chapter five🌸

36 5 0
                                    


Awfiyah terjaga dari tidur yang panjang,matanya berkelip-kelip melihat keadaan sekelilingnya.
"Aku bermimpi lagi kah?" detik hati Awfiyah.
Dia memandang atas kelihatan atap bumbung tersebut tidak sama dengan sebelumnya,atap tersebut berwarna putih dan terdapat lampu yang sedang menyala,Awfiyah menoleh ke kirinya pula,dinding tersebut juga warna putih,dia menoleh ke kanan dan mendapati satu tiub kecil yang dicucuk ke atas telapak tangannya dan sedang rakus memasukkan cecair insulin yang datang dari botol tergantung di tepinya.Tiba-tiba pintu bilik dikuak dan kelihatan wajah Hawa.

"Ha....ha...hawa..." ujar Awfiyah dengan nada perlahan.

"Awfiyah!" terjerit Hawa apabila melihat Awfiyah sudah sedar dari tidurnya yang panjang.

"Doktor....doktor....." Hawa berlari keluar dari bilik itu dan memanggil doktor.Beberapa minit kemudian doktor tiba dan mendekati Awfiyah lalu diperiksa keadaan jantungnya.Doktor itu tersenyum panjang.

"Cik Hawa,rakan cik dah kembali pulih,akan tetapi dia masih lemah dan perlukan rehat yang cukup." Doktor tersebut memberi penerangan dan Hawa cuma mengangguk faham.

Doktor itu meminta diri untuk berlalu pergi dari bilik itu kerana masih ada tugasan yang perlu diselesaikan,manakala Hawa sudah merapati katil Awfiyah dan memeluknya.Awfiyah kehairanan.

"Ha...Hawa,ak...aku de...dekat mana ni?" soal Awfiyah tergagap-gagap.Hawa mula menitiskan air mata kegembiraan dan melepaskan pelukan erat nya kepada Awfiyah tetapi tangannya tidak putus dari mengenggam tangan Awfiyah.

"Awfiyah,kau sekarang dekat hospital,kau sakit." balas Hawa.

Awfiyah memegang kepalanya yang sakit tetapi sudah dibaluti dengan kain putih.Tetapi masih nampak kesan darah akibat hentakan yang kuat itu.Darahnya mengalir dengan banyak sekali.

"Aku.....aku de...dekat hos...hospital?Ta..tapi macam mana kau boleh...boleh jumpa aku." Awfiyah kembali kehairanan.Hawa tersenyum manis sambil mengusap-usap tangan rakannya itu.

"Aku minta pertolongan Encik Taufiq,Alhamdulillah kami dapat jumpa kau." balas Hawa.

"Ta...tapi macam...macam mana kau jumpa aku?" soal Awfiyah lagi.Hawa menghela nafas panjang.

"Panjang ceritanya tapi aku singkatkan okay?Aku dan Encik Taufiq dan beberapa staf syarikat yang lain cari kau keliling chalet tapi tak jumpa kau.Then Encik Taufiq decide untuk cari kau dekat rumah kosong tu.Mulanya kami tak rasa apa pun tapi beberapa jam kami duduk dekat situ kami terdengar jeritan suara perempuan dan Encik Taufiq syak itu suara kau.Encik Taufiq minta Zakry cari bantuan dari pihak chalet dan telefon Inspektor polis yang pegang siasatan berkaitan rumah kosong tu.Dan lepas tu,pihak polis tu guna kunci rumah tu untuk memudahkan kami masuk ke dalamnya dan Encik Taufiq juga lah orang pertama yang jumpa kau dalam sebuah bilik kosong.Tapi waktu Encik Taufiq jumpa kau,keadaan kau sangat teruk." Hawa bercerita panjang lebar.Awfiyah terdiam dan mula memikirkan semula akan hal rumah tersebut.

"Hawa." panggil Awfiyah.Hawa memandang Awfiyah penuh kesayuan.

"Ya." sahut Hawa.

"Aku dah berapa lama duduk dekat hospital ni?" soalan Awfiyah membuat kan Hawa berasa sesuatu yang aneh.

"Dah 2 minggu kau dekat hospital,doktor cakap kepala kau terhentak dengan benda keras sampai kau hilang banyak darah." balas Hawa.Awfiyah terdiam.

"Awfiyah." Hawa memanggil Awfiyah semula.Awfiyah memandangnya sambil membuat isyaray wajah membenarkannya bercakap.

