Bella side
Bella sedang melarikan diri di belakang rumah yang dia dan Zoey ceroboh tu sepantas kilat dengan 3 lelaki mengejar dia dari belakang.
Tengah tengah larikan diri tu pulak la tetiba di depan Bella ada sesuatu yang membuatkan dia berhenti berlari.
"Haish! Jalan mati, tak guna!" Maki Bella geram.
'HEY KAMU!!!! JANGAN LARI!!!!'
Bella berpusing ke belakang dan dapati ketiga lelaki yang kejar dia tu berada jauh di belakang dia mengambil nafas penat.
Tapi di sebabkan keadaan di belakang rumah gelap, dia tak dapat nak tengok muka ketiga lelaki tu.
"Eh! Baru lari sedikit dah penat ke ha?!" Ejek Bella lalu terus ketawa mengejek.
Ketiga lelaki tu bercekak pinggang pandang Bella tajam. "Kamu ni memang nak kena!!"
Lalu Bella dapati ketiga lelaki tu meluru ke arah dia. Dia tengok sekeliling dia lalu terus mendapat idea bila tengok ada pasu bunga besar berdekatan dinding rumah di tepi tu.
Setelah mendapat idea, dia terus mengelak ketiga lelaki tu dan..
Hup!
Bug!
"YES!!! BERJAYA!!!" jerit Bella teruja sebaik sahaja dah berada di atas bumbung rumah.
Yup. Dia pijak pasu bunga besar tu dan terus lompat tinggi naik ke atas bumbung rumah.
Terkejut kedua lelaki yang berada di bawah tu. Bella tengok ke bawah. "Hahahahah!! Tak dapat tak dapat!! Buekk!!!"
Kedua lelaki tu geram dengan ejekan Bella. Tapi dalam beberapa saat Bella baru tersedar.
Dia tengok ke bawah semula. Mata terus terbeliak. "Bukan tadi ada 3 orang yang kejar aku ke? Tapi 2 orang, mana lagi sorang?" Ucap Bella seorang diri sambil berfikir.
Kedua lelaki di bawah tu dah senyum sinis dah.
Tap! Tap!
"Ehem!" Bahu Bella ditepuk, Bella terkaku sekejap lalu terus pandang ke belakang dia.
"AKKKKKKK!!!!!!!!!"
YOU ARE READING
[C] TENGKU KGDVL S2
Teen FictionKisah tentang king yang mahu tebus kesalahan mereka yang tak disedari kepada devil iaitu isteri mereka yang sah. Demi jumpa dan dapat anak dan isteri mereka semula, mereka sanggup buat apa apa sahaja. ps. sila baca book 1 terlebih dahulu supaya tia...