Joohyun sedang bersiap sedia untuk sarapan pagi kerana hari tersebut dia mengambil cuti sehari. "Hum makan kat kedai makan lah nak jugak merasa makanan yang orang jual kat sini" kata Joohyun agak teruja. Joohyun pun keluar dari biliknya dan turun ke bawah. "Noona!" panggil orang tersebut dari belakang. Joohyun pun memaling ke arah suara tersebut. "Oh hai Taehyung" tegur Joohyun. "Hai noona nak pergi mana ni keluar simple je pakaian?" tanya Taehyung. "Oh aku nak pergi makan" jawab Joohyun. "Alah nak jugak makan dengan noona tapi hari ni saya ada kerja :(" rungut Taehyung. "Hm nak buat macam mana kau ada kerja mana boleh escape" kata Joohyun. "Huhu takpelah noona saya pergi dulu lah jumpa lagi nanti noona bye :(" kata Taehyung dengan nada yang sedih. "Bye" balas Joohyun kembali.
Joohyun hanya jalan kaki untuk pergi ke kedai makan kerana sambil dia jalan dia dapat melihat-lihat kawasan tersebut. "Oh cantiknya tempat ni" kata Joohyun seorang diri. Lalu dia mengambil gambar menggunakan telefon bimbitnya sebagai kenangan.
Joohyun pun ternampak satu kedai makanan yang berdekatan. "Sushi .." kata Joohyun. "Hm alang-alang ada kedai sushi sini pergi je lah. Dah lama jugak aku tak makan sushi ni" kata Joohyun dalam hati. Dia pun menapakkan kakinya masuk ke dalam kedai tersebut. Selepas memesan minumannya, Joohyun pun memilih sushi yang dia mahu. Lalu dia mengeluarkan telefon bimbitnya semula kerana ingin mengambil gambar sushi tersebut.
"Woah nampak sedap mari kita makan ^^" kata Joohyun gembira. Lalu Joohyun menyuapkan sushi tersebut ke dalam mulutnya. Selepas habis makan, Joohyun membayar makanan tersebut dan keluar dari kedai itu.
Joohyun pun kembali ke hotel tersebut dan balik kebiliknya. "Huih awal lagi ni aku nak buat apa oo" katanya seorang diri. Tiba-tiba telefonnya berbunyi. "Eh kenapa Taehyung ni call aku pulak?" Joohyun hairan. Lalu Joohyun pun menekan butang jawab. "Noona!" jerit Taehyung. Joohyun menjauhkan telinganya dari speaker telefonnya kerana telinganya sakit dari jeritan Taehyung. "Ya Taehyung? Kenapa call ya?" tanya Joohyun. "Noona nak tak keluar dengan saya petang nanti?" tanya Taehyung. "Huh? Keluar? Pergi mana?" tanya Joohyun. "Kita makan-makan lepas tu jalan sama-sama" terang Taehyung. "Oo" hanya itu yang dijawab oleh Joohyun. "Kalau noona nak tau kenapa saya ajak noona sebab ni kan minggu terakhir kita kat sini so alang-alang kan kita tengok-tengok la tempat ni. Pergi taman ke apa ke, lepas tu makan kat restoren yang sedap-sedap" terang Taehyung lagi dengan panjang lebar. "Oh ya kan menarik jugak idea kau ni aku tadi pun ada pergi jalan-jalan tapi sekejap je" balas Joohyun. "Oo noona pergi mana?" tanya Taehyung. "Oo kedai sushi je lepas tu ambik gambar jalan" kata Joohyun. "Haha kenapa noona ambik gambar jalan?" tanya Taehyung sambil ketawa kecil. "Ehh tak boleh ke?" tanya Joohyun hairan kenapa Taehyung ketawa. "Ahaha tak ada lah boleh je. Hehe comel la noona ni" kata Taehyung. "E-eh? Aa so pukul berapa kita keluar?" tanya Joohyun. "Emm kita keluar pukul 5 petang boleh tak?" tanya Taehyung untuk kepastian. "Ooo boleh je" setuju Joohyun. "Okay petang tu saya tunggu kat bawah la kalau macam tu" kata Taehyung. "Mhmm okay" jawab Joohyun. "Kalau macam tu saya letak dulu. Bye noona" kata Taehyung. "Okay bye" balas Joohyun lalu memberhentikan panggilan tersebut.
Pada petang tersebut Joohyun pun bersedia dan turun ke bawah. "Hai noona" tegur Taehyung. "Hai" balas Joohyun. "Jom pergi tapi kali ni kita jalan kaki la sebab saya pun nak ambik gambar jalan" terang Taehyung sambil ketawa kecil kerana Joohyun menjelingnya kerana telah mengejeknya. "Ehehe tapi betulah saya nak jalan kaki. Noona okay ke jalan kaki?" tanya Taehyung. "Okay, sebab jalan kaki menyihatkan kita kan? ^^" tanya Joohyun. "Emm betul tu" kata Taehyung lalu senyum kerana dia rasa yang Joohyun begitu comel. "Okay jom jom" kat Joohyun lalu menarik lengan Taehyung untuk mengikutnya. "E-eh j-jom" Taehyung gugup kerana tiba-tiba Joohyun menariknya. "Nak pergi mana ni? Kau la tunjuk aku ikut je" terang Joohyun. "Aa noona nak makan apa?" tanya Taehyung. "Um entah lah. Kau nak makan apa?" tanya Joohyun. "Burger nak tak?" cadang Taehyung. "Oo boleh je. Jom makan burger" kata Joohyun. "Okay jom saya tunjuk jalan" kata Taehyung lalu menarik tangan Joohyun dan membawanya ke kedai tersebut. Mereka berdua tiba di kedai tersebut dan memesan burger dan cola. " Woah sedapnya, nak ambik gambar la" kata Joohyun nak mengambil gambar burger tersebut.
Taehyung dan Joohyun pun mula makan. "Waa sedapnya" puji Taehyung. "Mm" angguk Joohyun dan senyum.
Selepas makan mereka berdua berjalan-jalan. "Waa cantiknya awan petang ni" Joohyun gembira dan merenung langit. Taehyung mengeluarkan telefonnya dan mengambil gambar Joohyun senyap-senyap.
Selepas mengambil gambar Joohyun, Taehyung pun berdiri di sebelah Joohyun. Taehyung berasa gembira kerana keluar dengan Joohyun hari itu.
-----------------------------------------------------------
Author :
Hai 😉 sorry la sebab asyik lambat update je 😅 tak tau la kenapa. Hm mungkin saya patut tukar pada setiap hari Sabtu dan Ahad kan? Btw hari ni line laju so boleh la cari-cari gambar 😋 hehehe. Jadi itu je terima kasih kerana membaca byee ❤.
YOU ARE READING
Once I Met You (vrene)
Random(Bahasa Malaysia) Sinopsis : Jam menunjukkan pukul 12:30 tengah hari , Joohyun sedang menunggu seseorang. Tiba-tiba munculah seorang lelaki yang kacak dan bergaya. "Hi Bogum" sapa Joohyun sambil melemparkan senyuman manis kepada Bogum. Bogum h...