Srakkkkk,bunyi koyakan sesuatu membuatkan Awfiyah memberanikan dirinya untuk membuka mata.Terasa sesuatu menitis di atas pipinya.Dia menyapu titisan tersebut dan melihatnya.Titisan itu rupanya titisan darah.Awfiyah mendongak ke atas.Akibat serangan mengejut lembaga perempuan itu menyebabkan Awfiyah terjatuh dan terduduk kerana ketakutan.Betapa terkejutnya Awfiyah apabila mendongak ke atas dan melihat ada satu lagi makhluk yang berbaju hitam pekat tanpa wajah dan tubuhnya seperti seorang lelaki sedang menahan dirinya yang dicakar oleh lembaga perempuan itu.Darah yang mengalir dari tangannya berwarna merah kehitaman dan makhluk itu mendegus seperti kerbau yang sedang kemarahan.Awfiyah terpaku apabila melihat "makhluk" baru itu yang cuba mempertahankan dirinya dari diserang oleh lembaga perempuan itu.
Kaki makhluk itu seperti kaki kerbau juga dan lebih menakutkan ialah makhluk itu seperti jelmaan yang pernah dilihat oleh Awfiyah semasa di saat ambang sakaratul maut ayah Awfiyah.
Dengusan makhluk itu semakin kuat dan disambung dengan jeritan daripada lembaga perempuan itu.Sebelah tangan makhluk yang cuba melindungi Awfiyah itu menunding ke arah almari pakaian itu.Dia seperti mengarahkan Awfiyah membuka almari itu.Awfiyah memahami maksud yang disampaikan oleh makhluk kedua itu dan berlari sehingga ke depan almari itu.Lembaga perempuan itu terus mengalihkan pandangannya ke arah Awfiyah dan ingin menyerang Awfiyah.Kukunya yang panjang di sambar ke belakang Awfiyah tetapi tidak mengena kerana makhluk yang cuba melindungi Awfiyah itu mempertahankan diri Awfiyah dengan membiarkan dirinya dijadikan bahan cakaran lembaga perempuan itu.Tanpa melengahkan masa,Awfiyah terus membuka almari pakaian itu dan dengan tiba-tiba ada satu jasad seperti tengkorak jatuh ke atas lantai.Lembaga perempuan itu menjerit dan akhirnya hilang begitu sahaja dengan kabus hitam yang memenuhi ruangan bilik itu.Awfiyah menutup hidungnya kerana bau yang kuat keluar dari dalam almari itu.Selepas kabus hitam itu menghilang,Awfiyah melihat tengkorak itu dengan perasaan gerun.
"Rupanya ini lah punca yang membuatkan lembaga itu tidak tenang dan suka menganggu orang." ujar Awfiyah perlahan.Dengusan makhluk yang melindungi Awfiyah itu masih kedengaran dan Awfiyah berpaling ke belakang.Makhluk itu masih berada di situ.Awfiyah berasa takut kerana makhluk itu mendekati dirinya.
"Awfiyah." makhluk itu memanggil Awfiyah.
Awfiyah memandang makhluk itu dengan sebelah mata kerana dia terlampau takut untuk melihat makhluk yang tiada wajah tetapi boleh berkata-kata itu."Mulai saat ini,aku akan sentiasa berada di sisi kau bagi melaksanakan perjanjian yang telah dibuat oleh ayah kau dahulu semasa hayatnya masih ada." ujar makhluk itu dengan suara yang garang.
"Tapi untuk apa kau perlu berada di sisiku?!" Awfiyah memarahi makhluk itu.
"Kau bertanya lah pada yang lebih tahu akan diriku." balas makhluk itu dan terus menghilang kan dirinya.Awfiyah semakin ketakutan dan terduduk lalu menyandarkan badannya ke dinding bilik kosong itu sambil menutup mukanya dan terus menangis.
👻👻👻
50 minit kemudian,
Awfiyah terdengar suara yang memanggilnya tetapi tidak dihiraukannya kerana dia masih berada dalam ketakutan.
"Awfiyah!!!!! Awfiyah!!!!! Awfiyahhhh!!!!" Encik Taufiq terus memanggil sambil berselang seli dengan suara Hawa,Zakry dan Inspektor polis yang sedang mencarinya itu.Tiba-tiba Encik Taufiq melihat Awfiyah berada dalam sebuah bilik kosong.Encik Taufiq terus menerpa ke arah Awfiyah dan memegang bahunya.
"Awfiyah,awak okay tak?Kenapa awak tak tunggu saya dan rakan yang lain?" soal Encik Taufiq.Malangnya Awfiyah cuma mendiamkan diri dan menunjukkan ke arah depan almari pakaian yang berada di dalam bilik itu.Encik Taufiq terkejut apabila melihat ada tengkorak di situ dan terus Encik Taufiq memanggil inspektor polis itu.
YOU ARE READING
(SHORTSTORY) The House *Completed*
Misterio / Suspenso..................................... "Awfiyah,saya tahu yang awak dah lalui semuanya waktu awak berada dalam rumah tu.Saya tahu apa yang awak nampak dan apa yang jadi semasa awak dalam rumah tu.Sekarang ni saya cuma minta awak beri saya kerjasama u...