Setelah selesainya date mereka, Joohyun ingin menghantar Taehyung terlebih dahulu. Tiba-tiba Joohyun teringat sesuatu. "Eh Tae lupa yang aku nak beli aiskrim untuk Elly. Jom beli" kata Joohyun. "Okay" jawab Taehyung. Mereka pun menuju ke kedai serbaneka. "Kau tunggu dalam kereta jap tau, aku nak beli" kata Joohyun dan terus keluar. "Mmm" angguk Taehyung dan mengeluarkan telefonnya. Tiba-tiba hujan turun. "Ah hujan turun, nanti noona basah pulak" kata Taehyung dan terus melihat Joohyun. Joohyun baru saja hendak keluar tetapi tiba-tiba hujan Joohyun pun berhenti. "Hm noona ada payung tak dalam kereta dia?" kata Taehyung sendirian. Lalu Taehyung pun mencari payung di dalam kereta Joohyun tetapi tidak ada. "Aduh, macam mana ni. Nanti noona demam sebab basah" kata Taehyung risau. Taehyung memandang luar dan ternampak Joohyun meredah hujan dan masuk ke dalam kereta. "Huih, tiba-tiba je hujan ni turun" kata Joohyun setelah masuk ke dalam kereta. "Noona kenapa terjah je hujan? Diaorang tak ada jual payung ke?" tanya Taehyung lagi. "Aku dah tanya, dioarang cakap dah habis" jawab Joohyun. "Apalah diaorang tu. Tengok noona dah basah nanti demam" kata Taehyung. "Hehe lek" sengih Joohyun.
Mereka pun sambung perjalanan mereka berdua untuk pergi ke rumah Taehyung. Akhirnya mereka pun sampai. "Noona masuklah dulu dalam rumah saya, keringkan badan dulu" kata Taehyung. "Okay" kata Joohyun dan terus keluar dari keretanya. Mereka berdua pun masuk ke dalam rumah. "Elly, tolong keringkan noona jap, aku nak cari baju" kata Taehyung dan terus masuk ke dalam biliknya. "Okay tuan" balas Elly dan mengambil tuala untuk mengeringkan Joohyun. "Hai Elly~" sengih Joohyun. "Hai cik" balas Elly sambil senyum. "Ih janganlah panggil saya cik" kata Joohyun. "Berapa umur awak?" tanya Joohyun. "Saya sama umur dengan tuan, 24" jawab Elly. "Oh kalau macam tu awak panggil saya unnie!" kata Joohyun. "Eh boleh ke?" tanya Elly. "Lah saya yang minta, jadi mestilah boleh" kata Joohyun. "Oh okay unnie" kata Elly. "Huish macam ada adik perempuan, hehe" kata Joohyun. Setelah selesai keringkan rambut Joohyun mereka berdua menonton berita. "Kita tunggu tuan dulu, ntah apa yang dia cari. Baju berlambak je" bebel Elly. "Biasa dia tu" balas Joohyun. Joohyun mendengar saja apa yang pembaca berita tu kata. Tiba-tiba Joohyun terkejut. "Hah!" kata Joohyun mengejutkan Elly. "Kenapa unnie?" tanya Elly. "Halah, jalan nak ke rumah saya banjir" kata Joohyun. "Ye ke? Bahaya lah macam tu" kata Elly risau. "Hmmm .. tak apalah saya tidur sini dengan Elly" kata Joohyun. "Hah unnie tidur sini? Serious?!" tanya Elly excited. "Iye" kata Joohyun. "Yeay!" jerit Elly gembira.
"Eh pahal jerit-jerit ni Elly?" tanya Taehyung yang baru keluar dari biliknya sambil membawa baju. "Unnie kata unnie tidur sini!" balas Elly dengan excitednya. "Hah?" Taehyung blur. "Aku tido sini, yeay" kata Joohyun lalu menepuk kedua-dua tangan Elly. "N-noona tido sini?" tanya Taehyung. "Ya" jawab Joohyun. "Tapi kenapa?" tanya Taehyung hairan. "Hm sebab jalan yang aku pakai nak pergi rumah aku banjir jadi bahaya la. Ke kau nak aku eksiden?" tanya Joohyun. "Ish mana ada, noona ni tuduh" kata Taehyung. "Haha tau takut" kata Joohyun dan jalan mendekati Taehyung. "Baju mana?" tanya Joohyun. "Nah" Taehyung menghulurkan baju itu pada Joohyun. "Hm alang-alang aku tido sini aku nak mandi. Boleh?" tanya Joohyun. "Eh mestilah boleh" kata Taehyung. "Okay jadi mana tandas?" tanya Joohyun. "Hm biar Elly tunjukkan" kata Taehyung. "Okay, Elly jom" ajak Joohyun. "Okay unnie" kata Elly lalu tunjukkan Joohyun bilik mandi.
