→05←

2.8K 425 95
                                    

» Bab 4 «

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

» Bab 4 «

Hampir luruh jantung Jungkook apabila Sungyoon menyergahnya tiba-tiba tatkala dia membuka pintu kereta. Dadanya diusap lembut. Mengurangkan detak jantungnya yang berkerja laju. Wajah Sungyoon ditatap tajam.

"Awak buat apa dekat sini?" Jungkook menyoal Sungyoon lalu keluar daripada perut kereta. Tubuh Sungyoon ditatap dari bawah sampai atas.

"Awak lupa ker kita officially couple. So, saya nak dating dengan awak hari ni. Hm, jom sarapan. By the way, cantik tak saya harini?" Kot warna hitam miliknya ditanggalkan lalu disarung pada tubuh Sungyoon.

"Sungyoon, awak pakai apa ni? Awak bagi orang lelaki bernafsu tahu tak?" Marah Jungkook kepada Sungyoon. Dia menyandarkan tubuhnya pada kereta. Kes macam ni boleh buat dia lewat masuk kerja.

"Habis awak kata, awak tak suka perempuan innocent, so, saya pakailah baju seksi-seksi. Maknanya lepas ni awak akan terus suka sayalah? Uwu, bestnya." Lagak Sungyoon seperti berfangirling. Jungkook menarik nafas dalam. Macam mana dia nak jaga budak terencat ni?

"Sungyoon baliklah. Saya dah lewat nak pergi kerja ni. Lepas saya habis kerja, kita jumpa okay. Baliklah." Halau Jungkook membuatkan Sungyoon mencebik kecewa. Tali leher dibetulkan , segera dia melangkah masuk ke tempat kerjanya.

Sungyoon dibelakang langsung tak dipandang. Bimbang jika perkara itu melarat dan seterusnya dia akan lewat masuk kerja. Mana mungkin dia mahu menjejaskan reputasi baiknya hanya semata-mata untuk perempuan lurus bendul.

"Sampai hati awak buat saya macam ni?" Sungyoon memegang kemas kot milik Jungkook. Sekali sekala dia menghidu bau kot Jungkook. Wangi. Umpama wangian Downy Adorable.

💑

Jungkook meletakkan beg kerjanya di atas lantai. Punggungnya dihenyak di atas kerusi. Pelipisnya diurut menenangkan fikirannya yang kusut.

"Kenapa dengan kau, wahai Jungkook?" soal Taehyung lalu duduk di meja kerjanya. Fail kerja diselak. Matanya masih kekal memandang Jungkook yang seperti tak waras orangnya.

"Masalah besar, Taehyung."

"Ha ceritalah seringkas yang boleh."

"Kelmarin, ada perempuan lurus bendul kacau aku. Dan kelmarin juga, dia dah jadi girlfriend aku. Official. Naik gila aku fikir benda ni. Lurus dia, ya tuhan sampaikan aku tak tersiap kerja aku. Sekarang ni, macam mana aku nak jauhkan diri daripada dia?" Panjang Jungkook bercerita bersama emosinya. Taehyung tergelak.

"Girlfriend lurus bendul? Hahaha. Okay apa daripada girlfriend yang pisau cukur. Kau nak yang mana?" Balasan daripada Taehyung membuatkan Jungkook menjelingnya sekilas.

"Kau sedap je cakap. Cuba kau duduk dengan dia beberapa minit. Tak waras aku rasa."

"Alah try jelah. Mana tahu jodoh kau sebenarnya. Kau boleh betulkan dia balik kut."

"Betulkan dia balik? Apa kau merepek ni. Dia bendul weh dia bendul. Silap hari bulan, kawan kau ni jadi bendul juga."

"Senanglah aku nak kikis duit kau nanti kalau kau bendul." Seloroh Taehyung diselangi gelak tawa. Jungkook hanya diam membisu.

💑

Setelah selesai waktu kerja, Jungkook keluar dari tempat kerjanya. Matanya melilau mencari kelibat Sungyoon yang kebiasaannya akan tercegat di depan tempat kerjanya.

"Mana pula Sungyoon ni? Merajuk? Nombor telefon dah lah tak ambil. Lepastu bawa balik kot mahal aku pula," bebel Jungkook sambil meneruskan pencarian kelibat Sungyoon.

"Balik jelah." ujar Jungkook lalu menuju ke tempat keretanya diparkir. Sehelai kertas kecil terselit di wiper cermin kereta.

01131638718
Ni nombor telefon saya. Baik awak pujuk saya sebelum kot wangi awak ni saya bagi pada anjing jiran sebelah. Sekarang!

Dahi Jungkook berkerut seribu. Cepat-cepat dia mengeluarkan telefon pintar dari poketnya.

"Hello."

"Hello." Jungkook menjauhkan corong telefonnya. Sungyoon bercakap separa berbisik.

"Awak ada dekat mana Sungyoon? Pulangkan balik kot saya."

"Saya ada dalam hati awak ni. Tengah bergaduh dengan perempuan lain yang menumpang dekat hati awak. Saya nak awak sayang saya seorang je."

Jungkook berdecit geram.

"Yang awak berbisik macam ketakutan ni kenapa?"

"Kan saya cakap saya ada dalam hati awak. Mana boleh cakap kuat-kuat. Kalau awak nak kot awak balik, jerit I love Sungyoon kuat-kuat."

"Malas."

"Kena rajin."

"Tak nak."

"Saya bagi dekat anjing sebelah rumah ya?"

"Okay fine! I love Sungyoon!"

"Tak kuat. Awak hanya cakap dekat telefon je." Jungkook mendengus. Kalau perempuan tu ada depan mata, mau dia tumbuk biar berterabur gigi.

"I love Sungyoon!" Orang yang lalu-lalang mula melihat Jungkook. Dalam hatinya sudah menyumpah seranah. Wajahnya ditekup, tak mahu kelihatan.

"Dalam masa dua saat, bidadari awak yang comel akan sampai." Kata-kata itu bikin Jungkook melongo. Sungyoon membuat 'ciku cak' disebelah kanan keretanya.

"Choi Sungyoon."

💭To be continue...

😂Woon tahu hambar. Tak masuk konflik lagi. Btw tak nak baca pun tak apa. Sekadar buat lawak hambar untuk diri sendiri 😂😂😂

↪Girlfriend Lurus Bendul↩ ◽ jjk ✔Where stories live. Discover now