Bunyi pecahan kaca di bahagian dapur chalet itu menyebab kan Encik Taufiq,Hawa dan Awfiyah terkejut.Encik Taufiq mencapai payung yang digantung di dinding rumah itu dan menuju ke arah dapur dengan perlahan-lahan."Encik Taufiq." panggil Awfiyah.Encik Taufiq menoleh ke belakang dan melihat Awfiyah sambil membuat isyarat supaya Awfiyah diam.Kemudian dia meneruskan langkah yang perlahan menuju ke dapur.Apabila tiba di dapur Encik Taufiq agak terkejut melihat keadaan dapur yang bersepah.
Pinggan plastik,cawan,tong sampah,sudu,garfu semuanya sudah terjatuh ke atas lantai dan berselerak di merata tempat."Hawa,Awfiyah mari sini sekejap." Encik Taufiq memanggil Hawa dan Awfiyah.
Mereka hanya menurut perintah dan apabila mereka tiba di dapur mereka juga menunjukkan reaksi yang sama seperti Encik Taufiq.Mereka terkejut apabila melihat keadaan dapur tu.
"Ja..ja..jadi tak salah la kan yang..yang rumah ni...ada..something yang tak kena." ujar Awfiyah terketar-ketar.Hawa dan Encik Taufiq cuba mengemas kembali barangan dapur yang bersepah itu.Awfiyah juga mahu membantu tetapi ditegah oleh Encik Taufiq agar berehat kerana keadaan Kesihatan Awfiyah masih belum stabil.
Awfiyah mengorak langkah untuk ke ruang tamu tetapi ada satu bayangan hitam yang berlari di depannya.Awfiyah kaku dan terkejut.
Kemudian Awfiyah berjalan perlahan-lahan untuk ke ruang tamu.Di dapur pula,barangan yang berselerak tadi sudah dikemaskan oleh Encik Taufiq dan Hawa.
"Fuhh,dah kemas pun." ujar Hawa sambil mengesat peluh yang ada di dahinya.
Encik Taufiq masih lagi termenung dan seperti berfikir sesuatu."Encik Taufiq,are you okey?" Hawa menyoal Encik Taufiq tetapi Encik Taufiq cuma tersenyum manis sambil mengangguk kepalanya.
"Jom kita ke depan,risau pula biarkan Awfiyah keseorangan." ujar Encik Taufiq dan Hawa hanya mengikuti sahaja dari belakang.
Apabila mereka tiba di ruang tamu,Awfiyah tidak kelihatan di situ.
"Hawa,Awfiyah pergi mana?" soal Encik Taufiq cemas.Hawa juga terkejut melihat ketiadaan Awfiyah di ruang tamu.Kemudian mereka bergegas mencari Awfiyah di dalam chalet itu,malangnya Awfiyah sudah tiada dalam rumah itu.Hawa cemas,Encik Taufiq cuba menenangkannya.Encik Taufiq memandang jam di dinding sudah menunjukkan pukul 6:55 petang.
"Dah nak maghrib,ke mana Awfiyah pergi ni?Hawa,mari ikut saya.Kita minta bantuan pekerja lain mencari Awfiyah." Encik Taufiq mengajak Hawa mencari Awfiyah dan Hawa hanya mengangguk kan kepalanya.Mereka pun keluar dari chalet itu.
"Ya Allah,bantu lah aku mencari rakan ku." Detik hati Hawa dan setitis air mata jatuh jua akhirnya kerana kerisauan yang melampau di dalam hati Hawa.
👻👻👻
"Okay semua,kumpulan satu Amin,Daud,Syukri dan Zul,kamu cari Awfiyah belah sana dekat dengan pondok keselamatan,kumpulan dua Aishah,Karmila,Siti dan Joe cari Awfiyah belah kedai2 makan dekat sana tu dan Hawa,Zakry,Imanina dan saya akan cari belah rumah kosong dekat sana tu.Yang lain boleh cari berdekatan dengan chalet ni.Faham?" Encik Taufiq memberi arahan kepada pekerjanya.
"Baik,Encik." Balas mereka serentak.
"Okay kita akan berkumpul di sini semula hanya untuk solat ishak dan lepas tu kita akan cari Awfiyah semula sampai pukul 12 tengah malam sahaja.Kamu boleh mulakan pencarian sekarang." Arah Encik Taufiq lagi dan mereka hanya membalas dengan mengangguk kepala sahaja.👻👻👻
"Cik...Cik...Cik hendak ke mana?Hari sudah mahu malam." seorang pekebun menegur Awfiyah yang sedang berjalan menuju ke rumah kosong di tepi chaletnya.Tanpa Hawa dan Encik Taufiq sedari,rupa-rupannya Awfiyah menghilang ke belakang chalet yang didudukinya tetapi Awfiyah dikawal oleh sesuatu.Teguran pekebun itu tidak dihiraukan.Awfiyah terus memasuki rumah kosong yang itu.Pekebun itu terkejut lalu berlari ke hadapan chalet.
