinya. "Taehyung" panggil Joohyun. "Mhh" lalu Taehyung membuka matanya. "Kita dah sampai" kata Joohyun lalu Taehyung pun mengeliat dan memjawab 'okay' pada Joohyun. Mereka berdua turun dari kapal terbang tersebut dan mengambil beg mereka. Tiba-tiba Joohyun ternampak Seungwan tidak jauh dari situ. "Seunggg!" panggil Joohyun. "Baechu ku 😚" panggil Seungwan semula. "Aku rindu kau la Seung. Lama gila tak jumpa" kata Joohyun sambil memeluk Seungwan. "Huhu aku pun" kata Seungwan. "Mm sapa tu ya?" tanya Seungwan apabila dia perasaan seorang lelaki sedang memandang mereka berdua. "Ooh tu lah Pengerusi Syarikat Kim tu" jawab Joohyun. "Ooh ye eh?!" lalu Seungwan menunduk 90° bagi tanda hormat. Sedang Taehyung melihat mereka berdua cakap tiba-tiba ada seorang perempuan mendekati Taehyung. "Tae tae~ ❤" panggil wanita tersebut. "Mina?" Taehyung terkejut dengan kehadiran wanita tersebut. "Ye tae?" tanya wanita tersebut. "Kau buat apa kat sini? Pergi la kau aku tak nak jumpa kau lagi!" marah Taehyung. "Ihh saya kat sini nak jumpa awakla siapa lagi" kata Mina sambil memeluk lengan Taehyung.
Setelah bercakap dengan Seungwan, Joohyun ingin mengucap selamat tinggal pada Taehyung tetapi dia ternampak seorang wanita yang sedang mendekati Taehyung. "Huh girlfriend kot? Hm tak nak kacaulah" kata Joohyun dalam hati lalu dia meninggalkan Taehyung di situ tanpa mengucapkan selamat tinggal padanya. Selepas menghalau Mina Taehyung ingin pergi ke arah Joohyun tapi malangnya Joohyun tiada lagi di situ. "Oh dah pergi ke. Hm takpalah" kata Taehyung dalam hati lalu dia pun memanggilkan pemandunya untuk balik ke rumahnya semula.
----------------------------------------------------------- Author: Hai 😄. Hehe bermulanya kisah klise kita di mana akan ada perempuan jahat 😈. Kawan saya yang bagi idea pasal Mina ni tapi kami tak benci Mina pun 😅. Okay jadi terima kasih kerana sudi membaca. Bye ❤😚💞