Felix pov:Aku melihat keadaan rakan sekeliling yang masih dalam keadaan yang teruk akibat apa yang terjadi waktu misi kami sebelum ini. Alice dah hilang.... dan Reika salahkan diri dia sendiri dan berkurung dalam bilik selama tiga hari tanpa makan dan akhirnya jatuh sakit. Aku minta maid untuk jaga dia dan buatkan dia bubur dan ubat. Aku mula melangkah ke dalam bilik Reika. Dia kelihatan sangat pucat dan kurus. Aku terus mendekati dia dengan wajah yang sayu....
" Reika, nah aku ada mintak maid sediakan ubat dan bubur. Jom makan."
" Tak nak. Kau makan jelah." ucap Reika dengan perlahan.
" Kau kena makan jugak. Kang sakit kau ni tak sembuh2. MAKAN SEKARANG. " jerit aku sedikit.
" Tak nak. "
" Makan. "
" Tak nak. "
" Degil la kau ni. Makan! "
" Tak nak! Aku kata tak nak! "
Aku mulai geram lalu menyumbat sesudu bubur ke dalam mulut Reika.
" Mmmfff! "
" Haa.. baik kau makan sekarang kalau tak aku suap kau. Ke kau suka aku suapkan? "
" Grrr! " dengus Reika lalu mula makan.
" Bagus. Skang makan ubat. "
" Tak nak. Tak sedap. Pahit. Macam daun. "
" Banyakla kau, makan lah!! " jerit aku.
" Huaaaa......" Reika mula menangis.
" Ah sudah, dia menangis la pulak.... peningnya aku..... " keluh aku seperti orang gila.
" Aku tahu aku seorang putera~~
Tak reti jaga orang~~
Jadi janganlah buat ku begini~~" nyanyi aku." Kau merapu apa pak cik? " tanya Reika yang terdiam bila dengar aku menyanyi.
Dengan cepat aku sumbat ubat kat dalam mulut Reika time mulut dia terbuka.
" Holy Shit!! Tak sedap. " ucap Reika sambil cepat2 minum air apabila termakan ubat yang aku sumbat kat mulut dia tadi.
" Wey, janganlah salahkan diri kau lagi. Alice kena culik tu bukan salah kau sebab memang kita tak jangka yang diorang nak culik Alice. "pujuk aku.
" Tak semuanya memang salah aku. Kau tak faham..... sebab kau tak rasa duduk kat tempat aku pun. Sekarang aku nak bersendirian. Tolong keluar. " balas Reika dengan dingin sambil memeluk tubuhnya.
" Tapi Reika, kau kena... "
" Aku kata keluar!! " jerit Reika sambil menunding jari ke arah pintu.
" Kalau macam ni la perangai kau, masalah ni takkan selesai. Kau fikir la sendiri. Aku takkan ganggu kau lagi. " ucap aku dengan geram sebelum meninggalkan bilik itu.
End Felix pov.
Reika pov:
Pintu dihempas dengan kuat sebelum keadaan menjadi sunyi kembali. Aku terus memeluk tubuhku seperti kanak2 yang ketakutan.
AKU TAK BERGUNA....
AKU TAK BERGUNA....
AKU TAK BERGUNA....
AKU PATUT DIBENCI....
AKU PATUT MATI....
HAHAHAHA........
MACAM YANG MAMA SELALU CAKAP.
AKU TAK BERGUNA...
AKU TAK LAYAK HIDUP...
BUAT BAZIR RUANG JE KAT DUNIA NI...Flashback:
" Mama Claire, tengok ni! Reika dapat nombor 2 dalam kelas untuk ujian akhir tahun kali ni. " - Reika
" Bodohnya kau, tengok anak aku. Dapat nombor satu dalam kelas. Sepatutnya kau jadi pandai macam dia. Dapat nombor satu, bukanya bodoh macam kau. Mesti arwah mak kau pun bodoh macam kau kan? " -Claire
" Tapi, Reika nampak kakak Clarissa meniru. Arwah mama Reika pandailah. Papa yang bagitau. " -Reika
" Suka hati kau je cakap anak aku meniru!! Kau dengki kan!!! Eh, kau tu bodoh, tak berguna, hodoh pulak tu. Buat bazir ruang je kat dunia ni. " jerit Claire sambil tampar muka Reika lalu pergi.
