Joohyun mendapati bahawa jantungnya akan berdegup dengan laju apabila dia teringat muka Taehyung. "Ish pahal jantung aku ni kalau terfikir pasal dia, mesti berdegup laju lepastu kuat pulak bunyi dia" kata Joohyun seorang diri. Lalu, Joohyun mencapai telefonnya dan menghubungi Seungwan. "Seung" panggil Joohyun. "Ye Joo? Kenapa?" tanya Seungwan. "U-um aku nak tanya ni .." kata Joohyun. "Hm, tanya apa?" tanya Seungwan. "A-aku kan sejak kebelakangan ni kan, k-kalau aku teringat dengan si T-taehyung .. mesti hati aku berdegup laju, kuat pulak tu bunyi dia. Lepastu kan muka aku rasa panas" terang Joohyun. "Serious ah kau macam tu kalau kau teringat dengan Si Taehyung tu?" tanya Seungwan untuk kepastian. "Hm" jawab Joohyun. "W-woah hebat" kata Seungwan dan ketawa kecil. "Kenapa? Apa yang hebat? Apahal kau ketawa? Apahal?" bertubi-tubi soalan yang Joohyun beri kepada Seungwan. "Eh eh relax. Betul kau nak tau kenapa kau macam tu?" tanya Seungwan. "Hm" angguk Joohyun walaupun Seungwan tidak nampak. "Okay jadi macam ni, kau sebenarnya SUKA dengan Si Taehyung tu" kata Seungwan. "H-hah? S-s-suka?" Joohyun tidak percaya. "Ya kau suka dia" kata Seungwan sekali lagi. "T-tapi kenapa aku suka dia pulak?" tanya Joohyun. "Manalah aku tau. Kau dah kenapa tanya aku. Tanyalah hati kau" kata Seungwan. "H-hati aku t-tapi maca-" belum habis Joohyun menghabiskan ayatnya Seungwan memotong ayatnya. "Hm okay aku tidur dulu jangan berjaga fikir pasal perasaan kau dengan Si Taehyung okay bye" kata Seungwan dengan satu nafas dan terus mematikan panggilan tersebut. "E-eh EH SEUNG? SEUNGGGG!!" jerit Joohyun. Joohyun pun baring di atas katilnya dan cuba untuk tidur tetapi tidak boleh. "Ishh" Joohyun stress dan akhirnya tidur pada pukul 2 pagi.
Pagi tersebut Joohyun sedang menuju ke pejabatnya. Telefon Joohyun tiba-tiba berbunyi, jadi Joohyun pun menjawabnya tanpa melihat siapa yang menekefonnya. "Hello?" jawab Joohyun. "Noona hai" kata orang tersebut. Hati Joohyun terasa berhenti seketika kerana suara tersebut adalah sangat dia kenal iaitu Taehyung. "Noona?" panggil Taehyung lagi apabila Joohyun tidak menjawab. Joohyun mendapati bahawa mukanya menjadi panas dan hatinya berdegup laju. "U-uh .." Joohyun tidak tahu mahu membalas apa. "Noona?" panggil Taehyung lagi. "Noona okay?" sambung Taehyung. "AKU OKAY JANGAN RISAU BYE" jerit Joohyun lalu mematikan panggilan tersebut. "Eh noona! NOONA!" Taehyung tidak sempat memberi tahu Joohyun yang dia ingin makan dengannya tengah hari nanti. "Ih noona dah kenapa ni?" Taehyung hairan, lalu dia berfikir untuk pergi ke pejabat Joohyun tengah hari nanti. Setelah sampai Joohyun pun masuk ke dalam pejabatnya. "Huh" Joohyun megeluh kerana penat. "Hey hey kenapa orang ni penat" suara itu datang dari bilik tersebut. "Heii Seung kau ni buat aku terkejut je" kata Joohyun sambil memegang dadanya apabila ternampak Seungwan sedang duduk di atas sofa sambil membaca sesuatu di tabnya. "Haha aku tunggu kau ni nak tanya, apa cerita?" tanya Seungwan. "Huh? Cerita apa?" tanya Joohyun kembali. "Um cerita pasal kau dengan si dia tu ;)" kata Seungwan sambil mengenyit matanya. "I-ish tak ada cerita lah!" marah Joohyun lalu duduk di meja kerjanya. "Haha iyalah tak ada cerita" kata Seungwan sambil ketawa dan bangun dari sofa tersebut. "Okaylah aku keluar dulu kalau ada apa-apa panggil ye bye" kata Seungwan dan membuat flying kiss. "Ee gedik" kata Joohyun lalu senyum.
