Alhamdulillah, 30 hari kita dapat menjalani ibadah puasa, cuma istimewanya (ceh!) saya berpeluang merasai pengalaman berpuasa di bumi Tembok Besar China. Alhamdulillah, alhamdulillah.
Terlampau banyak cerita semester ini, sebelum tibanya Ramadhan bertubi-tubi dihempap tangga, fuh! Banyaknya rintangan sampai rasa lemas, namun di saat hampir tenggelam, datang pertolongan Allah dari pelbagai arah, pelbagai cara.
Realitinya, kami pelajar yang belajar di negara orang, lagi-lagi negara China. Terlampau banyak perkara yang dulunya masih lagi boleh dipertahankan, namun kini terpaksa akur dengan undang-undang. Dengan sekuriti yang tinggi, segala tingkah laku mesti berhati-hati, kalau tidak, boleh jadi benda lain.
Kita acap kali mendengar cerita kalau students overseas boleh solat di merata-rata tempat tanpa rasa takut, namun bukan di bumi Tembok Besar ini. Apa yang paling penting ialah berhati-hati. Sudah terlampau banyak cerita yang kita dengar di mana-mana media sosial tentang negara ini, namun semua itu sangat sensitif di sini. Apa-apa pun, kami memegang gelaran seorang pelajar dan warga asing, perlu berhati-hati dalam setiap langkah yang kami lakukan, InshaAllah, one day everything will be okay.
Fuh, emosional!
Memang menggugah keimanan dan menguji kesabaran setiap daripada kita saat ditimpa ujian. Saya tulis bukan nak menakut-nakutkan atau dengan niat untuk memburukkan tapi sekadar perkongsian.
Ramadan 1440 H
Alhamdulillah, kita memang kena banyak bersyukur, bersyukur atas segala-galanya yang Allah dah bagi kepada kita. Serius, nikmat memang tak terhitung! Satu benda yang kita kena belajar ialah mensyukuri nikmat yang kita dah dapat; sama ada kita minta atau nikmat yang tak dijemput, eh!
Kadang, kita lupa untuk bersyukur. Tanda kita tak bersyukur ialah merungut. Senang sangat nak merungut, kadang sebab kita tak pernah rasa susah atau kita dah dalam comfort zone; bila diuji sikit kita cepat merungut dan rasa susah.
Nikmat yang datang tanpa diminta, contohnya macam air, udara, pokok tumbuhan. Selalunya nikmat yang datang tanpa diundang ni kita kurang sikit rasa nak hargai. Nikmat yang kita minta-minta, kita akan jaga dia elok-elok, hargai dia.
Kita berdoa untuk bertemu dengan Ramadhan, kita mesti hargai kedatangannya, jaga amal ibadah kita, perbaiki akhlak. Allah bagi peluang dalam bulan yang mulia ini untuk beramal ibadah yang sebaiknya, bukti kepada-Nya kita ialah hamba.
30 hari, hari ini hari terakhir Ramadan tahun ini, basically cerita tahun ini tak jauh beza dengan tahun-tahun lepas. Kalau sebelum ini tarawih di masjid, tahun ni kebanyakannya tarawih di rumah saja bersama ahli Anfal yang lain. Oh ya, semester kali ni kami dapat seorang housemate baru dari Perancis, namanya Sarah. Ya, Sarah seorang muslim, berasal dari Morocco, menetap di Nice, Perancis.
Semester kali ini banyak kali pulak tak terbangun sahur, الله اكبر, lebih 3 kali juga. Bangun bangun matahari dah nak terbit, الله اكبر, tengok tengok jam dah pukul 4:30 pagi. Fuh!
Mungkin sejak kebelakangan ni saya rasa agak tertekan, itu ini sana sini, homesick dia lain macam, ibarat malam ni kalau lah benar-benar kaya, nak je terbang ke Malaysia, duduk dekat kampung dengan family, sedara-mara berkumpul, makan ketupat, lemang, rendang :') Haih tapi perjuangan harus diteruskan. Masih berbaki 2 minggu saja lagi kelas, kemudian 2 minggu peperiksaan dan akhirnya bisa pulang ke Malaysia, InshaAllah. Fuh, tiba-tiba naik sem depan dah final year, eh!
Syawal 1440 H
Dah mula rasa aura Aidil Fitri, Alhamdulillah, esok dah raya! Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslim, salam sayang, salam perantauan daripada kami di Beijing.
Walaupun esok ialah hari raya pertama tapi kelas masih on seperti biasa. 8 pagi sampai 3 petang. InshaAllah, esok solat sunat raya akan bermula pukul 6:50 pagi di Liuhaolou (kediaman pelajar Malaysia).
Fuh! Lepas solat isyak tadi, dengar takbir dekat YouTube, dengar lagu raya, الله اكبر, sendunya. Benar-benar beraya di perantauan ya.
Cumanya tadi lepas berbuka, housemate pesan, "Aidilfitri ni jangan pula kita jadikan pesta menyambut perlepesan syaitan." Phew, deep benor ye awok. Betullah tu, amal-amal baik yang kita cuba buat dalam Ramadan perlu diteruskan sehinggalah menjadi hasil buah yang bermanfaat.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI