chapter nine🌸

27 4 0
                                    

Akhirnya keputusan yang Awfiyah buat sekarang membuatkan dirinya kembali berada di depan rumah kosong itu semula.Awfiyah memandang jam di tangan sudah menunjukkan pukul 3:30 petang.Awfiyah datang keseorangan ke rumah itu.Dia sudah menghubungi Encik Taufiq dan dia dimarahi oleh Encik Taufiq kerana membuat tindakan berani pergi ke rumah kosong itu seorang diri.

Awfiyah memandang keadaan sekeliling chalet,sunyi dan sepi kawasan itu.Bulu romanya kembali meremang dan dia duduk di atas tangga di rumah kosong itu.

"Mana diorang ni?" rungut Awfiyah.Berkali-kali dia memandang jam di tangan.Tiba-tiba bahunya terasa seperti ditepuk kuat oleh seseorang,apabila dia menoleh ke belakang dia melihat tiada sesiapa di situ dan Awfiyah sudah mula berasa ketakutan semula.

Awfiyah mengambil telefon yang berada di dalam beg sandangnya dan menelefon Encik Taufiq,malangnya panggilannya tidak diangkat.Encik Taufiq sudah berjanji akan berada di tempat itu bersama-sama Hawa dan Zakry pada pukul 3:30 petang.Awfiyah memandang jam di tangan lagi.Jam sudah menunjukkan pukul 3:45 petang.

Awfiyah sudah berasa bosan menunggu lama dan dia bangun serta menarik nafas mendalam.

"Aku kena beranikan diri hadapi semua ini.Kerana ini lah satu-satunya cara untuk aku selesaikan masalah ini." Awfiyah mengomel seorang diri dan dengan segala keberanian yang ada,Awfiyah memasuki rumah itu semula,yang hairannya Encik Taufiq mengatakan bahawa selepas kes Awfiyah selesai dijumpai,rumah kosong itu dikunci semula oleh Inspektor polis itu tetapi hari ini Awfiyah boleh memasuki begitu sahaja seumpama ada seseorang yang telah membuka pintu rumah itu.

Awfiyah terus berjalan ke dalam dan membuka lampu suluh yang dibawanya.Keadaan dalam rumah itu tetap sama.Masih berselerak dan banyak barangan yang pecah dan dipenuhi habuk.Awfiyah berjalan memasuki ruang tamu,dia cuba mencari bilik yang pernah dia dikurungkan.Awfiyah meneruskan perjalanannya sampai lah di depan ruangan dapur,Awfiyah mula terdengar akan tangisan suara perempuan dari satu arah bilik yang tertutup rapat.

"Wahai penghuni rumah,aku datang cuma untuk membantu kamu seperti yang dijanjikan,jadi lebih baik kamu mudahkan kerja ku untuk membantu mu." Awfiyah cuba berkomunikasi dengan makhluk itu dan tiba-tiba satu pintu bilik di sudut belakang dapur itu terbuka dengan sendirinya dan Awfiyah mendekati bilik itu serta suara tangisan yang didengarinya semakin kuat kedengaran.

👻👻👻

"Eh Taufiq,kau kata Awfiyah dah ada dekat sini?mana dia?" soal Zakry kepada Encik Taufiq.
Encik Taufiq hanya mendiamkan diri.Hawa dan Zakry saling berpandangan dan beberapa minit kemudian datang inspektor polis yang mengendalikan kes rumah kosong itu.

"So Encik Taufiq telefon saya semata-mata nak saya bukakan pintu rumah ni buat kali kedua?" soal inspektor polis itu.Encik Taufiq mengangguk.Encik Taufiq kelihatan cemas.

"Awfiyah mesti dah masuk kedalam tu kan Encik Taufiq?" Hawa pula menyoal Encik Taufiq dan jawapan dari Encik Taufiq membuat Zakry,Hawa dan inspektor polis itu tertunggu-tunggu untuk mendengarnya.

👻👻👻

Awfiyah sudah memasuki bilik yang pintunya tiba-tiba terbuka dengan sendiri itu.Awfiyah melihat keadaan sekelilingnya dan keadaan di dalam bilik itu lebih gelap berbanding keadaan di bahagian ruang tamu dan dapur kerana bilik itu tiada tingkap serta kosong.Cuma ada almari,dan katil sahaja.

