TAMAT sahaja kelas tengah hari itu, Aamily dan Kikie terus menuju ke kafe. Bergosip sambil menunggu buah hatinya di situ. Aamily melilaukan pandangan mencari kelibat Shawn.
Selang beberapa minit kemudian, Shawn tiba di kafe. Dia tersenyum bila melihat Aamily yang teruja melambai kepadanya. Sedang kakinya menuju ke meja Aamily dan Kikie, seseorang merempuh bahunya.
"Auch!"
"Ops!"
Cepat-cepat tangan Shawn menyambar lengan gadis yang terlanggar bahunya itu. Tersenyum-senyum gadis itu bila Shawn bertindak menyelamatkannya daripada terjatuh.
"Are you okay?" soal Shawn sambil menatap gadis itu.
"Okay." Gadis itu mengangguk sambil tersenyum manis.
"Shawn," sebut Shawn tanpa mengalihkan pandangannya.
"Tania." Tania selitkan rambut lurusnya di belakang telinga.
"What's going on here, huh? Hello, freshies. Buta ke? Jalan tu tengoklah orang sikit."
Entah bila masa Aamily muncul di situ. Tania sedikit terganggu dengan suara bising dan nyaring Aamily. Shawn pula seperti berada di dunianya sendiri.
"Jom, Shawn."
Aamily tarik tangan Shawn sambil matanya menjeling wajah cantik Tania. Dalam hati, sudah mula rasa sesuatu.
Akhirnya Shawn turut sahaja ke mana Aamily menarik tangannya. Sesekali matanya memandang ke meja Tania. Tania tersenyum lagi. Sengaja melirik menggoda.
"Hoi, kau main mata dengan senior tu ke? Boyfriend Aamily?" bisik Sufi sambil menyiku lengannya.
Sesekali Sufi turut memandang lelaki yang turut melirik dan tersenyum itu.
"Biarlah. Apa salahnya kan? Baru boyfriend. Bukan suami."
Tania selak rambutnya ke belakang. Dia lirik lagi ke arah meja Shawn, Aamily dan Kikie.
Tania perasan Aamily menjeling tajam ke arahnya. Dia ketawa kecil dan alihkan pandangan. Bagi Tania, ini satu permulaan. Memang patut pun Shawn digilai ramai perempuan di Success Institute. Tania juga tidak terkecuali.
"Jomlah, Sufi. Sekejap lagi kita ada kelas lagi, kan?"
Tania bangun dan menggalas begnya. Sempat lagi dia pandang ke arah Shawn yang masih setia memandangnya. Tania melambaikan tangan.
"Bye," ucapnya perlahan sambil tersenyum menggoda.
"Haisy!" Aamily tepis tangan Shawn yang membalas lambaian gadis cantik itu.
"Apa?" soal Shawn pura-pura tak faham.
"You ingat I tak nampak dengan siapa you melambai-lambai tu?"
Aamily jegilkan biji mata. Cemburunya mula meluap-luap.
"Eh, freshie tu cuma tunjuk rasa hormat ajelah. I kan pelajar tahun tiga dah. Apalah you ni. Takkan itu pun you nak cemburu?"
Sengaja Shawn menambahkan api cemburu Aamily.
"Of courselah I cemburu. You kan boyfriend I. No one can steal you from me, okay?"
Telunjuk Aamily tegak menunjal lengan Shawn.
Kikie yang dari tadi jadi pendengar hanya mampu menggeleng kepala. Mereka bertengkar macam Kikie tak wujud di situ. Tapi, Kikie terus makan dan buat tak tahu sahaja.
"Ingat tau, jangan sesekali main mata dengan freshie lagi. Ini bukan masanya you nak beramah mesra dengan freshie. You kena fokus kat FYP you."
Ada rasa gusar dalam nada Aamily apabila menyebut tentang final year project lelaki itu.
Shawn tidak membalas. Dia menyedut jus epal kepunyaannya. Tanpa Aamily sedar dia mencemik.
"Err, okey Mily. I got to go. Ada perjumpaan dengan basketball club."
Buru-buru Shawn bangun dan menggalas begnya.
"Sekarang ke? I baru aje jumpa you, Shawn. Sekejap lagilah..." rengek Aamily sambil menarik-narik hujung kemeja Shawn.
"Tak bolehlah. I kan kapten Big Eagle. Nanti coach kata apa pulak. Sorry sayang. Nanti kita jumpa ya. Apa-apa hal nanti call I okey."
Shawn mencuit dagu runcing Aamily.
Aamily hanya memandang sayu gelagat Shawn yang sedang berbual. Kemudian dia berjalan keluar dari kafe dengan rakan sepasukannya dalam bola keranjang sehinggalah lelaki itu hilang daripada pandangan.
"Apa yang kau risaukan sangat tu, Mily?" soal Kikie sambil menyedut sisa-sisa jus tembikainya.
"Siapa freshie tu?" soal Aamily dengan wajah garangnya.
"Biasalah Mily, freshie. Kerja dia nak rapat dengan senior ajelah. Supaya senang terkenal cepat."
Kikie senyum sinis.
Aamily hanya diam. Dia memang cam wajah freshie yang nampak gayanya mahu merampas lelaki paling hot di Success Institute.
"Jom. Kita pun kena tengok meeting board. Kena tengok jugak bila perjumpaan dengan Lady Marmalade."
Aamily sudah berdiri dan bersedia untuktinggalkan kafe.
YOU ARE READING
CIK PEMBANTU JELITA
عاطفيةTajuk: CIK PEMBANTU JELITA Penulis: HANNY ESANDRA Harga: RM24 / RM27 ISBN: 978-967-2116-56-1 POS PERCUMA! 🍀Untuk melanggan http://www.wasap.my/+60132588069