Minggu Awal di Beijing

66 5 5
                                    

Sudah bermula cuti untuk hari kebangsaan negara China selama seminggu, maka begitu banyaklah perancangan yang sangat pantas bermain di mindaku ini. Alhamdulillah, dah masuk hari ke-21 di Beijing dan dalam 21 hari ini banyak juga kenangannya. 

Saat pertama kali menjejakkan kaki di bumi Beijing ini, saya ingat lagi muka-muka seniors yang menyambut ketibaan kami dengan hasanah sekali. Sampai di Beijing dalam pukul 12 pagi dan mendarat dengan selamat, alhamdulillah. Teruja yang amat sangat lah kata orang. Lagi-lagi orang kampung macam saya ni ha excited sangat naik kapal terbang. Hari esok dan lusanya kami ada orientasi di kedutaan Malaysia.

 Hari esok dan lusanya kami ada orientasi di kedutaan Malaysia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Bukan setakat belajar tentang kehidupan di Beijing serta bahasanya, saya pun masih belajar untuk menjadi seorang chef. Nak tak nak, kena nak juga memasak. Sedap tak sedap lain cerita. Oh lupa. Kami duduk dalam satu bangunan, namanya 六号楼 (liuhaolou). 

Macam mana kelas mandarin setakat ini? 

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Macam mana kelas mandarin setakat ini? 

Kalau dah nama belajar bahasa, mesti kena menghafal. Belajar benda lain pun mesti menghafal juga tapi spesifiknya bahasa ini, cara nak menghafal haruslah ada tekniknya. Bukan mudah nak menguasai sesuatu perkara. Pernah sekali dalam kelas, laoshi tak paham apa yang saya cakapkan, rupa-rupanya salah sebut intonasi. INTONASI. Ha, ini antara cabaran belajar Mandarin.

Makan minum sana cukup tak? 

Cukup sangat. Memasak sangat menjimatkan. Kalau makan luar pun, bolehlah nak cari kedai halal. Restoran halal pun ada dekat sini. 

Cerita Dari ChinaWhere stories live. Discover now