"Aku bercakap dengan siapa tadi?Eiiii seram aihhh." Ujar pekebun perlahan.Belum dia mengorak langkah kepalanya dengan kepala Encik Taufiq bertembung lalu...
"Aduhh." serentak pekebun dan Encik Taufiq mengaduh kesakitan.
"Maaf encik..maaf." pekebun itu memohon maaf manakala Encik Taufiq hanya tersengih sambil mengusap kepalanya yang sakit.
"Oh ya encik,saya nak tanya encik nampak tak gadis ini?" Hawa menyampuk dan menanyakan pekebun itu sambil menunjukkan gambar Awfiyah dalam telefonnya.Pekebun itu melihat dengan teliti.
"Ehhh....Gadis niiii." Pekebun itu seperti terkejut.
👻👻👻
Awfiyah membuka matanya perlahan-lahan.Kepala dia terasa amat sakit.Dia bangun dan menyandarkan tubuhnya ke dinding.Awfiyah memicit-micit kepalanya dan apabila dia mendongakkan kepalanya dan melihat keadaan sekeliling,jauh beza dengan chalet nya.Awfiyah mulai ketakutan.Rumah yang didudukinya itu sangat kotor dengan habuk dan serawang labah-labah.Segala peralatan seperti perabot dalam rumah itu ditutup dengan kain putih,keadaan di dalam rumah itu sedikit gelap.
Nasib Awfiyah agak baik kerana telefon nya berada di dalam poket seluarnya.Dia mengambil telefonnya dan membuka lampu.Disuluhnya ke merata tempat untuk mencari pintu keluar malangnya sudah berkali-kali dia berjalan dalam rumah itu tetapi tidak nampak satu pun pintu.Awfiyah berasa seram sejuk.Awfiyah kembali ketakutan dan duduk di tepi almari dalam rumah itu.Tiba-tiba Awfiyah terdengar satu suara tangisan yang mendayu-dayu yang datang dari satu bilik.Awfiyah menutup telinganya dengan rapat.Dia begitu ketakutan dan cuba membaca segala surah dari al-Quran yang dipelajarinya.Tetapi suara itu semakin kuat kedengaran.Awfiyah mula menitiskan air mata ketakutan.
"Aku nak keluar dari sini...aku nak keluar...Ya Allah,bantulah aku." Awfiyah berdoa dalam hati.
Beberapa minit kemudian suara tangisan itu hilang.Awfiyah cuba beranikan dirinya.Dia bangun dan berjalan beberapa tapak dan tiba-tiba pintu bilik yang ketiga terbuka perlahan-lahan.Awfiyah cuba menoleh ke belakang dengan perasaan ragu-ragu dan....
👻👻👻
"Apa pak cik??biar betul?jadi betul la pak cik nampak dia masuk ke dalam rumah tu?" Encik Taufiq agak terkejut dengan apa yang dibicarakan oleh pekebun yang melihat Awfiyah.
"Ya betul Encik,saya tak tipu.Dengan mata saya sendiri tengok dia masuk ke dalam rumah tu.Tak tahu pula yang dia tu pekerja encik." Ujar pekebun tersebut.
"Habis tu,ada cara tak nak masuk ke dalam rumah tu?" soal Hawa kepada pekebun itu.
"Cara nak masuk ke dalam rumah tu?Mana ada caranya Cik.Rumah tu dah lama dikunci selepas kejadian ngeri tu.Dan kunci rumah tu dah diserahkan kepada pihak polis yang menyiasat kes kematian gadis itu." Jawapan pekebun itu betul-betul menghampakan harapan Encik Taufiq dan Hawa.
"Nak buat macam mana lagi ni?Ya Allah...Dugaan apa ni." Rungut Encik Taufiq manakala Hawa sudah terduduk mendiamkan diri dan hanya mampu menangis di kala itu kerana risau akan keadaan rakannya,Awfiyah.
<TO BE CONTINUE>
YOU ARE READING
(SHORTSTORY) The House *Completed*
Mystery / Thriller..................................... "Awfiyah,saya tahu yang awak dah lalui semuanya waktu awak berada dalam rumah tu.Saya tahu apa yang awak nampak dan apa yang jadi semasa awak dalam rumah tu.Sekarang ni saya cuma minta awak beri saya kerjasama u...