last 🌸

43 3 4
                                    

Awfiyah memperbetulkan tudungnya yang senget sedikit.Dia melepaskan satu keluhan yang berat.Awfiyah sudah bersiap lebih awal untuk pulang ke kampung halamannya di Penang.Dia keluar dari chalet itu dan membawa beg baju ke luar serta diberikan kepada Zakry dan Zakry memasukkan beg bajunya ke dalam kereta Encik Taufiq.

"Hawa,cepat la sikit.Orang dah letih tunggu kau bersiap.Lambat betul kau ni.Tu la,aku suruh siap awal-awal,kau main-main lagi.Kang aku tinggal kang baru kau tahu." Awfiyah menjerit dari luar memanggil Hawa yang masih lagi bersiap di dalam bilik.

"Ehhh kejap laaa.Tunggu laa." ujar Hawa sambil berlari ke depan pintu chalet dan membuat isyarat menunggu dengan tapak tangannya.

"Aku nak check kejap,takut ada barang yang tertinggal." ulas Hawa dan Awfiyah cuma memandang dengan menyepetkan matanya tanda dia bosan dengan perangai rakannya itu.Awfiyah maklum akan perangai Hawa yang suka membuang masa dan apabila mereka hendak ke sesuatu tempat dengan kadar segera,Hawa baru nak bersiap.Awfiyah mengembuskan nafasnya dengan kuat tanda dia sudah tidak larat mahu menunggu Hawa.

"Macam berat je bunyi keluhan tu,Awfiyah?" soal Encik Taufiq.Awfiyah tersentak dan tersenyum manis kepada Encik Taufiq.

"Tak ada apa lah Encik Taufiq,saya okay saja.Tu,Hawa tu yang masih tak okay sampai terpaksa menyusahkan Encik Taufiq untuk tunggu dia bersiap lagi." Jelas Awfiyah.Encik Taufiq memandang ke arah Awfiyah sambil ketawa kecil.

"Biasa la Awfiyah,perempuan kan memang macam tu,ye tak?" balas Encik Taufiq.

"Ehhhh tak semua perempuan macam tu okay." herdik Awfiyah dan Encik Taufiq cuma tersenyum.

"Awfiyah." panggil Encik Taufiq dan Awfiyah memandang Encik Taufiq.

"Can you stop calling me 'sir'?Just call me Taufiq?Can you?" soalan Encik Taufiq itu membuatkan Awfiyah terkedu.

"Dah kenapa pula dengan bos aku ni." rungut isi hati Awfiyah.Kemudian dia cuma membalas kata-kata Encik Taufiq dengan mengangkat ibu jarinya ke atas tanda dia 'okay' sahaja dengan panggilan tersebut.Zakry memanggil Encik Taufiq untuk menguruskan sesuatu.Awfiyah memandang ke arah tepi chaletnya dan dia terpandang rumah misteri itu.Awfiyah berjalan mendekati rumah itu dan memandangnya dengan pandangan yang penuh kesayuan.

"Rumah yang mendatangkan pelbagai cerita sedih dan sadis yang akhirnya terbongkar juga misteri tersebut." Ulas isi hati Awfiyah dan tiba-tiba dia ternampak satu kelibat gadis cantik berbaju kebaya pendek berwarna biru laut dengan memakai kain batik,berambut panjang dan ditelinganya diselitkan bunga ros yang kembang mekar,serta kulitnya yang putih melepak dan secalit gincu berwarna merah jambu di bibirnya yang sedang tersenyum ke arah Awfiyah sambil melambaikan tangannya.Awfiyah membalas senyuman tersebut sambil melambai kembali kepada gadis itu.

"Jadi,inilah 'Tuan Punya Rumah' ni.Cantik rupanya orangnya tapi sayang.Dia cuma satu bayangan roh yang sudah kelihatan tenang sekali." bisik hati kecil Awfiyah.Hawa menjerit memanggil nama Awfiyah tanda mereka sudah mahu pulang ke kampungnya.Awfiyah mula melangkah untuk pergi dari tempat itu.

"Kerana kekejaman hati manusia,gadis itu yang menerima 'kesakitannya'." ungkap Awfiyah perlahan.Setitis air matanya jatuh ke atas pipinya yang gebu.

"Selamat tinggal."bisik isi hatinya lagi.

