chapter one🌸

73 5 6
                                    


Angin pantai yang mendayu-dayu menerpa wajah mulus Awfiyah yang gebu itu.sudah 3 hari dia bercuti di Pulau Langkawi dan menetap di rumah tepi pantai.Awfiyah bercuti bersama rakan-rakan sekerja dengannya.Pihak syarikat tempat kerjanya telah mengadakan majlis makan malam secara besar-besaran di Pulau Langkawi sebagai tanda menyambut hari pertubuhan syarikat tersebut.
Awfiyah memperbetulkan tudung bawal yang dipakainya kerana angin di pantai itu terlalu kuat menyapa wajahnya.Dia melihat jam di tangan sudah menunjukkan jam 10.00 malam,tepat dengan waktu tidurnya.Awfiyah berlalu pergi untuk masuk ke dalam chalet yang ditempah khas oleh pihak syarikatnya untuk pekerja yang menghadiri majlis makan malam itu.

"Hawa,aku nak masuk tidur dulu tau.Dah lewat ni.Mata aku tak tahan mengantuk." Ujar Awfiyah kepada rakannya,Hawa.

"Okay lah princesses Awfiyah,kau tu memang selalu sangat tidur awal.Majlis pun tak habis lagi dah nak tidur." balas Hawa sambil menjelirkan lidah kepada Awfiyah.

Awfiyah geram dengan cara Hawa mengejeknya lalu dicubit pipi rakannya itu.Terjerit kesakitan Hawa sehingga menarik perhatian beberapa orang pekerja yang sedang menikmati makanan yang berada berdekatan dengan Awfiyah dan Hawa.
Awfiyah dan Hawa hanya ketawa apabila perasan beberapa pasang mata sedang memandang mereka.

"Okaylah aku masuk chalet dulu,bye2." Ujar Awfiyah dan berlalu pergi.Setibanya di depan pintu chalet,Awfiyah mengambil kunci daripada beg sandangnya dan hendak membuka pintu chalet tersebut,kemudian ada sesuatu melintasi tepi chaletnya,begitu laju dan tidak sempat dipandang oleh Awfiyah.

Awfiyah kaku sebentar.Dia berasa hairan benda apakah yang lalu di sebelah chaletnya sebentar tadi.

Setelah pintu chalet dibuka Awfiyah menekan punat lampu utama chalet itu dan cahaya terpancar terang di bahagian ruang tamu chalet yang didiami Awfiyah dan rakannya itu.
Awfiyah melabuhkan pinggulnya di atas sofa yang tersedia di bahagian ruang tamu itu.Terasa keletihannya terubat apabila dia duduk di sofa itu.Tiba-tiba ada sesuatu benda jatuh dan berderai di bahagian dapur chaletnya.Awfiyah terkejut,dia bangun dan segera untuk ke dapur untuk melihat bunyi bising itu.

Awfiyah melangkah perlahan-lahan menuju ke dapur.Di tangannya tersedia payung kerana dia risau jika bunyi tersebut daripada pencuri yang masuk ke dalam chalet tersebut.

Dengan langkah yang perlahan,Awfiyah menekan punat lampu dapur dan tiba-tiba kelihatan seekor kucing berwarna hitam bermata hijau sedang lahap memakan sisa makanan dari tong sampah.
Awfiyah menghembus nafas lega.

"Ingatkan apa tadi,rupa-rupanya kucing." Detik hati Awfiyah.

"Kamu lapar ya Si Hitam?Lain kali kalau nak makan jangan la serbu masuk macam tu saja,terkejut saya tau tak." Awfiyah bercakap dengan kucing hitam itu sambil mengusap kepalanya.Kucing itu melentokkan kepalanya.seronok dimanja oleh Awfiyah.

"Assalamualaikum." Hawa memberi salam.

"Wa'alaikumusalam,awalnya kau balik,Hawa?Dah habis berparty ke?" soal Awfiyah kepada rakannya.

"Ye la,malas nak tunggu lama-lama dekat majlis tu.Tu yang aku blah awal ni." balas Hawa.

"Elehh ye la tu,ke kau takut duk sorang2.tak ada teman pulak kan.mesti kekok kan?" Herdik Awfiyah kepada Hawa sambil ketawa kecil.Hawa mencubit lengan rakannya itu.

"Aww sakit lah." Terjerit Awfiyah apabila kena serangan cubitan Hawa.

"Padan muka.Dah la,aku nak masuk bilik nak rehat.Eh ni kucing siapa pulak yang kau angkut masuk dalam chalet ni?" Hawa menyoal Awfiyah sambil menunding jari ke arah kucing tersebut.