"Apa yang jadi dekat kau sewaktu kau berada dalam rumah tu?" soal Hawa dan Awfiyah mengeluh.Matanya merenung ke satu tempat dengan agak lama dan lepas itu dia hanya memejamkan rapat matanya dan terus merehatkan dirinya semula.

Seorang jururawat memasuki bilik Awfiyah dan mencabut alat yang menyalurkan air insulin ke dalam badannya.Jururawat tersebut membantu Awfiyah duduk dan menyandang belakang Awfiyah dengan bantal,jururawat itu mengambil jarum penyedut darah dan dicucuk di lengan Awfiyah,sedikit darah diambil untuk diperiksa.Kemudian jururawat itu mengambil sebotol air sulin baru dan digantungkan di tempatnya lalu disalurkan semula ke bahagian jarum yang tersedia di atas telapak tangan Awfiyah.

Awfiyah mengerutkan sedikit wajahnya tanda dia berasa sakit.

"Cik,saya nak tanya sedikit boleh?" Awfiyah memulakan perbualan dengan jururawat itu bagi memecahkan suasana sepi dalam bilik khas yang ditempatkan untuk Awfiyah dalam hospital itu.

"Ya cik.Nak tanya apa ya?" balas jururawat tersebut sambil menghadiahkan senyuman manis buat Awfiyah.

Awfiyah memandang pada tanda nama yang dilekatkan pada sebelah kiri baju yang dipakai oleh jururawat itu.Nama jururawat itu Sumaiyyah.

"Ummm...cik Sumaiyyah,boleh saya tahu,siapa yang bawa saya ke sini dan tanggung segala bayaran hospital?" walaupun Awfiyah sudah maklum akan berita dirinya dihantar ke hospital oleh pengurus syarikatnya iaitu Encik Taufiq tetapi dia tetap ingin bertanya tentang kos bayaran hospital pula.

"Owh,tentang itu Pengurus cik yang hantar cik ke sini nama dia Encik Taufiq,dan segala kos hospital ni dibayar oleh Encik Taufiq juga." balas jururawat yang bernama Sumaiyyah itu.

Awfiyah mengangguk faham sambil merenung ke satu tempat dan dia melepaskan satu keluhan yang berat.

"Kenapa ya cik?" Soal jururawat yang bernama Sumaiyyah itu kepada Awfiyah.

Awfiyah cuma tersenyum sahaja.Awfiyah kembali termenung,pandangan matanya terarah kepada satu tingkap yang berada di dalam bilik itu.Tiba-tiba Awfiyah terpandang sesuatu yang aneh di sebalik pokok yang berada di luar tingkap itu.Pokok itu agak tinggi sehingga boleh kelihatan pada tingkap di bilik itu.

Awfiyah melihat satu kelibat lembaga hitam yang berdiri di atas pokok tersebut.Awfiyah kembali trauma dan dia menjerit sekuat hati menghalau "makhluk" yang pernah dijumpainya itu.Jururawat yang merawat Awfiyah segera memanggil doktor.
Doktor segera mendekati Awfiyah tetapi Awfiyah tetap menjerit-jerit seperti orang histeria.

👻👻👻

Encik Taufiq dan Hawa yang sedang menunggu Awfiyah di luar biliknya terkejut selepas mendengar jeritan dari Awfiyah.

Awfiyah menjerit agak kuat,Encik Taufiq dan Hawa bergegas mengikuti Doktor yang merawat Awfiyah memasuki bilik yang ditempatkannya.Encik Taufiq dan Hawa bertambah terkejut selepas memasuki bilik itu dan melihat Awfiyah sudah meracau-racau.

Hawa berlari mendapatkan Awfiyah dan cuba memeluk Awfiyah sekuatnya kerana di saat itu Awfiyah seperti orang yang sedang berlawan kekuatanya.Encik Taufiq juga segera membantu Hawa dengan memegang kaki Awfiyah agar dia tidak bergerak dengan lebih kuat.Doktor cuba menyuntik ubat penenang kepada Awfiyah dan suntikan tersebut berjaya dilakukan.

Awfiyah mula berasa pening dan kembali merebahkan badannya akan tetapi jarinya sempat menunjuk ke arah luar tingkap tersebut.Encik Taufiq perasan akan isyarat jari yang dilakukan Awfiyah dan dia juga cuba memandang ke luar tingkap itu.

<TO BE CONTINUE>

(SHORTSTORY) The House *Completed*Where stories live. Discover now