Awfiyah menoleh ke belakang dan dia agak terkejut apabila melihat pintu bilik ketiga itu terbuka luas.Awfiyah berjalan setapak demi setapak mendekati bilik itu dan dia cuba menyuluh lampu ke dalam bilik itu.Tangannya terketar-ketar ketakutan,tiba-tiba kelihatan seorang wanita berbaju hitam di dalamnya,rambutnya panjang hingga mencecah lantai serta mukanya tidak kelihatan kerana terlindung di sebalik rambutnya.Awfiyah semakin mengigil keseraman."Cik...Cik tak apa-apa ke?" Awfiyah menegur wanita berbaju hitam itu dan apabila Awfiyah cuba mendekatikan,kepalanya digerakan perlahan serta terpusing ke belakang.Awfiyah mula membuat langkah mengundur ke belakang semula.
Tiba-tiba tangisan yang didengari Awfiyah sebentar tadi mula kedengaran dari perlahan hingga semakin jelas.Awfiyah mula menutup telinganya sambil menggeleng-gelengkan kepalanya."Sudahhh!!!! Cukuppp!!!! Pergiii kauuuu dari siniiii!!!!! " Awfiyah menengking sekuat hatinya sambil berharap wanita berbaju hitam yang sedang menangis di bilik kosong itu pergi dari tempat itu.Selepas Awfiyah menengking wanita berbaju hitam itu,suara tangisan dan wanita itu hilang dari bilik itu.Awfiyah cuba menyuluh kembali ke dalam bilik itu dan bergerak memasuki bilik itu.Setelah Awfiyah berada di dalam bilik itu,pintu bilik tiba-tiba tertutup rapat dengan tolakkan yang kuat.Awfiyah terkejut dan meluru ke arah pintu untuk membuka pintu itu tetapi cubaannya untuk keluar dari bilik itu gagal.Suara-suara ngeri mula kedengaran dengan lebih jelas.Ada suara tangisan,ketawa,meraung,marah dan bermacam-macam lagi.Awfiyah terlampau ketakutan,mulutnya tidak henti-henti membaca surah Al-Fatihah dan Ayatul Kursi akan tetapi suara-suara itu tidak menghilang juga.Awfiyah sudah menangis ketakutan.
"Tolonggggg!!!!! Tolongggggggg!!!!! " Awfiyah menjerit meminta bantuan.
👻👻👻
"Macam mana nak masuk ke rumah ni Encik Taufiq?Bukan ka pekebun tadi dah beritahu yang kunci rumah ni ada dekat pihak polis yang pegang kes siasatan berkaitan kematian gadis tu?" soal Zakry kepada Encik Taufiq.
Encik Taufiq seperti memikirkan sesuatu.Mereka berempat sudah berada di hadapan rumah yang "berhantu" itu.
"Hmm.." Encik Taufiq masih berfikir.
"Oh ya Encik Taufiq,apa kata kita minta saja nombor telefon polis yang urus kes rumah ni dekat pihak chalet?Macam mana?Setuju?" Imanina cuba beri pandangan.Encik Taufiq memetik jarinya.
"Betul juga kata kamu itu.Apa kata kamu dan Zakry sahaja yang pergi dekat pihak chalet itu?Saya dan Hawa tunggu di sini.Buat masa ni keselamatan Awfiyah lebih penting.Mana tahu ada juga tempat-tempat tertentu yang saya boleh pecahkan?Sempat juga selamatkan Awfiyah." Balas Encik Taufiq panjang lebar.
"Baik lah Encik Taufiq,kami menurut arahan Encik." Sahut pekerja Encik Taufiq iaitu Zakry dan Imanina dan berlalu pergi dari situ.
"Hawa,awak bantu saya.Kita sama-sama pecahkan pintu ni.Senang saja ni,tendang di bahagian tombol pintu itu dan nanti terbuka lah pintu ni." Encik Taufiq meminta bantuan Hawa untuk membantunya memecahkan pintu chalet itu.
👻👻👻
"Cik,saya nak tanya.Cik masih simpan lagi tak nombor telefon pihak polis yang urus kes chalet kosong tu?" Zakry menanyakan kepada pekerja yang berada di kaunter tempahan chalet itu.
"Nombor telefon pihak polis yang siasat kes chalet kosong tu?Tapi encik nak buat apa ya dengan nombor telefon tu?"pekerja itu menyoal kembali Zakry.
" Sebenarnya macam ni,kawan sekerja kami hilang sejak petang sebelum maghrib tadi.Jadi kami sedang mencari dia.Cik tolong lah saya rayu.Kami nak selamatkan rakan kami."Zakry merayu kepada pekerja tersebut.Serba salah dibuatnya.
"Kejap ya saya inform pada pihak atasan dahulu sementara itu saya akan hantar pasukan bantuan rela untuk bantu encik cari rakan encik yang hilang itu." Balas pekerja chalet itu.Zakry menghembus nafas lega sambil mengangguk kepala.
![](https://img.wattpad.com/cover/178735771-288-k323101.jpg)
YOU ARE READING
(SHORTSTORY) The House *Completed*
Mystery / Thriller..................................... "Awfiyah,saya tahu yang awak dah lalui semuanya waktu awak berada dalam rumah tu.Saya tahu apa yang awak nampak dan apa yang jadi semasa awak dalam rumah tu.Sekarang ni saya cuma minta awak beri saya kerjasama u...