"Kucing ni bukan aku yang ambil,dia masuk sendiri dari tingkap dapur tu.Dia lapar,kau x nampak apa dia sepahkan ni?" Balas Awfiyah.Hawa hanya mengangguk kepala dan kemudiannya dia berlalu ke bilik tidur.Tinggal lah Awfiyah dengan kucing hitam itu.Dia menemani kucing hitam itu makan.
Sesudah kucing itu makan,kucing itu menuju ke pintu dapur dan menggesel-gesel badannya di pintu dapur itu tanda dia mahu keluar dari situ.Awfiyah membuka pintu dan melepaskannya.Setelah kucing itu keluar dan berada di atas jalan belakang chalet itu kucing hitam itu tiba-tiba membunyikan suaranya seperti sedang marah ke satu arah yang sangat gelap.Awfiyah melihat ke arah tersebut dan terasa angin yang kuat membidas tubuh Awfiyah sehingga dia terjatuh.Awfiyah terkejut dengan segera dia menutup pintu dan berlari ke bilik.Terus dia berselubung dalam selimut.Lampu di ruang tamu dibiarkan terbuka begitu saja.

Keesokkan harinya

"Wehh Awfiyah kenapa semalam kau tak tutup lampu hah?!" jerkah Hawa kepada Awfiyah.
Awfiyah seperti orang kebingungan.Dia baru bangun dari tidur.Awfiyah melihat jam di dinding menunjukkan pukul 7.50 pagi.
Dia berjalan menuju ke sofa dan duduk di tepi Hawa.Awfiyah melentokkan kepalanya di bahu Hawa.

"Hawa,aku nak tanya kau sesuatu ni." Ujarnya perlahan.Hawa melihat Awfiyah,perangainya "agak" pelik sedikit.

"Hmm tanya lah,apa dia?" balas Hawa acuh tak acuh.

"Kau tak rasa sesuatu yang pelik ke tentang chalet ni?" Soal Awfiyah

"Perkara pelik?Macam mana tu?" Hawa pula berasa hairan dengan sikap sahabatnya itu.
Tetapi malangnya Awfiyah hanya mendiamkan diri nya sahaja.

"Awfiyah,cuba kau ceritakan apa yang pelik tentang chalet ni?"Hawa menepuk bahu Awfiyah.Dia terkejut dan segala khayalan dia lenyap akibat tepukan 'pedas' Hawa di bahunya.

" Umm aku tak tahu tapi chalet ni memang ada benda yang pelik."Balas Awfiyah.
"Kau nak dengar cerita tak pasal chalet ni?" soal Hawa.

"Cerita?Cerita apa?kau dapat dari mana cerita pasal chalet ni?Awfiyah membalas dengan menyoal kembali kepada Hawa.

" Aku dapat cerita pasal chalet ni dari cleaner chalet ni la.Kau tahu tak rumah kosong tepi chalet kita ni kan,dulu pernah jadi kes ngeri."Hawa bercerita.

"Kes ngeri apa?cuba kau cerita sampai habis."jawab Awfiyah.Dia seperti tidak sabar untuk dengar cerita tersebut.

" Macam ni ceritanya,dulu dekat rumah kosong tu,pernah ada 3 sahabat ni check in rumah tu.ketiga-tiga sahabat tu semuanya anak gadis lagi la.nak di jadikan cerita,satu malam,salah seorang sahabat diorang tu ternampak satu lembaga dalam sebuah bilik yg ada dalam rumah tu.Keesokannya,gadis yg nampak lembaga tu ditemui mati dalam keadaan ngeri oleh 2 lagi sahabat dia.cara kematian dia sadis sangat.Perut dia bagaikan ditusuk berkali dengan pisau,tangan dan kaki dia dipotong pisah dari badan dan sebelah mata dia hilang.Polis yang datang siasat pun tak jumpa bukti dan punca kematian gadis tu.Lepas kejadian tu juga la rumah tu dikunci dan tidak dibenarkan sesiapa pun memasukinya sampai la ke hari ini.Haa macam tu la ceritanya."Hawa menghabiskan ceritanya dengan memakan biskut yang tersedia di atas meja di depannya.Awfiyah termenung panjang semula.

"Habis,benda apa yang jadi pada aku semalam?" ujar hati kecil Awfiyah.Dia menghela nafas panjang.Hawa memerhati gelagat rakannya itu.

"Awfiyah," panggil Hawa.

"Ya," Sahut Awfiyah.

"Kau okay?" tanya Hawa kepada rakannya.Awfiyah cuma menghadiahkan senyuman panjang kepada Hawa dan dia berlalu pergi dari ruang tamu untuk membersihkan dirinya.

Setelah selesai mandi,Awfiyah menjeguk kepalanya ke luar pintu dapur.Dia melihat ke satu sudut yang terdapat rumah kosong tersebut.Ingatannya kembali mengingati kejadian di malam hari selepas dia mengeluarkan kucing hitam tersebut.

Tiba-tiba Awfiyah terlihat satu kelibat bayang di rumah kosong itu.Cepat-cepat dia menutup pintu dan berlari ke ruang tamu dan memeluk Hawa.
Hawa yang sedang minum air milo nya tersedak berkali-kali akibat terpaan Awfiyah yang secara mengejut itu.

"Kau kenapa Awfiyah?" Soal Hawa sambil membalas pelukan rakannya itu.
Manakala Awfiyah cuma memejamkan matanya dengan rapat dan memeluk erat tubuh Hawa tanpa sebarang kata atau bicara.

<TO BE CONTINUE>

(SHORTSTORY) The House *Completed*Where stories live. Discover now