" Opsss, sorry mama tak percayakan kau pulak. Aku dah agak mama akan percayakan aku. So, stop mengadu ye? Hahahahaha. " Bisik Clarissa lalu menolak badan Reika dengan kasar sampai jatuh ke lantai.
End Flashback.
" HAHAHAHA. AKU MEMANG TAK BERGUNA. "
End Reika pov.
Tatsuya pov:
Aku pergi ke bilik Reika. Pintu diketuk sebelum dibuka. Aku terkejut melihat keadaan bilik Reika yang bersepah dan kaca yang berderai sana sini dipenuhi darah. Apa yang lebih memgejutkan aku melihat tangan Reika dilumuri darah akibat percubaan mencederakan diri sendiri. Ini sudah melampaui batas! Aku terus menarik tangan sebelah Reika yang tidak tercedera dan membawa dia ke sebuah taman. Lantas aku menolak dia menghampiri pokok.
" Reika, perbuatan kau dah melampau! Kau tak patut cedera kan diri sendiri. Alice diculik bukan salah kau! Silentbreaker memang dah rancang awal - awal! Dah meh aku tolong rawat kau! " ujar aku dan mahu memegang tangan Reika tapi tangan aku ditepis dengan kasar.
" Kenapa kau nak ambik berat pasal aku? Kau bukanya keluarga aku pun. Lagipun aku ni memang tak berguna. Dah kau berambus sekarang! Aku tak nak jumpa dengan kau. Pergi! Biarkan aku mati! " pekik Reika.
Tiba-tiba aku merasakan kemarahan mula menyelubungiku lantas aku berkata..
" Aku ambil berat pasal kau sebab aku cintakan kau. Aku tak sanggup kehilangan kau. Aku takkan benarkan kau mati walaupun kau nak. Kalau kau rasa kau tak berguna, kau boleh tebus kesalahan kau dengan hapuskan Silentbreker. Aku takkan kacau kau lepas ni. Kau buat la apa kau nak. Asalkan aku nak kau tahu yang aku akan sentiasa cintakan kau. REIKA. " balas aku lantas membalut luka Reika dengan sapu tangan sebelum menapak pergi.
End Tatsuya pov.
Reika pov:
Aku tergamam dengan apa yang Tatsuya kata. Aku terus jatuh terlutut dan hujan mula membasahi diriku.
Sekali lagi aku melalui hari yang teruk....
End Reika pov.
Au
Sementara itu...
Di istana Silentbreaker...." Lepaskan aku! Korang nak buat apa dengan aku hah?! " jerit Alice apabila dia diseret ke sebuah tempat yang pelik. Lebih tepat lagi seperti sebuah tempat pemujaan. Dia diikat diatas sebuah bulatan yang dipenuhi tulisan mantera yang tidak difahami.
" Shhh senyap. Gadis macam kau tak patut menjerit macam tu. " balas seorang lelaki bertopi ahli silap mata dengan senyuman manis.
" ...... " -???
" Jadi, apa yang perlu kita buat dengan kakak ni? " - Taffy
" Kita kena tunggu arahan ayah. " balas lelaki berambut merah yang hanya senyap dari tadi.
" Hoi jawab la! " jerit Alice sekali lagi.
" Aku akan jadikan kau bahan utama dalam rancangan aku... UNTUK TAKLUKI KEEMPAT NEGARA UTAMA DUNIA INI. WAHAI THE TIMEKEEPER-THE LITTLE ALICE. " balas seorang lelaki berhud.
" Ayah! " -Taffy
" Tak.. Tak mungkin....kau... Raja... Silentbreaker?! " balas Alice dengan wajah terkejut.
Bukankah kau telah dihapuskan?
End Chapter 15.
Bonus:
" Maafkan author sebab lambat update. Author tak de idea. Kalau author rajin, author akan upadate lagi dalam masa terdekat. Sayonara*bow* "
YOU ARE READING
Dreamcatcher : A Long Journey To Catch My Dream
FantasyREIKA. Gadis yg normal dengan kehidupan yang normal. Seperti gadis - gadis lain dia juga punya impian iaitu untuk mencipta novel yang best. Tapi segalanya menjadi aneh apabila dia termasuk ke satu dunia yang tidak pernah diketahui sesiapa.....