Trip semester 3 kali ini, my batch bersama-sama dengan batch second year telah pergi ke sebuah tempat yang bernama Chengde. Chengde terletak di provinsi Hebei. Perjalanan dari Beijing ke Chengde dengan menggunakan lebuh raya Jincheng hanya mengambil masa tiga jam dengan menaiki bas.
Oh ya, Chengde terletak di northeast Beijing. Chengde bukanlah bandar besar seperti Beijing. Apa yang saya nampak, Chengde merupakan sebuah bandar yang sedang membangun. Terdapat banyak pembangunan perumahan, pejabat yang ligat dibina di kiri dan kanan jalan raya. Jalan raya di Chengde juga mengalami penambahbaikan.
Apa yang menariknya Chengde? Apa yang kami dapat sepanjang uni trip ini? Okay, let me tell you a not so long story.
Day 1:
Macam biasa, kami harus berkumpul di pintu gerbang kampus sebelah timur pada pukul 7:30 pagi. Dalam pukul 8 pagi, kami memulakan perjalanan menuju ke Chengde. Sepatutnya 7:45 pagi sudah bergerak, tapi ada sebuah bas mengalami kesesakan lalu lintas, jadi perjalanan kami dah lewat 15 minit. Pejam, celik, pejam, celik, eh dah sampai pun di Chengde!
The Great Wall of Jinshanling
Masuk saja kawasan Chengde, kami boleh nampak The Great Wall of Jinshanling dari kejauhan. Aktiviti kami pada hari pertama ialah mendaki sehingga ke puncak The Great Wall of Jinshanling. Sebenarnya sis agak nervous sebab dah lama sangat tak mendaki gunung ni. Sangat nervous.
Kami lunch dulu, check-in hotel dan terus bergerak ke kawasan Tembok Besar Jinshanling. Dalam tengah hari jugak lah kami sampai di kawasan tersebut. Alhamdulillah, sampai je dekat sana, sejuk sikit hati sebab ketinggian gunung Tembok Besar Jinshanling ni tak boleh lawan dengan ketinggian Tembok Besar Mutianyu. Fuh, ingat lagi first time mendaki beribu anak tangga gunung di Mutianyu dulu memang super duper exhausted! Kali ini rasa lega sikitlah.
Tour guide jalan punyalah laju, memang mengah jugalah nak kejar. Jalan, jalan, jalan, jalan, akhirnya! Alhamdulillah, sampai sudah di atas Great Wall. Hari pertama ni langit tak membiru, awan putih pun tak sampai di atas kepala. Awan kelabu saja, angin memang sejuk.
Berdiri di atas Tembok Besar Jinshanling, melihat pemandangan hijau kekuningan di kiri dan kanan, menghirup udara nyaman dan sejuk; hilang sekejap rasa penat mendaki tadi. Anak-anak tangga di tembok besar ini agak curam dan licin, jadi kena berhati-hati. Yang paling best, di atas Tembok Besar Jinshanling hari ini, kebanyakannya ialah pelajar Malaysia sahaja. Pelancong luar ada lah tak sampai sepuluh orang. Kalau tak, selalunya memang penuh dengan Chinese saja.
Melihat satu keajaiban dunia ini cukup mengagumkan. Binaan yang kukuh sejak beribu tahun dulu ini tetap berdiri kukuh sebagai binaan bersejarah. Menurut orang-orang Cina di sini, ada beberapa kisah yang sangat famous tentang Tembok Besar Jinshanling ini, tapi aku sendiri sebenarnya tak berapa jelas sangat. Setelah puas berjalan menyelusuri Tembok Besar ini, dalam 4:30 petang kami turun semula ke kaki gunung Tembok Besar Jinshanling untuk perjalanan pulang ke hotel.
Oh ye, pokok-pokok di kaki gunung dah mula kekuningan. Ada lah modal nak buat bergambar ala-ala autumn haaa tapi bukan kesemua pokok. Sekelompok dua saja
Day 2:Dah puas berehat semalaman, kami teruskan pula untuk hari kedua. Destinasi pertama kami ke 滦平职教中心 (Luanping zhijiao zhongxin). Destinasi kami ini merupakan sebuah 高中(gao zhong - senior high school). Tujuan kami ke sekolah ini untuk 文化体验 (wenhua tiyan - experience culture). Di sini kami sedikit sebanyak dapat belajar ilmu baru, jumpa kawan baru, dapat lihat suasana sekolah di sini dan dapat mempraktikkan bahasa Mandarin kami.