BAB 1

2.6K 28 0
                                        

HARI ini hari pertama Success Institute beroperasi semula selepas cuti semester tamat. Pagi-pagi lagi Arena Court sudah dibanjiri dengan pelajar yang kebanyakannya sibuk mendaftar subjek dan memilih kelab apa yang bakal mereka sertai.

Juan bersemangat menampal pamphlet PRS di meeting board. Selesai menampal, Juan mahu beredar. Dia terhenti seketika bila berselisih dengan Aamily dan Kikie.

Sambil lalu, Juan hulurkan pamhplet kepada Aamily. Kemudian terus berlalu tanpa sempat Aamily berkata apa-apa.

"Hisy, apa benda pulak ni?"

Aamily membaca pamphlet itu sekali lalu sahaja. Kemudian dia serahkan kepada Kikie.

"Tak ada masa aku nak melayan kelab-kelab membosankan macam ni."

"Aku ingat masa zaman sekolah aje ada kelab macam ni. Tak sangka kat kolej kita pun ada."

Kikie ketawa kecil sambil membalik-balikkan pamphlet tersebut.

"Ah, kelab-kelab ni semua sengaja nak gunakan populariti aku untuk tarik ahli masuk kelab dia orang."

Sombong dan angkuh sahaja jawapan Aamily.

Mereka sama-sama menghampiri meeting board. Membaca satu per satu notis penting yang selalunya dilekatkan di situ.

"Muka kau dengan Shawn terpampang kat mana-mana board aje sekarang ni. Memang sepadan sangatlah tu kau couple dengan kapten Big Eagle."

"Well. Siapa kat kolej ni yang tak kenal aku"

Kikie ketawa. Dia tidak nafikan perkara itu. Sebut sahaja Aamily semua studen pakat kenal.

"Nampaknya perjumpaan kita dengan Lady Marmalade minggu depan. Bersedia?" Aamily menjongketkan kening berkali-kali.

"Of course babe," jawab Kikie teruja.

Aamily mengangkat tangan dan Kikie beri high five. Mereka juga turut beredar dari board meeting.

"Kau nak lagi tak?" soal Kikie sambil hulurkan semula pamphlet PRS tadi kepada Aamily.

"Ah, malaslah. Buang masa aje layan. Kita kan dah masuk Lady Marmalade. Aku akan pastikan aku terpilih jadi captain of cheerleading squad."

Aamily merampas pamphlet di tangan Kikie dan dia keronyokkan. Kemudian dia terus sahaja campak ke dalam tong sampah.

Kikie tepuk tangan teruja. Mereka sama-sama menghilang ke bangunan sebelah.

Juan hanya tersenyum sambil menggeleng kepala bila memerhati gelagat dua gadis itu dari koridor yang bertentangan dengan board meeting.

"Mak oi! Diva betul barbie doll tu eh? Baca pun tak, terus buang macam tu aje. Macamlah bagus sangat."

Nana menjeling

"Biasalah, Nana. Orang famous. Mana layan kelab-kelab macam kita ni," balas Juan.

Dia melihat-lihat pamhplet yang masih berbaki di tangan.

"Famous pun sebab couple dengan Shawn. Siap dapat title couple of the year Malam Gala tahun lepas."

Nana mencemik. Kemudian mereka juga turut beredar dari situ.


SEMENTARA menunggu Nana mengambil saki-baki pamhplet di dalam bilik gerakan, dia terpandang pasangan yang kononnya secocok itu. Hampir dia tergelak bila Nana beritahu yang Aamily terima cinta lelaki bernama Syed Shazwan atau lebih dikenali sebagai Shawn.

Pelajar jurusan Mass Communication tahun tiga. Lelaki paling hot dalam Success Institute. Juan mencebik bila mengingatkan gelaran itu.

Aamily tidak tahu ke yang Shawn tu kaki perempuan? Siapa yang tak tergoda dengan ayat dan janji-janji manis Shawn kepada semua perempuan cantik?

Tapi, Juan tak pelik pun kalau Aamily akan jatuh cinta kepada lelaki itu. Siapa yang tak nak lelaki kacak, bergaya, berpengaruh dan mewarisi harta kekayaan keluarga?

"Dari minah tu semester pertama kau asyik perhatikan dia. Sampai dah jadi milik Shawn pun kau tak jemu-jemu tengok dia. Kau syok kat dia ke?" tebak Nana sambil tersengih-sengih.

Tak sedar pula bila Nana sudah berada di sisinya.

"Hisy, kau gila aku nak suka kat dia? Perempuan senget macam tu."

Juan menjeling Nana yang sudah ketawa. Kemudian matanya kembali memandang Aamily yang sedang mesra berbual dengan Shawn.

"Aku risau aje bila minah tu kena tinggal dengan Shawn. Freshies baru dah masuk. Aku takut kes lama berulang lagi aje."

Nana buka cerita.

"Kes Hanim satu batch dengan kita tu?" teka Juan.

Nana mengangguk laju. Dia mengeluh mengenangkan nasib Hanim. Selepas putus cinta dengan Shawn sebab Shawn dah gila bayang dengan Aamily, dia terus berhenti kolej dan bawa diri. Sampai sekarang tak pernah dengar khabar berita Hanim.

"Lantak dialah Nana." Itu sahaja yang mampu Juan tuturkan. Kemudian, mereka sama-sama menuju ke bahagian IT. 

CIK PEMBANTU JELITATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang