Fatimah az-zahra 4

42 1 0
                                    

Indahnya Perjalanan Hidup Fatimah Az-Zahra Ummu Abiha

Bab 4 - SALASILAH KETURUNAN

Bahagian 2/2

Abdul Muthalib menggali sendiri mata air tersebut yang mulai tertimbun setelah penolakan orang-orang Quraisy untuk membantunya. Dia pun bernazar pada waktu itu, jika Allah memberinya 10 anak, maka dia akan menyembelih salah seorang dari mereka.

Muthalib pun selesai menggali sumur zam-zam supaya menjadi sumber air bagi penduduk Mekah dan jemaah haji, dan ianya akan selalu diingat sampai kiamat tiba.  Insya Allah.

Allah pun mengabulkan doa yang dipanjatkan oleh Abdul Muthalib terhadap anak-anaknya dengan air zam-zam yang diberkati. Dia tidak pernah meminta pertolongan kepada dukun. Ini adalah bukti bahawa Abdul Muthalib adalah seorang yang memiliki kesucian dan keberkatan. Abdul Muthalib merupakan seseorang yang berbeza dari kebanyakan kaum Quraisy. Dia tidak pernah menyembah berhala dan dia adalah yu’dhim adh-dhulam (sangat membenci terhadap perbuatan tersebut). Abdul Muthalib juga membenci sifat fujur sehingga kesucian batinnya terjaga pada dirinya.

Seiring berjalannya waktu, Allah pun mengabulkan doanya dengan memberinya sepuluh anak lelaki. Mereka adalah Haris, Zubir, Abu Talib, Abdullah, Hamzah, Abi Lahab, Ghidaq, Muqawwam, Dhirar dan Abbas. Abdul Muthalib pun mengumpulkan mereka dan memberitahu perihal nazar yang pernah dibuatnya. Tiada seorang pun dari mereka yang berselisih faham tentang ini. Kemudian salah seorang dari mereka berkata, “Penuhilah nazar kamu wahai ayahku dan lakukan apa yang hendak kamu lakukan.”   Abdul Muthalib menyuruh mereka untuk menulis nama mereka pada anak panah mereka masing-masing. Mereka pun melakukan mengikut arahan yang diberikan oleh ayah mereka.

Abdul Muthalib masuk ke dalam Ka’bah dan menyuruh kepada As-Sadan (pelayan Ka’bah) Ka’bah untuk mengadun kesemua anak panah tersebut serta mengambil salah satu darinya, penjaga Ka’bah itu pun melakukannya. Keluarlah anak panah yang tertera nama Abdullah. Abdullah adalah seorang anak yang sangat dikasihi oleh Abdul Muthalib melebihi anak-anaknya yang lain. Abdul Muthalib pun menyiapkan pisau dan menuntun Abdullah ke tempat pancungan. Menangislah anak-anak perempuan Abdul Muthalib dan salah seorang dari mereka berkata kepada ayahnya,¹  “Aku mendapat sebuah idea, supaya kamu mengundinya dengan unta- unta kamu yang ada di Al-Haram (Mekah).”  

Orang-orang Quraisy pun berhamburan keluar terutama sepupu-sepupu dari pihak ibu. Mereka berkata kepada Abdul Muthalib, “Demi Allah, janganlah kamu menyembelihnya.” Kemudian Abdul Muthalib berkata kepada as-sadan tersebut. Adunlah ke atasnya (anak panah yang tertulis nama Abdullah) dengan 10 ekor unta (anak panah yang tertulis 10 ekor unta)”  kerana pada waktu itu harga satu nyawa manusia adalah sama banyak dengan 10 ekor unta.

Pelayan tersebut pun mengadunnya dan mengambil secara acak dan panah Abdullah yang keluar. Abdul Muthalib pun menambahkan bilangan 10 unta lagi, dan terus seperti itu kerana anak panah Abdullah yang selalu keluar sehingga mencapai 100 ekor unta. Pelayan tersebut pun mengadun anak-anak panah tersebut, lalu keluarlah anak panah unta. Abdul Muthalib pun bertakbir berserta seluruh manusia yang berada bersamanya. Abdul Muthalib mempersembahkan 100 ekor unta dan menyembelihnya.

Sesungguhnya dengan kejadian ini mengingatkan kembali terhadap pengorbanan yang dilakukan seorang Ismail a.s terhadap mimpi yang dialami oleh ayahandanya Nabi Ibrahim a.s.  Pada suatu hari Ibrahim menceritakan kepada Ismail tentang mimpi yang dialaminya bahawa dia melihat dirinya di dalam mimpi menyembelihnya dan Ibrahim tidak mendapati seorang anak pun di depannya kecuali dia adalah seorang yang taat dan memenuhi (perintah) dari mimpi ayahnya. Ismail berkata kepada ayahnya,  “Lakukanlah apa yang diperintahkan dan Insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk ke dalam orang-orang yang sabar.”  Peristiwa ini menjadikannya sebagai sebuah sunnah di dalam Islam yang dilakukan pada setiap tahunnya iaitu berkorban.

 MUTIARA HIJRAHTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang