Henan 2015

26 5 1
                                        

Soalan; "Adakah kita ini musafir; dari 六号楼 (liuhaolou) ke sekolah?"

Jawapan; "Ya, musafir menuntut ilmu."

Bila mana aku ke China dengan perasaan teruja, belajar semata; sebenarnya persediaan itu belum berapa nak cukup

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Bila mana aku ke China dengan perasaan teruja, belajar semata; sebenarnya persediaan itu belum berapa nak cukup. Perkongsian, demi perkongsian; tazkirah, usrah, hati pun nak makan; "makanan luar biasa".  Ada benda lain yang perlu ditanam dalam-dalam, biar kita dapat memaknai banyak perkara.

I was in a situation like, "Weh. Apsal kau nampak macam enjoy je belajar? Tak susah pun. Memang lah kan, belajar bahasa Mandarin je, kan? Tak susah macam benda lain. Satu subjek je. Tung laaa~"

Mencabar jugak pernyataan tersebut. Kita doa banyak-banyak biar Allah permudahkan perjalanan kita, sepanjang musafir di jalan menuntut ilmu ini. Belajarlah apa-apa pun, semua itu merupakan proses pembelajaran sepanjang hayat. Sampailah mati nanti. Ibaratnya kita belajar Bahasa Arab, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris; mudahkah? Dengan segala nahu, balaghah, masdarnya, terus dapat A+ dalam SPM? Ya? Begitu mudah? Kalau mudah, baguslah untuk anda tapi bagi aku, ia merupakan satu perjalanan yang panjang.

Nak katanya, bukan mudah ye kita nak belajar, walaupun belajar bahasa saja. Jangan membanding beza benda-benda yang kita belajar dengan orang lain belajar. Ilmu itu berbagai-bagai. Banggalah dulu kita pernah jadi 'saintis', kita pernah jadi 'akauntan', pernah juga jadi 'peguam syariah', pernah juga jadi 'pakar sejarah'. 

Sebab Allah kata kita mampu menghadapi segala benda yang Dia bagi, jadi; dengan kata mudahnya setiap perkara yang kita lalui semua berbeza dan ada cara untuk kita hadapi. Betul? Benda yang kita belajar sekarang mungkin susah, mungkin mereka tatkala ini masih senang lagi. Habis mukadimah, nak masuk cerita dah. Sebenarnya nak tulis pasal university trip ke Henan. 


HENAN

Henan (河南; pinyin: Hénán), ialah sebuah wilayah di China yang terletak di bahagian tengah negara. Nama Henan bermaksud "selatan Sungai Kuning" (Huang He).

Dengan jumlah penduduk menghampiri 100 juta orang, Henan ialah wilayah China yang paling ramai penduduknya. Henan bersempadan dengan Hebei di utara, Shandong di timur laut, Anhui di tenggara, Hubei di selatan, Shaanxi di barat, dan Shanxi di barat laut.

Henan juga kerap dipanggil Zhongyuan ( 中原 zhōngyuán) atau Zhongzhou ( 中州 zhōngzhōu), yang bermaksud "dataran tengah" atau "pusat negeri"; nama ini juga digunakan untuk menyebut seluruh Dataran China Utara. Henan dianggap sebagai tempat lahir tamadun China.

Sumber: Wikipedia


Day 1:

Bangun seawal pukul 4 pagi, siap-siap, turun. Nak keluar 六号楼 (liuhaolou) pintu masih tertutup! Fuhhh debor, siap ketuk-ketuk pintu jerit "Fuwuyuan! Fuwuyuan!", 5.30 baru dibuka. Fuhhh debor lagi, jalan ke seberang pulak dah nampak dah 老师 (laoshi), sedia menunggu. 

Cerita Dari ChinaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang