Encik Taufiq berjalan ke arah tingkap dan membuka tingkap tersebut.Dijegulkan kepalanya ke luar tingkap untuk membolehkan dia melihat keadaan di sekitar kawasan tersebut.
"Tak ada apa pun.Tapi kenapa Awfiyah ketakutan?" Encik Taufiq menyoal dirinya sendiri dengan suara yang perlahan kemudian dia menutup tingkap itu dan pergi kepada Hawa yang sedang menjaga Awfiyah.
"Hawa,buat masa ni,biar lah saya teman kan awak dan Awfiyah di sini ya?Bahaya jika berlaku apa-apa pada kamu dan dia.Nanti tak ada orang nak bagi bantuan pada kamu berdua." Encik Taufiq menyuarakan pendapatnya untuk menemani Awfiyah dan Hawa di hospital.Hawa mengangguk lemah sambil memandang Awfiyah.
"Sabar lah Hawa,lambat laun,pulih la Awfiyah macam biasa semula." Encik Taufiq cuba menenangkan Hawa.
"Tapi Encik Taufiq,kenapa mesti Awfiyah yang menjadi mangsa keadaan?Sedangkan Awfiyah tak buat apa-apa pun.Awfiyah tak pernah menganggu sesiapa pun." Hawa membalas kata-kata Encik Taufiq.
Encik Taufiq melepaskan satu keluhan yang panjang.Encik Taufiq berjalan dan duduk di atas sofa yang disediakan di dalam bilik itu.
"Macam ni lah Hawa,mungkin ada sebab musabab kenapa Awfiyah yang dipilih untuk lalui semua keadaan ini.Sekarang kita tak tahu apa puncanya tapi bila tiba masanya nanti,kita akan tahu juga.Ada hikmah di sebalik kejadian ini." Encik Taufiq memberi jawapan yang bernas tetapi Hawa kelihatan tidak berpuas hati dengan jawapan dari Encik Taufiq itu.
"Iya la Encik Taufiq." balas Hawa sambil memegang tangan rakannya,Awfiyah.
"Hawa,awak sebagai rakan Awfiyah,kena tabah hadapi semua ini.Perkara ini hanya ujian sementara buat awak dan Awfiyah.Allah nak menguji sejauh mana kesabaran awak dan Awfiyah hadapi keadaan macam ini.Jadi pesanan saya,awak bersabar lah banyak-banyak dan sentiasa berusaha berdoa mohon pertolongan dari yang Maha Kuasa kerana segala-galanya ditentukan Oleh Dia.Akhirnya awak bertawakal lah jika masih tidak nampak cara terbaik bagi menyelesaikan sesuatu masalah.Sentiasa utamakan Allah pada hati kita,In Shaa Allah kita akan dapat pertolongan darinya.Cuma keadaan masa sahaja yang perlu kita tunggu iaitu lambat dan cepat sahaja." Encik Taufiq memberi motivasi diri kepada Hawa.
Hawa terpegun dengan kenyataan Encik Taufiq itu dan dia cuma membalas kata-kata Encik Taufiq dengan senyuman dan anggukan kepala sahaja.Encik Taufiq membalas senyumannya.
"Dah lah,awak rehat dulu.Biar saya sambung menjaga Awfiyah." Encik Taufiq meminta untuk menjaga Awfiyah dan memberi kerehatan kepada Hawa.
Hawa hanya menurut perintah tanpa banyak bicara.
"Hebat betul Encik Taufiq ni ya?Walaupun orangnya cuma bersederhanaan tetapi ilmu di dalam dada dan akalnya cukup tinggi." Detik hati Hawa sambil tersenyum keseorangan.
"Berangan apa agaknya budak seorang ni." soal isi hati Encik Taufiq.
Encik Taufiq bangun dari sofa dan berjalan ke katil Awfiyah.Dia mengambil yasin yang berada di atas meja tepi katil Awfiyah dan menarik kerusi di sebelah katil Awfiyah serta duduk di atas kerusi itu.
Encik Taufiq membuka yasin dan membacanya,di pertengahan bacaannya,dia melihat jam di tangan."Dah pukul 2:00 pagi rupanya."detik hati Encik Taufiq dan meneruskan bacaan yasin sehingga selesai.Lalu dihembuskan sedikit nafas yang dikeluarkan dari mulutnya ke umbun-umbun Awfiyah.
Tiba-tiba ada satu suara yang sedang menangis mendayu-dayu kedengaran di telinga Encik Taufiq.Segera Encik Taufiq menuju ke arah pintu bilik dan membukanya serta menjengulkan kepalanya ke luar dan melihat ke kiri dan kanan laluan di depan bilik itu,tetapi tiada apa-apa pun di kiri dan kanan laluan itu.Encik Taufiq menutup semula pintu bilik.
Apabila dia menoleh ke belakang,Encik Taufiq melihat ada satu lembaga berambut panjang dan berbaju hitam di atas ranting tebal pokok di depan tingkap dalam bilik itu.Encik Taufiq agak terperanjat akan tetapi dia cuba menenangkan dirinya dan mulutnya mula terkumat-kamit membaca surah Al-Fatihah dan surah Ayatul Kursi.Makhluk itu masih menangis akan tetapi suaranya semakin kuat kedengaran di telinga Encik Taufiq.
Encik Taufiq berjalan perlahan-lahan menuju ke tingkap itu dan langkah nya terhenti apabila jarak antara dia dan tingkap itu hanya 5 langkah sahaja lagi.
"Kau nak apa datang ke sini hah syaitan?!"Encik Taufiq menanyakan makhluk itu dengan nada yang perlahan agar tidak menganggu tidur Awfiyah dan Hawa.
Makhluk itu bertambah tangisannya sambil jarinya menunding ke arah Awfiyah.Encik Taufiq cuba memahami sesuatu maksud yang di sampaikan makhluk itu.
"Bu.......dak......tu......ta......hu......di......ma......na......ma.........yat.........ak......ku......ber......ra......da......"Makhluk itu bersuara dengan suara yang tersekat.Encik Taufiq terperanjat.
"Te......na.......ng......ka......n......ak......ku......."ujar makhluk itu lagi dan kemudian dia menghilangkan dirinya.Encik Taufiq berdiri kaku di depan tingkap itu sambil memikirkan sesuatu dari kata-kata yang disampaikan oleh makhluk itu sendiri.
Hawa terjaga dari tidur dan memandang Encik Taufiq dengan pandangan kehairanan.
"Encik Taufiq"panggilan Hawa itu mematikan lamunan Encik Taufiq buat seketika waktu.Segera Encik Taufiq menoleh memandang ke arah Hawa.
"Ya,saya"balasnya.
"Encik Taufiq buat apa berdiri dekat situ?"soal Hawa.Encik Taufiq hanya menghadiahkan senyuman manis buat Hawa.
"Saja ambil pemandangan indah malam hari."balas Encik Taufiq dengan suara yang perlahan lalu menuju ke arah sofa dan duduk di atasnya.Hawa hanya memandang gelagat Encik Taufiq dengan pandangan hairan.
👻👻👻
Awfiyah membuka matanya perlahan-lahan,cahaya mentari dari tingkap menghalang pandangan matanya dari melihat keadaan sekeliling bilik itu.
"Kau dah sedar Awfiyah?Alhamdulillah."Hawa menyoal Awfiyah.
Awfiyah kelihatan pulih sepenuhnya.Hawa mendekati Awfiyah dan membantu Awfiyah menyandarkan badannya di kepala katil yang bersandangkan bantal.Hawa duduk di tepi Awfiyah.
"Masa untuk makan dulu Awfiyah."ujar Hawa sambil membuka penutup bekas yang berisi bubur ayam di dalamnya.Awfiyah melihat bekas itu dengan penuh tanda tanya.Hawa memahami maksud pandangan Awfiyah itu.
"Encik Taufiq yang belikan.Dia betul-betul ambil berat pasal kau tau tak."Hawa memberitahu Awfiyah tentang Encik Taufiq.
"Iya?"soal Awfiyah semula.
"Yup,betul la.Eh aku rasa kan Fiyah,Encik Taufiq tu syok kat kau tak?"Kata-kata Hawa itu dibalas dengan satu cubitan pedas dari Awfiyah.Terjerit kesakitan Hawa tetapi di pengakhiran perbualan mereka disertakan dengan gelak tawa.
Encik Taufiq yang baru hendak memulas tombol pintu dari luar cuma mengeleng-gelengkan kan kepalanya sahaja kerana dia sudah dengar perbualan nakal Hawa dan Awfiyah.
<TO BE CONTINUE>
YOU ARE READING
(SHORTSTORY) The House *Completed*
Mystery / Thriller..................................... "Awfiyah,saya tahu yang awak dah lalui semuanya waktu awak berada dalam rumah tu.Saya tahu apa yang awak nampak dan apa yang jadi semasa awak dalam rumah tu.Sekarang ni saya cuma minta awak beri saya kerjasama u...