chapter eight 🌸

26 4 2
                                    

Zakry meneruskan pencariannya untuk menjumpai Hawa sekali lagi.Sewaktu dia melintasi kelas-kelas tingkatan 3 dia terdengar satu suara tangisan perempuan di kelas 3 Amanah,kelas no 1.Zakry mendekati pintu kelas itu dan dia menghembuskan nafas lega apabila melihat Hawa berada di dalam kelas itu.Terus Zakry memasuki kelas itu.Waktu itu waktu rehat,jadi ia memudahkan Zakry untuk berjumpa dengan Hawa.

Hawa yang sedang menelekupkan mukanya di atas meja sambil menangis tidak perasan akan kehadiran Zakry.Tiba-tiba dia berasa ada seseorang menarik kerusi dan duduk di depannya.Hawa mengangkat wajahnya dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat Zakry atau remaja lelaki yang menyepak bola dan mengenai kepalanya itu sudah berada di depan matanya.

"Kenapa perlu menangis?" ujar Zakry sambil menghulurkan air kotak dan roti coklat kepada Hawa.

"Makanlah." sambungnya lagi dan Hawa mengambil makanan itu.

"Nama saya Muhammad Adam Zakry,panggil saja Zakry." Zakry memperkenalkan dirinya.

"Nama saya Nur Hawa Maisara,panggil saya Hawa,dan....terima kasih untuk makanan ni." balas Hawa sambil menunjukkan makanan itu,Zakry tersenyum.

"Hawa." panggil Zakry,Hawa melihat Zakry.

"Salam perkenalan ya." ujar Zakry sambil menghadiahkan sebuah senyuman manis buat Hawa.

Hawa memandangnya penuh teruja kerana sebelum ini belum pernah ada seorang pun pelajar yang ingin berkawan dengannya.

Sejak hari itu Zakry dan Hawa menjadi sahabat yang akrab sehingga ada mulut-mulut nakal yang mengelar mereka ibarat bagaikan merpati dua sejoli.Tetapi mereka hanya menghiraukan kata-kata orang itu dan terus menjadi sahabat baik.Disebabkan persahabatan erat mereka,Zakry sudah mengetahui sebab kenapa Hawa kelihatan selekeh semasa di sekolah.Hawa seorang anak orang miskin.Bapanya seorang penoreh getah dan ibunya suri rumah.Hawa mempunyai 7 orang adik beradik dan dia anak kelima dari 7 beradik itu.Sejak dari perkenalan itu juga Zakry dan keluarganya banyak memberi bantuan kepada keluarga Hawa akan tetapi pada suatu hari.

"Hawa,saya minta maaf.Saya dan keluarga saya terpaksa berpindah ke luar negara atas urusan kerja papa saya.Hawa,awak jaga diri baik-baik ya.Sentiasa doakan semoga kita dapat berjumpa lagi suatu hari nanti."Zakry menghantar sepucuk surat kepada Hawa.Air mata Hawa menitis lagi kerana berjauhan dari sahabat baiknya.

4 tahun kemudian,

Kejayaan Hawa dalam SPM membawanya ke menara gading,Hawa memohon untuk bekerja di sebuah syarikat korporat di Langkawi dan permohonannya diterima.Hawa berasa amat gembira dan berasa amat beruntung kerana dipilih bekerja di syarikat itu dan staf-staf syarikat itu juga baik-baik belaka termasuk pengurus syarikat itu sendiri iaitu Encik Taufiq.Dan Dari pekerjaannya di syarikat itu lah dia mula mengenali Awfiyah.Sahabat kedua dalam hidupnya untuk dia berkongsi perasaan suka dan duka.Pada suatu hari,salah seorang staf yang dikatakan juga berkhidmat untuk syarikat itu dan memegang jawatan CEO syarikat itu pulang dari tugasan kerjanya di luar negara dan kembali berada di dalam syarikat itu.Semasa jamuan sambutan kepulangan CEO ke syarikat itu diadakan,Hawa sibuk mencari-cari makanan yang sedia ada di situ,Hawa kelihatan seperti orang yang kebulur kerana dia tidak makan sehari suntuk dan apabila ada jamuan seperti itu,baginya itu lah peluangnya untuk lepas gian terhadap makanan-makanan mewah yang sedia ada.

Kelakuannya iti ditertawakan oleh Awfiyah.Sedang sibuk Hawa mencari makan bahunya berlaga dengan bahu seorang lelaki.Mereka sama-sama mengaduh kesakitan akan tetapi Hawa dengan segera membongkokkan badanya dan meminta maaf,ala-ala orang jepun menghormati orang gitu.

