→03←

3.1K 450 67
                                    

» Bab 2 «

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

» Bab 2 «

Jeon Jungkook. Lelaki yang usianya dalam lingkungan 20-an keluar dari perut kereta. Kereta kesayangannya itu diusap penuh kasih sayang. Dua tahun dia kumpul duit semata-mata mahu membeli kereta tersebut.

"Key duduk elok-elok dekat sini tau. Aku nak pergi kerja ni," ucap Jungkook romantis kepada kereta mewahnya yang berwarna ungu itu.

"Key? Kenapa kunci? Awak, tu kereta lah! Itulah awak, masa sekolah dulu suka ponteng kelas bahasa inggeris. Tengok dah jadi bodoh dah," sampuk Sungyoon sambil membuat gaya. Dahi Jungkook berkerut seribu.

"Key tu nama kereta saya lah, awak. Awak jangan salah faham pula. Saya tahu kalau dalam bahasa inggeris kereta tu car." balas Jungkook lalu mengukirkan senyuman kelat. Datang dari celah mana, tiba-tiba menyampuk.

"Hah? Kereta awak nama Key. Apa ni awak, kereta yang awak pakai tu namanya Sagaz. Tak pandai baca ker? Tu tengok tu. S. A. G. A. Z. Itulah awak, dulu ponteng kelas abjad." Kata Sungyoon sambil menunjuk-nunjuk pada bahagian nama kereta tersebut. Jungkook menepuk dahi.

"Saya tahu nama kereta ni Sagaz tapi nama yang saya bagi dekat kereta saya ni, Key." Balas Jungkook geram. Sungyoon menggeleng kesal.

"Awak ni, mana boleh nak palsukan perkara fakta. Dah terang lagi bersuluh kereta tu nama Sagaz. Tak payahlah nak letak nama lain. Tu baca balik. Sagaz. Bukan Key." Jungkook menarik nafas panjang. Anak matanya mengecil melihat perempuan itu.

Daripada buang masa, Jungkook naik ke pejabat. Di mana tempat itu dia mencari sesuap rezeki. Kepalanya tak habis diluku.

Anak siapa ni? Macam terencat akal orangnya.

"Eh awak, kenapa lari?" Choi Sungyoon terkedek-kedek mengikuti Jungkook. Lengan Jungkook dipaut tanpa segan membuatkan Jungkook terdorong ke belakang.

"Saya dah lambat sebab awak," tutur Jungkook sopan walaupun hatinya sudah mula menyumpah seranah.

"Ouh. Hm, sorry. Boleh tak awak temankan saya lepas awak balik daripada kerja. Saya rasa sunyi. Tak ada orang nak kawan dengan saya." Sungyoon bermain dengan jari-jemarinya.

Jungkook menarik nafas panjang sebelum mengangguk setuju. " Kita jumpa dekat sini semula," kata Jungkook lalu naik ke pejabat. Sungyoon tersengih sendirian. Malu pun ada.

💑

Aku mengemas peralatan sebelum melangkah keluar daripada pejabat. Banyak betul kerja yang kena buat. Biasalah, aku bukannya CEO. Hanya pekerja biasa yang dapat beli kereta tanpa sebarang hutang.

"Jungkook, minum petang jom." Ajak Taehyung, rakan sekerjaku. Aku menjelingnya malas.

"Erm, hari ni tak bolehlah Gucci brother. Aku ada hal. Lain kali ya bro." Taehyung membalas dengan senyuman sebelum senyuman nakal muncul. Euw.

" Gucci brother? Cantik juga nama ni." Taehyung termenung sejenak. Aku menggeleng kepala lalu menepuk bahunya.

Aku menuruni anak tangga dengan berhati-hati. Pintu pejabat, aku tolak kuat. Aku melongo. Perempuan tadi sedang duduk bersila di atas lantai sambil bermain dengan jarinya. Baru saja aku mendekatinya, dia terlebih dahulu bangun menyapa.

"Eh, awak! Lambat betul awak keluar. Saya tunggu dekat sini nak dekat 10 jam. Tak baik buat orang tertunggu-tunggu tau." Adu perempuan ini sambil mencebikkan mulutnya. Aku menepuk dahi tanda tak percaya.

"Awak buat apa tunggu dekat sini sampai 10 jam. Kan saya cakap, lepas saya habis kerja baru kita jumpa."

"Awak tak cakap pun. Awak cakap nanti kita jumpa dekat sini semula. Saya tunggulah awak sebab nanti awak tipu. Awak balik tinggalkan saya nanti." Nafas berat aku hela.

"Omma awak tak marah?"

"Buat apa nak marah? Saya bukannya buat benda tak elok," balas perempuan itu selamba. Aku menggigit bibir perlahan.

"Jom!" Semoga aku balik ke rumah dalam keadaan waras. " Yeah! Jom, kita pergi Baskin Robbins lah." Lengan aku dipeluk perempuan ni tanpa segan.

"Nama awak?"

"Nama awak? Nama awak nama awak sendirilah. Buat apa tanya saya pula?" Aku nak nangis. Aku nak nangis. Itu saja yang dalam kepala otak aku sekarang.

"Nama awak siapa wahai cik lurus?"

"Ooo. Choi Sungyoon. Cantikkan nama saya? Macam tuan dia, comel." Masuk bakul angkat sendiri pula perempuan ni.

💭To be continue...

Hai! Semoga terhibur. Jangan mental koyak dah Ah.

↪Girlfriend Lurus Bendul↩ ◽ jjk ✔Where stories live. Discover now