"Assalamualaikum."Encik Taufiq memberi salam.
"Wa'alaikumusalam."Hawa dan Awfiyah menjawab salam Encik Taufiq.
Encik Taufiq meletakkan buah tangan yang dibelinya di atas meja tepi katil Awfiyah.Dia menghadiahkan senyuman manis buat Awfiyah.
"Macam mana awak rasa sekarang Awfiyah?Dah rasa makin baik atau masih rasa sakit lagi?"soal Encik Taufiq kepada Awfiyah.
"Alhamdulillah,dah makin baik dari keadaan sebelumnya."balas Awfiyah.
"Oh ya Encik Taufiq,saya nak tanya ni,bila Awfiyah boleh keluar dari hospital ya?Ibu dia asyik telefon saya saja nak tahu bila dia boleh keluar?"Hawa menyoal Encik Taufiq semula dan memberitahu berita tentang ibu Awfiyah yang risaukan keadaan anaknya.Awfiyah adalah seorang anak yatim dari 4 beradik.Ayahnya sudah lama meninggal dunia atas satu trajedi "hitam" yang pernah dialami oleh keluarga Awfiyah.Dia anak kedua dan menggalas tanggungjawab demi keluarga,Awfiyah mempunyai seorang kakak dan dua orang adik lelaki.Kakak Awfiyah sudah berkahwin dan sudah lama meninggalkan keluarganya demi mengikut suami tercinta bertugas di Singapura.Kini hanya tinggal dia dan dua orang adiknya yang masih bersekolah beserta ibunya sahaja.Awfiyah bekerja demi menanggung segala kos keperluan hidup keluarganya.Keluarganya adalah keluarga yang bahagia satu ketika dahulu akan tetapi selepas berlakunya trajedi "hitam" itu,ahli keluarganya banyak terperuk di dalam rumah sahaja dan tidak menghiraukan keadaan masyarakat di sekeliling atas beberapa sebab tertentu.
"In Sha Allah,dalam beberapa hari lagi,Awfiyah boleh keluar dari hospital."balas Encik Taufiq.Awfiyah cuma termenung sahaja mendengar kata-kata Encik Taufiq itu.
"Hmmm Hawa,boleh awak keluar sebentar?Saya ada perkara nak bincang dengan Awfiyah sekejap."Kata-kata Encik Taufiq itu menyentak tangkai hati Awfiyah,terasa seperti darah di setiap pembuluh darahnya berhenti seketika selepas mendengar ungkapan Encik Taufiq itu.
"Sudah,apa yang dia nak bincangkan lagi ni?"soal isi hati Awfiyah.Hawa hanya menurut perintah walaupun dia agak kehairanan dengan pernyataan Encik Taufiq itu.Sebelum dia keluar,dia sempat mengenyitkan mata kepada Awfiyah.Wajah Awfiyah yang putih kekuningan langsat itu ketara kememerah-merahan kerana berasa malu.
"Tak habis-habis nak menyakat aku la minah ni!"Awfiyah memarahi Hawa dengan suara yang perlahan.Encik Taufiq hanya memerhati gelagat dua sahabat itu.
"Apa awak kata,Awfiyah?"Encik Taufiq perasan akan mulut Awfiyah yang terkumat-kamit itu,tetapi dia tidak dapat dengar apa yang dibebelkan oleh Awfiyah.
"Ehh,tak ada apa-apa la Encik Taufiq."balas Awfiyah.Bertambah malu Awfiyah apabila Encik Taufiq perasan akan bebelannya kepada Hawa walaupun tidak kedengaran suaranya.Encik Taufiq menarik kerusi di sebelah katil Awfiyah dan duduk.
"Awfiyah,saya ada beberapa perkara nak diungkit balik pasal hal awak semasa awak terkurung dalam rumah kosong itu."soalan Encik Taufiq menambahkan keterkejutan besar buat Awfiyah.
"Ke...ke...kenapa den...dengan hal tu...tu...Encik Taufiq?"balas Awfiyah dengan tergagap-gagap.Encik Taufiq perasan akan keterkejutan yang melanda diri Awfiyah.Encik Taufiq tersenyum manis kepada Awfiyah.Sesungguhnya Encik Taufiq memang terkenal dengan sifat murah hatinya dengan senyuman yang diberi kepada sesiapapun yang berada di depannya atau yang sedang berbual dengannya.Dalam kalangan pekerja syarikat Encik Taufiq mereka menggelarnya "The Smile Bos" kerana sifatnya yang suka senyum itu.Encik Taufiq juga seorang bos yang baik,murah hati,dan senang dibawa berbincang bersama apabila pekerjanya menghadapi sesuatu masalah.
"Awak jangan risau Awfiyah,saya cuma nak siasat semula kes ni sebab masih ada "benda" yang tidak tenteram di sini."Beritahu Encik Taufiq.
