"Kalau macam tu Elly kami pergi dulu" kata Joohyun. "Hati-hati cik, tuan" kata Elly sambil menunduk kepalanya pada mereka berdua. "Nanti saya beli aiskrim untuk awak" kata Joohyun. "Saya noona?" tanya Taehyung. "Kau makan con dia je :)" kata Joohyun lalu keluar dari rumah. "Ih apa ni noona mana adil!" rungut Taehyung sambil mengikut Joohyun dari belakang. Elly hanya ketawa dengan gelagat mereka berdua. "Nampaknya Cik Joohyun lebih lain daripada perempuan yang Tuan pernah suka. Cik Joohyun baik, peramah pulak tu dia tak arah-arahkan aku. Lain sangat macam Mina tu" bisik Elly dalam hati. Dia ingat lagi yang Mina asyik arah-arah kan dia buat itu ini tanpa henti. Lepastu kalau dia tak puas hati atau marah dia akan menampar salah satu maid yang ada di rumah itu tak kiralah siapa, tapi tak ada orang berani bagitau kat Tuan sebab takut dipukul dengan lebih teruk. "Nasib Tuan dah pilih Cik Joohyun, memang pilihan yang bijak" bisik Elly lagi.
"Noona pakai kereta siapa?" tanya Taehyung tang sedang berdiri di sebelah Joohyun. "Um kereta .. akulah. Senanglah aku balik nanti" jawab Joohyun. "Okay. Saya bawak" kata Taehyung dan terus duduk di bahagian pemandu. "Okay, nah" Joohyun menyerahkan kunci keretanya pada Taehyung. Selepas Joohyun masuk ke dalam kereta, mereka berdua terus bergerak menuju ke market. "Noona, nanti kalau dah beli barang noona nak date kat mana?" tanya Taehyung. "Mm mana-mana" kata Joohyun. "Okay" balas Taehyung dan mereka berdua senyap lagi. Joohyun mengeluarkan telefonnya dan mendail nombor Jungkook. "Jungkook" panggil Joohyun apabila panggilannya diangkat. "Hmm" balas Jungkook. "Kau! Kau masih belum bangun lagi dari katil?!" tanya Joohyun marah. "Hmm sambung kat katil noona" kata Jungkook malas. "Ish kau ni pemalas betul lah. Buang sampah yang dah penuh kat dapur tu. Tu semua sampah kau sebab makan banyak sangat makanan ringan" bebel Joohyun. "Yaa nanti aku buang" kata Jungkook dan terus menamatkan panggilan mereka berdua. "Jung- . Eh bertuah punya budak terus letak" kata Joohyun marah. "Ehe" Taehyung hanya mendengar saja bebelan Joohyun dari tadi.
"Jungkook tu memang pemalas macam tu dari dulu eh?" tanya Taehyung pada Joohyun. "Tak. Dia dulu baik je, ikut je apa aku cakap. Tapi bila dah lama tak jumpa sampai sekarang perangai macam apa" bebel Joohyun. "Kau tau tak semalam dia lompat atas katil masa aku tengah sedap-sedap baring sampai aku melambung ke atas, jatuh atas katil! Sakit badan aku, dia tu makin nak kena ajar cukup-cukup. Kecik besar kecik besar je dia tu aku tengok. Hish sakit hati aku, bilalah dia nak keluar dari situ kata 2 minggu je" sambungnya lagi. "Hehe" Taehyung ketawa kecil mendengar bebelan Joohyun. "Kenapa kau ketawa?" tanya Joohyun. "Mm tak ada. Macam mana lah kan kalau saya duduk serumah dengan noona" kata Taehyung. "Kau .. pemalas ke tak?" tanya Joohyun. "Ikut masa" kata Taehyung. "Hee kalau macam tu selalu kena bebel la kau dari aku. Sebab kau ikut time. Tapi .. kau ada maid, memang biasa lah kau malas" kata Joohyun. "Kalau noona kahwin dengan saya, noona tak payah lah buat kerja lagi sebab ada maid" kata Taehyung. "Kau pasti aku akan kahwin dengan kau?" tanya Joohyun. "Saya akan lamar noona, kalau noona tak nak .. saya .." Taehyung tidak menyambung ayatnya. "Sedih?" tanya Joohyun. "Mestilah sedih, wanita yang saya suka tolak lamaran saya :(" kata Taehyung. "Hmm .. okay ..?" kata Joohyun.
Mereka berdua pun sampai. Joohyun pun berjalan mencari barang dapur seperti daging, ikan dan macam-macam lagi. "Tae!" panggil Joohyun. "Hm?" Taehyung memandang Joohyun. "E-ehhhhhh" Taehyung terkejut kerana Joohyun memegang anak sotong yang masih hidup di tangannya. "Apa ni noona!" marah Taehyung. Joohyun hanya ketawa dengan reaksi Taehyung tadi. Selepas membeli sotong, daging dan ikan, Joohyun pergi mencari sayur pula. Sedang Joohyun membeli sayur, Joohyun ternampak Taehyung memandang tembikai di hadapannya. "Tae" panggil Joohyun. "Hm?" Taehyung memandang Joohyun. "Kau nak?" tanya Joohyun. "Nak apa?" tanya Taehyung. "Tu" kata Joohyun sambil menunjuk tembikai yang ada di hadapan Taehyung. "Boleh ke?" tanya Taehyung. "Jadi kau nak lah ni?" tanya Joohyun. "Hehe" sengih Taehyung dan angguk. "Okay ambik la satu, aku nak bayar dah" arah Joohyun dan pergi ke arah pemilik kedai tersebut. "Okay" Taehyung pun membawa sebiji tembikai dan ikut belakang Joohyun.
YOU ARE READING
Once I Met You (vrene)
Random(Bahasa Malaysia) Sinopsis : Jam menunjukkan pukul 12:30 tengah hari , Joohyun sedang menunggu seseorang. Tiba-tiba munculah seorang lelaki yang kacak dan bergaya. "Hi Bogum" sapa Joohyun sambil melemparkan senyuman manis kepada Bogum. Bogum h...