Awfiyah berhenti seketika,dia terlihat satu lembaga perempuan sedang menangis di satu sudut di tepi almari itu.Awfiyah cuba memberanikan dirinya.Lembaga perempuan itu seperti yang pernah dilihatnya sewaktu dia terkurung dalam bilik ini dan sewaktu dia berada di hospital.Lembaga perempuan berambut panjang,berbaju hitam,berkuku panjang dan dipenuh darah serta wajahnya tidak kelihatan kerana terhalang dengan rambutnya yang panjang.
Awfiyah cuba mendekati lembaga perempuan itu.Tangisannya sama seperti yang pernah didengari oleh Awfiyah ketika dia terkurung dalam bilik itu.Semakin kuat pula tangisannya apabila Awfiyah cuba mendekatinya.

Tiba-tiba jarinya ditundingkan ke arah almari itu.Awfiyah melihat almari itu dan kelihatan kesan cakaran serta darah yang banyak berbekas di permukaan almari itu.

"Heii,aku datang nak bantu kau.Jangan la keluarkan tangisan itu lagi." Awfiyah berbicara dengan lembaga perempuan itu.Lembaga itu diam seketika,dan Awfiyah ingin membuka almari itu tetapi dengan tiba-tiba Awfiyah diserang lembaga perempuan itu.Lengan Awfiyah dicakarnya sehingga berdarah.Awfiyah jatuh terbaring di hujung katil.Awfiyah mula cemas dan ketakutan.Dia mula membaca surahtul Kursi akan tetapi lembaga perempuan itu seperti tidak takut dengannya malah lembaga perempuan itu makin mendekati Awfiyah dan cuba mencederakannya lagi untuk kali kedua.Awfiyah semakin ketakutan dan dia mengundurkan badannya dengan cepat sehingga berlaga dengan dinding bilik kosong itu.Lembaga perempuan itu menghilang tuba-tiba.
Awfiyah menghembus nafas lega dan cuba berdiri tetapi dengan secara mengejut juga lembaga itu kembali malahan semakin dekat dengan Awfiyah sambil tangannya diangkat tinggi dan mahu mencakar Awfiyah.

"Tolonggggggggggggggggggggg!!!!!!!!!!!!!" Awfiyah menjerit meminta pertolongan.

👻👻👻

Jeritan suara perempuan dari dalam rumah mengerikan itu mematikan perbualan antara Encik Taufiq dan Hawa.Dengan segera inspektor polis itu cuba membuka pintu rumah iti dengan kunci yang dipegangnya.Malangnya kunci itu tidak dapat membuka kan pintu rumah itu.Inspektor polis itu mula kehairanan.

"Kenapa tuan?kenapa dengan kunci tu?" soal Encik Taufiq cemas.

"Saya tak tahu,tiba-tiba kunci ini tidak boleh dimasukkan ke dalam lubang tombol pintu ini." jelas Inspektor polis itu.Wajah Encik Taufiq sudah berubah pucat.

"Tuan,cuba lagi sekali!cuba lagi.mesti boleh." Encik Taufiq mengerah inspektor polis itu membuka pintu itu juga tetapi tetap tidak boleh.mereka semua kehairanan dan cemas.

"Tuan,pekerja saya ada di dalam rumah ni tuan.Tolong la buka pintu ni." Encik Taufiq mula mengelabah seperti cacing kepanasan.

"Saya minta maaf Encik Taufiq,tetapi kunci ini tak boleh nak buka pintu ni secara tiba-tiba sahaja." balas inspektor polis itu.Encik Taufiq sudah mula kerisauan.Zakry mendekati abangnya dan menepuk bahunya sambil jarinya menunjuk ke arah pintu itu dan kemudian kakinya pula.Dengan bahasa isyarat dari Zakry itu,Encik Taufiq dan Inspektor polis itu faham.

"Hawa,awak duduk jauh sikit.Takut bahaya menimpa awak pula." pesan Zakry kepada Hawa dan Hawa memahaminya lalu mengundur ke belakang 10 tapak jauh dari Zakry.Manakal Encik Taufiq,Inspektor polis dan Zakry sudah bersedia untuk merempuhkan pintu itu dengan tendangan dari kaki mereka.

<TO BE CONTINUE>

(SHORTSTORY) The House *Completed*Where stories live. Discover now