Tingkap bilik terbuka luas,langsir diselak dan diikat dengan kemas.Hawa mendekati Awfiyah yang sedang tidur."Panasnya badan dia." Ujar Hawa perlahan.Hawa keluar dari bilik dan beberapa minit kemudian dia datang dengan memegang kain basah dan besen yang dipenuhi ketul ais.Kain basah itu dicelup dalam besen yang berisi ais kemudian di letakkan di atas dahi Awfiyah.
Awfiyah membuka matanya sedikit,terasa kilauan cahaya dari tingkap menyinari seluruh biliknya sehingga dia terasa silau.
"Hawa,tutup satu tingkap tu,cahaya luar terang sangat,mata aku silau." Awfiyah menyuruh Hawa menutup salah satu tingkap biliknya dan Hawa hanya menurut perintah.
"Awfiyah,kau okay?Soal Hawa sewaktu dia mendekati Awfiyah dan duduk di atas katil bersama Awfiyah.
" Apa yang jadi dekat kau tadi?sampai demam kau dibuatnya?"soal Hawa sambil menunjukkan wajah kerisauan apabila melihat keadaan Awfiyah yang demam secara tiba-tiba.
"Hawa,aku takut." jawab Awfiyah sepatah.
"Kenapa?kau takut apa?cuba ceritakan dekat aku." Hawa cuba memahami keadaan Awfiyah.
Awfiyah meraup wajahnya dengan kedua telapak tangannya.Dia memperbetulkan anak tudung yang dipakainya."Tadi,aku nampak sesuatu dekat belakang chalet ni." ujarnya.
"Nampak apa Awfiyah?cuba cakap terus dengan aku.Jangan takut,aku ada dengan kau." Hawa terus memberi semangat kepada Awfiyah.Dia mahu mengetahui apa yang terjadi sehingga Awfiyah begitu ketakutan.
"Awfiyah,jawab la." soal Hawa lagi.Tetapi keadaan tetap tidak berubah.Awfiyah terus membaringkan tubuhnya semula dan kembali memejam rapat matanya.Hawa hanya melepaskan keluhan berat.
"Kau ni kan." ujarnya kegeraman dengan sifat Awfiyah yang menjadi pendiam secara tiba-tiba itu.
Awfiyah membuka matanya perlahan-lahan.Kepalanya terasa berat dan sangat sakit seperti ditekan sesuatu benda yang berat.
"Aduh,sakitnya." rungutnya perlahan sambil memicit kepalanya.Rumahnya sunyi sepi seperti tiada orang.
"Hawa,"Awfiyah memanggil Hawa malangnya tiada sahutan dari Hawa.
" Ish ke mana pula dia pergi ni."Awfiyah merungut lagi dan bangun dari katil.Dia keluar dari biliknya.Bahagian ruang tamu kosong tiada orang,tiba-tiba dia terdengar bunyi air paip di dapur.
"Mesti Hawa tengah masak ni." detik hatinya dan terus menuju ke dapur.Dia memicit kepalanya yang sakit.Apabila sampai di dapur dia melihat Hawa sedang berdiri di depan tempat membasuh pinggang sambil air dibiar terbuka.
"Kau nak buat apa Hawa?masak ke?tak payah susah2 la,nanti aku bagi kau duit,kau pergi beli makanan saja ya?" Ujar Awfiyah kepada Hawa.Tetapi tiada respon dari Hawa.
"Kau tunggu situ kejap,aku nak pergi ambil duit." sambung Awfiyah.
Awfiyah berasa hairan dengan kelakuan rakannya itu.Tetapi dia terus menuju ke biliknya dan mengambil wang.Setelah mengambil wang dia keluar dari bilik dan hendak menuju ke dapur tetapi di pertengahan jalanan,pintu rumahnya dibuka dan seseorang memasuki rumah itu.Awfiyah berasa hairan dan berpatah balik menuju ke ruang tamu.
Ternyata orang yang memasuki rumahnya itu adalah Hawa disertai Pengurus syarikatnya Encik Taufiq.Awfiyah terkejut dan muka nya sedikit berubah menjadi pucat.
"Kau pergi mana Hawa?" soalnya.Hawa melihatnya dengan senyuman manis.Kelihatan lesung pipitnya yang cantik di pipi kirinya.
"Aku pergi beli makanan la.Untuk kau,kebetulan terjumpa dengan Encik Taufiq,aku ajak dia datang sini tengok keadaan kau." Balas Hawa.Jawapan yang keluar dari mulut Hawa membuatkan Awfiyah hampir rebah tetapi sempat dicempung oleh Hawa dan dibantu Encik Taufiq.
