→02←

3.9K 500 71
                                    

» Bab 1 «

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

» Bab 1 «

"Saya nak putuskan hubungan ni sekarang juga. Saya tak rela nak berkongsi hidup dengan orang terencat macam awak ni. Tujuan saya jalinkan hubungan ni semata-mata nak dapatkan duit. Lagipun siapa je nak suka awak," kata teman lelakinya sambil menolak bahu Choi Sungyoon. Sungyoon hampir terdorong ke belakang.

Gadis itu mengusap bahunya lembut. Wajahnya berubah cemberut tatkala lelaki itu menolak bahunya.

"Hubungan mana boleh putus. Kita mana nampak hubungan tu. Habis tu bukan awak yang nak dekat saya dulu. Ey, awak ni nyanyuk," ucap Sungyoon mengundang kemarahan lelaki itu. Teman lelakinya mengetuk kepala sendiri.

"Kan saya cakap yang saya bercinta dengan awak sebab duit. Tengok tu, bodoh je memanjang. Agaknya mak awak makan apa masa mengandungkan awak, otak ikan? Ergh!" ujar teman lelakinya kesal. Dahi Sungyoon ditunjal kasar menyebabkan Sungyoon mengaduh kesakitan.

"Awak selalu tunjal kepala saya. Agaknya mak awak dulu suka tunjal dahi ayah awak ker? Awak pun nampak bodoh sebab suka tunjal dahi orang. Yalah dah tak ada dahi sendiri." Balas Sungyoon sarkastik sambil menggosok dahinya. Lelaki itu hampir terbakar jasadnya.

"Ergh! Lantaklah kau nak cakap apa. Janji aku tak bodoh dan lurus macam kau." kata lelaki itu lalu beredar meninggalkan Sungyoon sendirian.

"Dia yang bodoh. Cakap orang." Sungyoon merenung nasib menjadi seorang lurus bendul. Entah kali ke berapa dia sudah putus cinta. Putus saja hubungan, bekas teman lelakinya pasti mencemuh dan menghinanya kerana lurus bendul. Dan kebiasaannya tujuan mereka adalah mengikis duit Sungyoon.

Sungyoon duduk menyendiri. Bila dia akan menemui cinta sejati dan yang benar-benar setia untuk hidup dengannya? Siapa je yang nak teman hidup lurus bendul? Tak pernah dia mengaku yang dia lurus bendul.

Selalu ucap depan cermin yang dia ialah seorang perempuan yang baik. Choi Sungyoon mempunyai bilangan adik-beradik seramai tiga orang termasuk sekali dengannya. Dia merupakan anak sulung. Terdiri daripada keluarga yang sederhana berada.

Ommanya bekerja sebagai guru di Seopa High School manakala appanya bekerja sebagai pelukis komik di sebuah syarikat.

Sungyoon berumur 23 tahun. Bekerja? Huh, omma dia tak bagi buat masa sekarang. Takut dibawa perangai lurus bendul. Sungyoon bangun lalu berjalan pulang ke rumah. Biasanya dia akan lepak dengan teman lelaki di Baskin Robbins.

Swafoto dan langsung muat naik di instagram. Kini, ruang hidupnya mula kosong. Kekosongan itulah yang Sungyoon tak mahu. Sanggup diperbodohkan demi mendapatkan secebis kemanisan hidup. Lagipun ianya takkan kekal lama.

Setelah mendapat kemanisan sebenar, mungkin akan ada keajaiban yang berlaku. Tidak pula ommanya melarang dan tidak pula appanya menghalang. Mungkin juga ada sesuatu disebaliknya.

💑

Lelaki kacak itu berjabat tangan dengan seorang lelaki yang tak kurang kacaknya juga. Senyuman dibalas senyuman. Jeon Jungkook menghembus nafas lega.

"Terima kasih kerana membeli kereta model terbaru yang bernama Sagaz. Encik Jungkook, orang pertama yang membeli kereta ini. Sebagai penghargaan saya menghadiahi Encik Jungkook dua keychain berbentuk mini love," ujar lelaki tersebut lalu menghulurkan keychain tersebut kepada Jungkook. Dia tersengih kecil.

"Sama-sama. Gembira saya menjadi orang pertama." Rasa dapat beli kereta baru dengan usaha sendiri memang lain macam. Tak bergantung pada manusia lain. Lelaki itu mengangguk kecil seraya itu meninggalkan Jungkook dengan kereta barunya.

Jungkook apa lagi, dipeluknya seronok. Body kereta diusap. Jungkook menghembus nafas pada tingkap kereta miliknya.

"Aku namakan kau, Key. Em, sebab kau kunci kebahagian aku selepas ibu dan ayah aku. Aku ni beli kau dengan kasih sayang tau, harap kau berjasa pada aku sampailah aku mati." ucap Jungkook bernada sayu. Pintu kereta dibuka perlahan-lahan. Dia masuk ke dalam perut kereta dengan penuh berhati-hati.

"Uish segarnya. Start enjin dulu lepastu baru buka aircond. Keychain ni aku simpan dalam dashboard lah. Balik, bagi ibu dan ayah." omel Jungkook seorang diri.

💭To be continue...

Cukuplah sampai sini dulu. Macam mana chapter pertama? Wajib komen.

↪Girlfriend Lurus Bendul↩ ◽ jjk ✔Where stories live. Discover now