"Benda" yang tidak tenteram?Apa yang Encik Taufiq cuba maksudkan?Apa kena-mengena saya dengan kes ni?"Awfiyah menyoal Encik Taufiq semula dengan penuh tanda tanya dalam benak fikirannya.
Hawa duduk di salah satu bangku di depan bilik Awfiyah ditempatkan,dia melepaskan satu keluhan kecil.Tiba-tiba ada tangan yang menghulurkannya sekotak air soya dan roti coklat yg berada dalam plastik.Hawa memandang insan yang baik hati itu.
"Ambil lah,saya tengok awak dari semalam lagi tak jamah sebarang makanan.Makan lah nanti perut awak masuk angin." ujar Zakry kepada Hawa.
Hawa tersenyum dan dengan berat hati dia mengambil juga makanan itu dari Zakry."Jadi,macam mana dengan keadaan Awfiyah?Dia dah okay?Encik Taufiq mana?" Zakry menyoal Hawa lagi.Hawa memandang Zakry sambil membuka plastik straw air kotak susu soya itu.
"Awfiyah alhamdulillah dah nampak sihat dari sebelumnya,Encik Taufiq pula ada dengan Awfiyah tengah berbincang sesuatu." balas Hawa.
"By the way,thanks for this." sambung Hawa lagi sambil menunjukan air kotak susu soya dan roti coklat yang diberi oleh Zakry kepadanya.
Zakry tersenyum.Dia memandang Hawa dengan pandangan yang penuh makna.
"Hawa." panggil Zakry.Hawa menoleh ke arah Zakry.
"Awak makin cantik sekarang,jauh beza dengan masa zaman kita remaja dulu." ujar Zakry perlahan.Hawa tersentak dengan kata-kata Zakry.
"Iya ke?" balas Hawa sepatah dan merenung ke satu arah dengan pandangan yang tidak dapat ditafsirkan maksudnya.
👻👻👻
10 tahun yang lepas,
"Hati-hati!!!!" jerit satu suara dari arah padang sekolah.Bukkkk,sebiji bola sepak terkena tepat mengenai kepala Hawa.Dia terjatuh sambil memegang kepalanya.
"Aduhhhh." Hawa mengaduh kesakitan.
Seorang remaja lelaki berlari mendekati Hawa."Saya minta maaf." Remaja lelaki itu meminta maaf,Hawa memandangnya dengan tajam akan tetapi dengan tiba-tiba ada satu suara gadis yang bersama dua orang lagi rakannya ketawa kepada Hawa.Remaja lelaki itu dan Hawa memandang kepada gadis yang ketawakan Hawa.
"Hahahahahahaha!!! Padan muka dengan dia,dah la tak comel,selekeh,bertambah-tambah buruk la muka dia lepas kena bola sepak tu." ujar gadis itu.Remaja lelaki itu kembali memandang Hawa.
"Betul juga kata gadis tu,perempuan ni agak selekeh.Bajunya kotor,tudungnya kedut seribu dan pipinya dah lebam akibat tendangan bola aku tadi." ujar isi hati remaja lelaki itu.Tiba-tiba air mata menitis di pipi Hawa.Remaja lelaki itu terkejut.Hawa bangun dan berlari dari tempat itu.Remaja lelaki itu cuba mengejarnya malangnya,Hawa sudah menghilangkan diri dengan sekelip mata.
"Ke mana dia pergi ni." soal isi hati remaja lelaki itu.
"Zakry,ni ada sepucuk surat cinta buat kau." panggil rakan remaja lelaki yang bernama Zakry itu.Zakry membuka surat itu dan membaca segala isi surat tersebut.Setelah habis membacanya,Zakry mengkoyak kan surat itu dan berjalan menuju ke arah gadis yang ketawakan Hawa sebentar tadi.
Dibalingnya surat itu ke wajah gadis itu,tersentak gadis itu dengan perbuatan Zakry.
"Ehhh kau ni kenapa,hah!" Marah gadis yang bernama Emilin itu.
"Kau dengar sini perempuan,aku tak perlukan surat kau bagai ni.Jangan pernah mimpi aku nak sukakan gadis macam kau yang hanya tahu menghina kekurangan orang lain berbanding nak cermin diri sendiri dulu!Kau simpan semua mimpi-mimpi kau tu.Aku tak hingin lah perempuan macam kau.Kau ni tak ubah macam tong sampah.Hati busuk penuh kedengkian dengan kehidupan orang lain." Zakry memarahi Emilin.
Tercengang-cengang Emilin akibat dimarahi oleh Zakry."Kau tunggu Hawa!kau tunggu!sebab kau,aku yang kena semula!" Jerit hati Emilin.
<TO BE CONTINUE>
YOU ARE READING
(SHORTSTORY) The House *Completed*
Misterio / Suspenso..................................... "Awfiyah,saya tahu yang awak dah lalui semuanya waktu awak berada dalam rumah tu.Saya tahu apa yang awak nampak dan apa yang jadi semasa awak dalam rumah tu.Sekarang ni saya cuma minta awak beri saya kerjasama u...