Budaya Memberi Hadiah Orang China

1 0 0
                                    

Siapa tidak suka menerima hadiah, bukan? Apa sahaja hadiah yang kita dapat pasti membuahkan senyuman di bibir. Namun begitu, tahukah anda, dalam budaya orang Cina, kita tidak boleh sesuka hati memberi hadiah kepada mereka. Terdapat pantang larang yang perlu dipatuhi, tanda kita hormat akan budaya mereka. Barang-barang di bawah merupakan barang yang dilarang untuk diberikan kepada rakan-rakan kita yang berbangsa Cina:

1. Bunga Kekwa : Sering digunakan untuk memperingati si mati. 

2. Gunting, pedang  : Ibarat memutuskan hubungan antara dua belah pihak 

3. Cermin : Cermin merupakan suatu benda yang rapuh, boleh meretakkan hubungan antara kedua-dua belah pihak.

4. Jam : Dalam bahasa Mandarin, jam tangan ialah 钟表(zhōngbiǎo)。种 (zhōng) dan  终 (zhōng),  sebutan kedua-dua karakter ini sama iaitu zhōng. 终 pula bermaksud pengakhiran. Mereka menganggap dengan memberikan jam tangan ibarat mengharapkan seseorang untuk mati.

5. Kasut : Dalam bahasa Mandarin, kasut ialah 鞋 (xié). Manakala karakter 邪 (xié) ini juga mempunyai sebutan yang sama dengan karakter 鞋 (xié). Karakter 邪 (xié) bermaksud jahat. Jadi, dengan memberikan kasut ibarat menghantar semangat jahat kepada penerima hadiah, juga menyebabkan hubungan penerima dan pemberi hadiah semakin menjauh.

6. Payung : dalam bahasa Mandarin, payung ialah 伞 = 散。Kedua-dua karakter ini juga mempunyai sebutan yang sama. 散 bermaksud .... , dengan memberikan payung ibarat kelak perpisahan akan terjadi pada masa akan datang. 

7. Buah pear dan buah mempelam : Dalam bahasa Mandarin, buah pear ialah 梨 (lí), manakala buah mempelam pula ialah 李子 (lǐzǐ). Kedua-dua karakter ini mempunyai cara sebutan yang sama iaitu li. Memberi kedua-dua buah buah ini bermakna bahaya perpisahan pada masa depan!

8. Lilin : Lilin digunakan untuk mengorbankan orang. Jadi, mereka tidak boleh diberikan sebagai hadiah.

9. Anak patung :  Menarik kedatangan roh jahat ke rumah serta boleh membawa kebimbangan kepada keluarga.

10. Tidak boleh memberi orang-orang batu yang tidak dikenali dan barang-barang antik: Batu-batu dan barangan antik adalah perkara-perkara yang mudah untuk menarik roh-roh jahat untuk melekat pada mereka. Ada yang kelihatan seperti batu hiasan dan barang-barang antik yang berharga tetapi mereka boleh menarik roh-roh jahat dan membawa malang.

11. Dompet : Menghantar dompet biasanya bermaksud anda memberikan "wang bank" anda kepada orang lain. Jadi, ia boleh menyebabkan anda bankrup!

Menarik bukan budaya memberi hadiah dalam kalangan orang China? Jadi, kita tidak boleh sewenang-wenangnya memberikan hadiah kepada mereka. Perlu tahu benda yang kita boleh beri serta benda yang kita tidak boleh berikan.


Cerita Dari ChinaWhere stories live. Discover now