AAMILY semakin gelisah. Semenjak satu minggu ini Shawn jarang mahu bermesej dengannya. Sering mahu mengelak berjumpa dan kalau Aamily telefon, ada sahaja alasannya.
Aamily masih lagi cuba menghubungi Shawn, tapi taliannya tetap sepi tidak berangkat. Aamily berdecit. Dia campak telefon pintarnya ke atas katil dan terus masuk ke bilik air.
Dia harus cepat-cepat ke kolej untuk bersemuka dengan Shawn. Dia harus tahu kenapa dirinya dipinggirkan terus-terusan.
Dalam masa satu jam dia sudah bersedia mahu ke kolej. Sarapan pun dia tidak mahu. Apa yang paling penting sekarang dia mahu berjumpa dengan Shawn.
Aamily terus sahaja memandu menuju ke rumah Kikie dan mereka sama-sama menuju ke kolej. Sampai sahaja di kawasan kolej, Aamily segera memarkir keretanya.
Kikie juga turut buru-buru turun dari kereta.
"Kau nak cari dia kat mana?" soal Kikie sambil memandang pelik pelajar-pelajar di sekeliling mereka.
"Kat tempat dia selalu melepaklah. Sabar aku dah over limit. Seminggu ni dia asyik nak mengelak aje berjumpa dengan aku," bentak Aamily.
Kakinya terus laju melangkah menuju ke sport area.
"Kalau dia ada kat sana, tahulah aku nak ajar dia nanti."
Aamily masih merungut.
Kikie di sebelahnya masih diam dan memandang pelik di sekitarnya. Aamily menoleh bila dia perasan Kikie tidak beri respons dengan kata-katanya.
"Kau kenapa Kikie?"
Hairan Aamily melihat kelakuan ganjil Kikie. Selepas dia menyiku lengan Kikie, barulah Kikie menoleh memandangnya. Aamily mendongak kepala sekali tanda bertanya.
"Kau perasan tak apa yang aku perasan?" soal Kikie.
"Nope. What?" soal Aamily semula.
"Cuba kau tengok sekeliling. Kau tak perasan yang dia orang ni semua pandang-pandang kita lepas tu senyum-senyum?" soal Kikie sambil memandang lagi sekelilingnya
Aamily turut memandang pelajar-pelajar yang berdekatan dengannya. Dia memperlahankan ayunan langkah. Kalau tadi dia rasa satu perkara biasa bila mereka semua memandangnya ketika berjalan. Tapi, kali ini dia tidak pasti. Senyuman yang mereka pamerkan seolah-olah sedang mengejeknya.
Mindanya terus terbayang wajah Shawn. Hatinya mula rasa tidak sedap. Aamily terus berlari-lari anak biar cepat sampai di gelanggang bola keranjang yang terletak di sport area.
"Mily!" teriak Kikie.
Dia turut sama berlari-lari anak mengejar Aamily.
"SHAWN!" jerit Aamily bila dia terlihat sesuatu yang betul-betul buatkan dia hilang sabar.
Bergema suaranya di tengah-tengah sport area bila dia lihat Tania sedang mesra bergurau senda sambil duduk di atas riba Shawn.
Shawn dan Tania menoleh bila terdengar jeritan Aamily. Aamily masih merenung tajam kedua-duanya. Saat itu Kikie pula sampai dan turut terkejut dengan apa yang dilihatnya.
Shawn dengan wajah terkejut dan Tania pula malas-malas sahaja bangun dari riba Shawn. Dia berdiri dengan wajah selamba sambil berpeluk tubuh.
"What the hell is this?" soal Aamily separa menjerit.
Dia sudah tidak peduli dengan mata-mata yang memandang. Dadanya berombak kencang menahan marah. Matanya juga silih berganti memandang Shawn dan juga Tania. Dahinya berkerut bila memandang wajah Tania.

ANDA SEDANG MEMBACA
CIK PEMBANTU JELITA
RomanceTajuk: CIK PEMBANTU JELITA Penulis: HANNY ESANDRA Harga: RM24 / RM27 ISBN: 978-967-2116-56-1 POS PERCUMA! 🍀Untuk melanggan http://www.wasap.my/+60132588069