👻👻👻

Tempiasan angin laut menerpai wajah mulus Awfiyah.Dia berjalan di tepi pantai dengan gerak yang perlahan.Hatinya semakin tenang selepas mendengar segala penjelasan dari neneknya tentang 'makhluk baru' yang cuba melindunginya itu.Rupanya makhluk yang cuba melindunginya tempoh hari semasa dia diserang oleh lembaga perempuan itu adalah saka peninggalan arwah ayahnya.Patut lah sewaktu saat-saat akhir ayahnya,ayah Awfiyah kelihatan sukar untuk menghembuskan nafas terakhirnya.Hal ini kerana arwah ayahnya sudah mengikat janji dengan saka peninggalan nenek moyang mereka untuk menjaga saka tersebut dan sebagai pembalasan kepada ayah Awfiyah,saka itu menawarkan dirinya untuk melindungi keluarga Awfiyah dari sebarang bencana.

Akan tetapi ayah Awfiyah cuba juga untuk membuang saka itu di saat waktu akhirnya kerana dia tidak mahu anaknya iaitu Awfiyah menjadi pengganti kepada arwah ayahnya untuk menjaga saka itu,apatah lagi Awfiyah seorang perempuan.Tetapi saka itu tidak mahu melepaskan kedudukannya sebagai pelindung keluarga Awfiyah dan saka itu berjanji tidak mahu mengapa-apakan Awfiyah jika ayah Awfiyah mahu membela saka itu lagi tetapi diletakkan syarat yang agak menyukarkan iaitu di waktu terakhir hayat arwah ayahnya,arwah ayah Awfiyah perlu memberi makanan kepada saka itu buat yang terakhir kali supaya dia sentiasa kenyang dan tidak menganggu Awfiyah.Makanan yang dipinta saka itu ialah 10 ekor ayam kampung yang masih hidup dan masih muda disertai dengan sebotol darah dari tubuh arwah ayah Awfiyah.

Arwah ayah Awfiyah menepati dan memberi segala yang dipinta saka itu dan seperti yang dijanjikan,saka itu terus menjaga keluarga Awfiyah tanpa menganggu kekuarga Awfiyah.Maka disebabkan hal itulah menyebab kan diri Awfiyah dilindungi semasa dia diserang lembaga perempuan itu.

Awfiyah menggeleng-gelengkan kepalanya berkali-kali.Dia sebolehnya tidak mahu mengingati lagi segala perkara yang telah berlaku kepada dirinya kerana ia membawa pelbagai pengalaman ngeri dalam hidupnya.Awfiyah terus berjalan sambil mengocak-ngocak air laut yang mengenai kakinya.Encik Taufiq dan Zakry mengikut datuk Awfiyah pergi menjala ikan di tengah laut manakala Hawa pula berada di rumah bersama neneknya untuk membantu menyiapkan makan malam untuk mereka dan Awfiyah melarikan diri secara senyap-senyap agar dia tidak dimarahi oleh neneknya kerana cuba mengelak daripada membantu neneknya menyediakan hidangan makan malam.Awfiyah tersenyum sendirian dan dia duduk di gigi air sambil bermain air pantai itu.Skirt yang dipakainya habis basah kerana terkena air laut itu.Awfiyah juga kelihatan cantik hari ini.Dia mengenakan baju muslimah berwarna unggu terang dan skirt berbunga kecil yang berwarna putih serta tanahnya berwarna hitam dan tudung bawal labuh berwarna merah jambu.Awfiyah ketawa kecil apabila mengingati insiden sewaktu di rumah selepas dia selesai menyiapkan dirinya.Encik Taufiq melihatnya sehingga tidak sedar dia sedang menghiris jarinya sendiri sewaktu memotong bahagian-bahagian ayam yang baru disembelih.Zakry dan Hawa hanya menjadi tukang ketawa sahaja waktu itu.

"Kenangan....Segalanya kenangan...Apa yang telah berlaku pada waktu yang lepas cuma tinggal kenangan.Semoga hari yang akan datang menyinari hidupku dengan warna-warna yang indah." Awfiyah berucap sendirian.Tiba-tiba matanya terpandang satu makhluk yang sedang bertenggek di atas pokok.Awfiyah tersenyum sahaja,dia sudah tahu siapa makhluk itu,jadi dia tidak perlu takut lagi.Awfiyah memandang ke arah lautan dengan pandangan mata yang bersinar dengan memberi seribu makna.Senyuman manisnya tidak pernah lekang setelah selesai segala urusannya.

"Tangisan perempuan dan bilik kosong itu tidak pernah aku lupakan kerana itulah yang membawa sejarah seram buat pertama kali dalam hidupku." Awfiyah bermonolog sendirian.

<TAMAT>

(SHORTSTORY) The House *Completed*Where stories live. Discover now