Joohyun sedang membuat kerjanya dan pintu biliknya diketuk. Joohyun pun memandang pintu tersebut dan hanya kepala Seungwan yang masuk. "Joo" bisik Seungwan. "Pahal?" tanya Joohyun. "Taehyung ada kat sini" kata Seungwan. "H-huh?" otak Joohyun terus kosong. "Woi kau nak buat apa?" kata Seungwan separuh menjerit. "U-um cakap yang aku dah keluar lepas tu kau cakap kau tak sedar aku keluar. Kalau dia tanya lagi, cakap yang kau baru tadi call aku sebab tanya aku kat mana. Okay?" tanya Joohyun dengan ideanya. "Okay" kata Seungwan dan terus keluar. Setelah Seungwan keluar, Joohyun pun pergi sembunyikan diri. Mana tahu kalau Taehyung tiba-tiba masuk. Joohyun pun bersembunyi di bawah mejanya. Sangkaan Joohyun betul yang Taehyung memang akan masuk ke dalam pejabatnya. "Noona" panggil Taehyung. Senyap. "Noona betul ke noona keluar ke noona tipu saya" kata Taehyung. Masih lagi senyap. "Hm, aku macam cakap seorang diri pulak jerit-jerit kat bilik ni. Baik keluar" kata Taehyung dan keluar dari bilik tersebut. Joohyun yang masih berada di bawah mejanya sedang menahan ketawa dan menutup mulutnya menggunakan tangannya. "Pft" Joohyun menghela nafas lega bila bilik itu senyap jadi dia pun keluar dari bawah meja tersebut. "Huih balik nantilah aku makan. Takut pulak nak keluar" kata Joohyun, lalu sambung membuat kerjanya.
Petang itu Joohyun pun sampai ke rumahnya. "Jungkook" panggil Joohyun tapi tiada respon. Joohyun pun ternampak sesuatu yang terlekat di peti sejuknya.
"Noona aku keluar dengan kawan-kawan aku hari ni so jangan risau atau sibuk nak call bye.
-kookieyangcomel xoxo ^3^-"
"Apakah?" Joohyun pun masuk ke dalam bilik untuk mandi. Selesai mandi Joohyun bercadang untuk memakan mee segera di kedai serbaneka yang terdekat drngan perumahannya. Joohyun pun keluar jalan kaki untuk pergi ke kedai tersebut. Setelah ternampak kedai tersebut, Joohyun terus masuk ke dalam. "Selamat datang" kata cashier tersebut dan senyum pada Joohyun. Joohyun pun membalas senyuman cashier itu. Joohyun pergi ke section mee cup dan mengambil perisa kesukaannya. Joohyun pun pergi cashier tersebut untuk membayar mee tersebut. "Makan mee je?" tanya cashier tersebut sambil scan makanan yang Joohyun ambil. "Haha ye sebab hari ni saya rasa nak makan mee. Mengidam hehe" Joohyun tersengih. Cashier tersebut hanya senyum. "Semuanya RM 12.30" kata cashier tersebut. Joohyun pun meraba-raba poketnya. "Eh" kata Joohyun dan meraba setiap poket yang ada pada bajunya dan seluarnya. "Cik ada masalah ke?" tanya cashier itu. "S-saya rasa saya .. tertinggal dompet saya" kata Joohyun tersengih. "Oh um .. habis tu macam mana?" tanya cashier tersebut. "U-um apa kata saya ambik dompet saya kat rumah saya dulu sebab tak jauh pun" kata Joohyun. "Tapi tak penat ke cik ulang-alik" kata cashier itu. "U-um .. " Joohyun senyap. Tiba-tiba ada orang bersuara "Takpe biar saya tolong bayar" kata orang itu. "Oh terima kasih enci-" Joohyun berhenti bercakap apabila memandang muka orang tersebut. ".. T-taehyung .." kata Joohyun. "Hai noona. Jadi semuanya berapa?" tanya Taehyung pada cashier tersebut. "Semuanya RM 12.30 encik" kata cashier tersebut dan senyum. Taehyung pun menghulurkan duit pada cashier tersebut.