"Kenapa Awfiyah?Awak okay?" soal Encik Taufiq kepada Awfiyah.
Dipimpin Awfiyah hingga ke sofa dan diduduk kannya di atas sofa tersebut.Awfiyah menggigil ketakutan sambil memeluk tubuhnya sendiri."Awfiyah,kau okay ke tak ni?Jawab la." Soal Hawa.
"Awfiyah,kenapa dengan awak?Ada apa yang tak kena ni?Cuba cerita dekat kami." soalan Hawa itu disambung dengan soalan dari Encik Taufiq.
Tetapi apa yang diharapkan menghampakan Hawa dan Encik Taufiq.Awfiyah terus memeluk tubuh dalam keadaan mengigil dan air matanya mula mengalir.Hawa dan Encik Taufiq berpandangan sesama mereka dalam keadaan yang menghairankan.Hawa mengambil sebotol air kosong dan diberi kepada Awfiyah.Muka Awfiyah pucat dan nampak seperti keletihan.
"Awfiyah." Panggil Encik Taufiq.Awfiyah memandang Encik Taufiq dengan pandangan kuyu.
"Ya,saya." Balas Awfiyah lemah.
"Apa yang terjadi sebenarnya dengan awak?" Soal Encik Taufiq.Awfiyah mendiamkan diri semula.
"Awfiyah,jawab la Encik Taufiq tanya tu.Sampai bila kau nak berahsia dengan kami.Aku ni kawan kau,aku berhak tahu apa yang jadi pada kau.Apa yang jadi sebenarnya.Cuba cerita." Hawa mencelah.Awfiyah mengembus nafas perlahan.Dia hendak membuka mulutnya tetapi mulutnya kembali terkunci apabila terpandang ke arah dapur.Badannya kembali mengigil kesejukan.
Hawa mendekati Awfiyah dan memeluknya.Diangkat sedikit wajahnya supaya mengahadap wajah Hawa dan mata mereka bertembung."Now,tell me the story.What have happen to you my friend?" Soal Hawa lagi.
Encik taufiq hanya memerhati gelagat dua rakan itu iaitu pekerja di syarikatnya sendiri."A...aa....akuu...akuu nampak sesuatu yang...yang..." Awfiyah tergagap-gagap.Hawa membacakan surahtul Kursi dan dihembuskan sedikit di umbun-umbun Awfiyah supaya dia dapat menenangkan dirinya.
"Ok,kau cerita perlahan-lahan dan aku sedia untuk dengarnya." Hawa memberi semangat kepada rakannya.
"Awfiyah,awak kena ceritakan apa masalah awak pada kami.kalau tidak,macam mana kami nak membantu awak?Just tell the story and we will help you,Awfiyah." Encik Taufiq menyampuk.Awfiyah menarik nafas mendalam dan melepaskannya dengan bunyi yang agak berat.
"Tadi,lepas saya bangun tidur,saya dengar ada bunyi air paip terbuka dari dapur dan saya pergi ke dapur.Lepas tu saya tengok Hawa ada dekat situ jadi saya tegur la dia.Dan beberapa minit kemudian saya dengar ada orang masuk rumah dan bila saya tengok Hawa ada dengan Encik Taufiq." Awfiyah menceritakan hal sebenar.Berubah muka Hawa.
"Sejak bila pulak aku ada dekat dapur?Lepas kau tidur tadi aku terus keluar pergi beli makanan la." Hawa pula menyoal Awfiyah dan saling berpandangan.Wajah Awfiyah kembali pucat.
"Hawa...ja..ja..jangan..jangan..." Awfiya kembali tergagap-gagap
"Sudah la jangan difikir sangat akan hal ni.Perkara biasa saja tu.Mainan ilustrasi minda saja.Mari saya pergi tengok sendiri" Encik Taufiq mencelah dan bangun untuk pergi ke dapur tiba-tiba ada bunyi seperti kaca yang pecah dengan kuat.Encik Taufiq,Hawa dan juga Awfiyah tersentak.
<TO BE CONTINUE>
YOU ARE READING
(SHORTSTORY) The House *Completed*
Misterio / Suspenso..................................... "Awfiyah,saya tahu yang awak dah lalui semuanya waktu awak berada dalam rumah tu.Saya tahu apa yang awak nampak dan apa yang jadi semasa awak dalam rumah tu.Sekarang ni saya cuma minta awak beri saya kerjasama u...