Setelah selesai mandi Joohyun pun menyarungkan baju yang Taehyung bagi. "Huish besar amat baju ni. Dah macam gaun. Seluar ni nasib muat walaupun kaki dia panjang sangat" kata Joohyun seorang diri. "Unnie dah ke, kalau da prgi dapur tau saya ada masak" kata Elly dari luar bilik. "Oh dah, jap ye" balas Joohyun. Lalu Joohyun pun keluar dari bilik Elly. "Tae" panggil Joohyun apabila ternampak Taehyung di ruang tamu. "Ye?" tanya Taehyung yang sedang fokus melayan cerita yang ada di televisyen tersebut. "Baju ni gila besar Tae, dah serupa gaun aku pakai. Seluar ni pun besar, dah macam fesyen hiphop je ni" kata Joohyun. Taehyung pun memandang Joohyun. "Hehe besarnya baju saya dekat noona" kata Taehyung sambil ketawa kecil. "Memang la besar kau tu dah la tinggi lepas tu bahu kau lebar mana tak besar baju ni" kata Joohyun. "Eheh" sengih Taehyung. "Oh aku nak makan la, kau tak lapar ke?" tanya Joohyun. "Hm lapar la jugak, tadi kita makan sikit je" kata Taehyung. "Kan. Oh lupa kau pergi dulu aku nak call Jungkook yanga ku tak balik malam ni" kata Joohyun. "Okay" akur Taehyung dan pergi ke dapur. Tut tut bunyi telefon berbunyi. "Hello?" jawab Jungkook. "Hah wei, aku tak balik tau malam ni" kata Joohyun. "Lah kenapa?" tanya Jungkook. "Hm aku tido rumah Tae" kata Joohyun menyebabkan Jungkook tercekik air liurnya. "UHUK! C-cepatnya noona bertindak?!" kata Jungkook tidak percaya. "Cepat bertindak apa bodoh, aku cuma tido kat rumah dia sebab hujan. Jalan banjir, bahaya" kata Joohyun. "Eh banjir eh?" tanya Jungkook. "Hish kau nampak sangat tak tengok berita" kata Joohyun. "Hm malas la sebab hari ni aku main game je HAHAHAH" ketawa Jungkook. "Ceh gila" kata Joohyun lalu mematikan panggilan merek berdua.
Joohyun pun menuju ke dapur. "Dah ke?" tanya Taehyung. "Dah" jawab Joohyun. "Okay mari makan. Jemput makan unnie" kata Elly. "Okay adikku~" kata Joohyun lalu duduk di sebelah Taehyung. "Eh noona je ke, aku tak?" tanya Taehyung. "Ye jemput makan juga tuan" kata Elly. Lalu mereka bertiga pun makan. "Hm baru aku perasan kenapa maid kau satu je Tae?" tanya Joohyun. "Hmm kebanyakkannya dah berhenti kerja jadi Elly seorang je yang kekal" kata Taehyung. "Oh~" kata Joohyun lalu mereka bertiga sambung makan. Mereka bertiga makan tanpa bersuara kerana tiada cerita hendak diceritakan. Selepas habis makan Joohyun menolong Elly mencuci pinggan mangkuk yang telah mereka guna untuk makan sebentar tadi. Selepas itu Joohyun menuju ke ruang tamu dan ternampak Taehyung di situ. Joohyun pun berjalan mendekati Taehyung lalu duduk di sebelah Taehyung. "Kau tengok cerita apa?" tanya Joohyun. "Hm tengok cerita hantu" jawab Taehyung. "Oh" kata Joohyun dan join sekali bersama. "Elly pulak mana?" tanya Joohyun lagi sekali. "Dah tido kot, dia selalunya tido awal" jawab Taehyung dan masih fokus pada cerita tersebut.
Setelah cerita itu habis, Joohyun pun meregangkan badannya kerana penat duduk dengan satu posisi selamat 2 jam. Selepas itu dia memandang Taehyung yang sudah pun tidur. "Ish dah tido rupanya" kata Joohyun sambil menggelengkan kepalanya. Joohyun pun mengejutkan Taehyung untuk tido di dalam biliknya. "Tae" panggil Joohyun lembut. "Hmm" Taehyung bangun dengan keadaan masih mamai. "Tae tido kat dalam bilik, sejuk kat sini nanti kau demam" kata Joohyun dan tolong memapah Taehyung setelah menutup telivisyen. "Woo berat aa" kata Joohyun dan menuju ke bilik Taehyung. Setelah meletakkan Taehyung di atas katil, baru sahaja Joohyun hendak keluar tetapi tangannya di pegang. "Eh" Joohyun terkejut lalu melihat Taehyung yang sedang melihatnya dengan mata yang separa terbuka. "Kenapa Tae?" tanya Joohyun lembut. "N .. noona .." selepas itu Taehyung tertidur semula tetapi masih tidak melepaskan tangan Joohyun. "Hah macam mana aku nak tido ni?" tanya Joohyun sendiri. Setelah penat berfikir dia pun baring di sebelah Taehyung dan menjarakkan dirinya sedikit. "Takut ganas pulak dia tido macam Jungkook" kata Joohyun perlahan lalu melelapkan matanya.
- hai ^^ sorry dah lama tak update sebab masa nak update tu asyik error. Maaf kalau ada typo sebab terlalu malas untuk baca semula haha. Apa-apa pun terima kasih sudi baca ^3^ <3
YOU ARE READING
Once I Met You (vrene)
De Todo(Bahasa Malaysia) Sinopsis : Jam menunjukkan pukul 12:30 tengah hari , Joohyun sedang menunggu seseorang. Tiba-tiba munculah seorang lelaki yang kacak dan bergaya. "Hi Bogum" sapa Joohyun sambil melemparkan senyuman manis kepada Bogum. Bogum h...