"Hawa." panggil lelaki itu,dan Hawa mengangkat wajahnya.

Alangkah terkejutnya dia apabila melihat Zakry sedang berada di depan matanya dan memegang gelaran CEO syarikat tersebut.Zakry memandang Hawa dari atas hingga ke bawah.Penampilannya yang selekeh suatu ketika dahulu sudah berubah sekarang.Wajahnya semakin cantik walaupun tanpa secalit make up,kulitnya yang putih kemerah-merahan bertambah merah apabila melihat pandangan Zakry kepadanya sehingga tidak berkelip mata.Apatah lagi pada hari itu Hawa mengenakan jubah labuh berlabuci di bahagian tangan berwarna hijau muda serta bertudung berwarna putih dan bercorak bunga-bunga kecil.Penampilannya sudah banyak berubah akan tetapi Zakry ketawa kecil apabila memandang bahagian tepi mulutnya yang agak comot kerana memakan sate daging ayam itu.Zakry mengambil tisu dan mengelap tepi mulut Hawa.

"Selamat bertemu kembali..............sayang......." kata-kata Zakry membuat hati Hawa hampir meletup akibat degupan yang kuat.

Sejak dari hari itu,hubungan mereka kembali bertaut rapat semula akan tetapi diikat dengan hubungan istimewa dari Zakry kepada Hawa iaitu ikatan pertunangan.Kehadiran Zakry yang menyandang pangkat CEO dalam syarikat itu kerana statusnya sebagai adik lelaki kepada Encik Taufiq rupanya.

👻👻👻

"Hawa." panggil Zakry,tetapi Hawa sudah melentokkan kepalanya di bahu Zakry dan tertidur akibat keletihan demi menjaga sahabat baiknya,Awfiyah walaupun pada malamnya sebenarnya Encik Taufiq yang menjaga Awfiyah akan tetapi orang yang banyak memikirkan keadaan Awfiyah adalah Hawa.

"Tidurlah sayang.Tidurlah dengan nyenyak.Sesungguhnya awak sanggup berkorbankan masa dan seluruh tenaga awak demi orang yang awak sayangi.Tidurlah,rehatlah sayang." ujar Zakry dengan nada yang perlahan.

👻👻👻

"Awfiyah,saya tahu yang awak dah lalui semuanya waktu awak berada dalam rumah tu.Saya tahu apa yang awak nampak dan apa yang jadi semasa awak dalam rumah tu.Sekarang ni saya cuma minta awak beri saya kerjasama untuk tenangkan " makhluk" tu saja."ujar Encik Taufiq,kata-katanya menyentak tangkai hati Awfiyah.Awfiyah memandang Encik Taufiq sambil melepaskan keluhan berat.

"Jadi,Encik Taufiq dah tahu kesemuanya?" soal Awfiyah semula.

"Tak kesemuanya,cuma......." kata-kata Encik Taufiq berhenti di situ.

"Cuma apa Encik Taufiq?" soal Awfiyah lagi.

"Cuma,saya baru dapat isyarat dari " benda" tu.Dia seumpama meminta pertolongan dari saya tetapi dalam masa yang sama,saya juga perlukan bantuan dari awak,Awfiyah."beritahu Encik Taufiq.Awfiyah terdiam.Encik Taufiq merapatkan dirinya kepada Awfiyah dan berbisik.

"Awfiyah,sebagaimana awak nak sihat semacam tu juga lah makhluk itu hendak,dia cuma mahu kita tenangkam dirinya semula.Mesti ada sesuatu di dalam rumah itu yang kita tak tahu tapi kita perlu siasat selebihnya." ujar Encik Taufiq.Awfiyah memandang lama Encik Taufiq.beberapa minit kemudian,Awfiyah mengangguk setuju dengan keputusan Encik Taufiq itu.Encik Taufiq melepaskan nafas lega.Ada benarnya juga kata-kata Encik Taufiq itu,selama ini makhluk itu cuba "menderanya" kerana dia inginkan pertolongan juga dan sesuatu yang musykil juga kerana sewaktu Awfiyah berada dalam bilik kosong itu,makhluk itu asyik menunding jari ke arah almari kosong itu.

"Mesti ada sesuatu dalam almari itu." detik hati Awfiyah.

<TO BE CONTINUE>

(SHORTSTORY) The House *Completed*Where stories live. Discover now