Joohyun sedang makan mee nya sementara itu Taehyung hanya duduk di sebelah Joohyun sambil merenungkan. Selesai makan Joohyun pusing ke arah Taehyung. "U-um terima kasih" kata Joohyun tetapi memandang tangannya yang sedang berada di atas pahanya. "Tak ada masalah lah. Untuk noona saya boleh je" kata Taehyung dan senyum. "Mm" jawab Joohyun dan mengambil botol air dan meminumnya. "Noona kenapa saya rasa noona macam lari dari saya seharian ni?" tanya Taehyung dengan muka serious. Joohyun pun terbatuk-batuk. "Haih noona ni asal makan minum mesti tersedak" kata Taehyung sambil menepuk belakang Joohyun. Joohyun hanya diam merenung kakinya. "Jadi noona .. kenapa?" tanya Taehyung semula apabila Joohyun tidak menjawab soalannya. "E-em .. a-aku .. " Joohyun rasa yang mukanya semakin panas. "A-aku .." Joohyun berpeluh. "A-aku suka kau!" jerit Joohyun dan menutup mukanya kerana malu. Senyap. "Pft" Taehyung ketawa. "P-pahal kau ketawa?" tanya Joohyun hairan. "T-tak saya rasa noona comel" kata Taehyung dan masih ketawa. "I-ish aku punya nervous kau ketawa pulak" marah Joohyun dan pandang ke arah lain. "Haha okay sorry" kata Taehyung dan menarik tangan Joohyun lalu memeluknya. "Ehhhhh" muka Joohyun tersembam pada dada Taehyung. "Akhirnya noona yang bagitau sendiri" kata Joohyun. "Ada orang pernah bagitau kau ke yang aku suka kau??" Joohyun hairan. "Mm tak ada" geleng Taehyung. "Mm" Joohyun hanya senyap dan duduk diam sahaja.
Flashback
"Yo hyung" kata Jungkook dan masuk ke pejabat Taehyung. "Kau sibuk, buat apa kat sini aku tak suka kau blah!" marah Taehyung. "Woah relax hyung, kenapa tak suka aku pulak. Apa masalah?" tanya Jungkook. "Kau! rampas noona dari aku :(" kata Taehyung dan kedengaran ingin menangis. "Woah woah hyung jangan lah nangis" kata Jungkook dan mendekati Taehyung. "Mana ada aku menangis!" marah Taehyung dan menarik hingusnya. "Yelah tu" kata Jungkook dan nenjelingnya. "Kau buat apa kat sini?" tanya Taehyung kembali. "Oh aku sebenarnya nak bagitau hyung yang aku dengan noona bukan bercouple pun" kata Jungkook. "T-tapi kau panggil dia sayang?" Taehyung hairan. "Itu sebab aku tipu hyung" jawab Jungkook. "Dia duduk serumah dengan kau" kata Taehyung. "Itu sebab dia cousin aku" selamba Jungkook jawab. "B-betul ke ni?!" tanya Taehyung dan mukanya kelihatan gembira. "Betul, dan yang paling best hyung .."'kata Jungkook. "Apa?" Taehyung tanya. "Kan malam tu aku nak pergi dapur sebab haus lepas tu aku terdengar dia terjerit-jerit. Aku dekatkan lah telinga aku kat pintu sebab nak dengar kan, lepastu dia cakap .. " Jungkook sengaja berhenti. "Apa apa!!??" Taehyung tak suka apabila cerita tergantung. "Dia cakap dia suka hyung!!!" jerit Jungkook. "Ehh kau mesti kenakan aku kan" kata Taehyung tidak percaya dengan cerita Jungkook itu. "Eh betul la hyung! Aku dengan janjinya ini bukan main-main" kata Jungkook. "Ayat tak boleh blah .. t-tapi betul je?" tanya Taehyung. "Betullll" kata Jungkook. Taehyung merasa hatinya berbunga. "Akhirnya usaha aku berjaya" kata Taehyung dalam hati dalam menutup muka kerana malu. "Hehe" ketawa Taehyung. "Ish malas lah tengok orang dilamun cinta ni jijik. Ok lah bye hyung nyampah kita tengok" kata Jungkook lalu keluar. Taehyung pula masih ketawa dan menendang-nendang kakinya.--------------------------------------------------------------------------------------
Author:
Hai sorry tak update semalam sebab terlalu mengantuk 😅 jadi ni jugak last saya update sebab minggu depan exam T^T 2 minggu pulak tu jadi sorry sangat. Ok bye dan terima kasih sudi baca >.< ❤

YOU ARE READING
Once I Met You (vrene)
Random(Bahasa Malaysia) Sinopsis : Jam menunjukkan pukul 12:30 tengah hari , Joohyun sedang menunggu seseorang. Tiba-tiba munculah seorang lelaki yang kacak dan bergaya. "Hi Bogum" sapa Joohyun sambil melemparkan senyuman manis kepada Bogum. Bogum h...